Air tangan

Saya menonton siaran Semanis Kurma di TV9 minggu lepas. Topik yang Ustazah Bahiyah bawa kali ini ialah tentang AIR TANGAN IBU. Kenapa walau dimana kita berada, jauh atau dekat, walaupun kita telah berumah tangga, kita masih rindukan masakan ibu. Setiap masakan yang ibu masak walaupun ringkas, tetap terpahat dihati dan sudah tentu paling sedap dan lazat di dunia. Tak tertanding dengan masakan yang lain. Saya akui semua itu.
Dan walaupun insan bergelar ibu itu sudah tiada lagi di dunia, saya tetap rindukan masakannya. Air tangan arwah mak yang dilimpahi dengan kasih sayang ketika masak. Masakan terakhir arwah mak ialah sambal sardin. Saya masih ingat lagi walaupun ketika itu saya baru berusia 12tahun. Mak adalah seorang chef yang paling hebat masakannya. Rajin buat kuih, biskut, kek serta memasak lauk pauk. Kalau berhari raya di kampung nenek, mak lah yang menjadi ketua chef antara adik beradiknya yang berkumpul. Semuanya mak sediakan. Rindunya saat ituL
Kupasan topik air tangan ibu dapat diringkaskan bahawa ibu memasak dengan ada roh di setiap masakannya. Setiap perlakuan ketika memasak dipenuhi rasa kasih sayang, ucapan selawat dan bismillah ketika mencuci sayur, menumis, mengacau dan menanak. Sentuhannya dikenali sebagai sentuhan ajaib kerana masakannya sentiasa rasa sedap walaupun hanya menggoreng sebiji telur. Memang benar apa yang dibincangkan dan beruntunglah kerana saya berpeluang untuk memasak untuk suami dan anak-anak saya. Mengenyangkan perut mereka setiap hari dengan air tangan sendiri memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Mudahan apabila mereka besar kelak, mereka akan rindukan air tangan mamanya ini walau dimana mereka berada.
Mei ini mengingatkan saya pada saat kehilangan seorang insan bergelar ibu. Al-Fatihah untuk arwah mak. Saya rindukan arwah mak, air tangan mak yang sempat membesarkan saya walaupun hanya dipinjamkan seketika oleh-Nya.

Comments

  1. Al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT...sy nangis kak bc belog akak ni.... huhu....mmg betul pasal masakan mak2 ni, gorg telur pun ana rs sedappppp sgt...huhu..smpi skng kalau amek anak2 kat umah mak...klu mak lawe makan, xleh nak ckp xnak walau dah kenyang...mst nak jgk makan!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall