Posts

Showing posts from 2010

Happy New Year & Happy Birthday

Image
2 tahun yang lalu:) Mama & baba menunggu dengan sabar selama setahun untuk dikurniakan rezeki menimang cahaya mata. Mama mengandungkan Fina tanpa ada sebarang masalah yang teruk. Mabuk pun sikit-sikit sahaja. Bulan berganti bulan, akhirnya masa yang ditunggu hampir tiba. 3 hari 3 malam mama menahan sakit untuk melahirkan Fina. Biarpun ada tanda-tanda kontraksi, tapi Fina hanya ingin lahir ke dunia pada 1 Januari 2009. Hari ini, imbasan 2 tahun yang lalu, mama bersabung nyawa dari jam 8 malam hingga ke 5 pagi untuk melahirkan Fina. Sungguh, kesakitan itu rupanya satu keindahan bila mama dapat membelai raut wajah kecil Fina ketika itu. Bagaikan cepat masa berlalu, Fina makin membesar tapi hingga kini peristiwa itu masih terpahat kemas dalam sanubari mama. Doa mama, moga Fina menjadi anak yang berguna serta berjaya di dunia dan akhirat. Selamat hari lahir sayang. Fina adalah harta yang paling berharga dalam hidup mama & baba. 1.1.2011 Selamat tahun baru dan juga selamat ulangtahu

Mickey Mouse cupcakes

Image
Cupcakes Mickey Mouse sebagai buah tangan untuk jiran sebelah rumah yang membuat Majlis Hari Jadi anaknya yang ke-2 tahun. Happy Birthday:)

1st homemade cupcakes

Image
Moist chocolate cupcakes for Birthday Bos Moist chocolate cupcakes with edible imej Mickey Mouse for Kak Ya & Dania.

Terima kasih

Lama tak update blog. Alhamdulillah, kami sekeluarga telah kembali sihat dari demam. Fina pun kembali aktif bermain dan tidur nyenyak pada malamnya. Kalau tidak, 3-4 malam bangun tengah malam menangis. Mungkin gusinya sudah boleh menerima gigi-gigi geraham yang tumbuh serentak itu. Bercerita tentang Fina, insyaallah, minggu ini adalah minggu terakhir saya menghantar Fina ke rumah kaklong aka pengasuh Fina. Genap 2 tahun kaklong menjaga Fina. Dari Fina berusia sehari, dengan kulit yang berkedut-kedut hinggalah Fina sudah pandai berlari sekarang. Masa saya dalam pantang, kaklonglah yang menjaga saya dan Fina. Memandikan Fina sehingga saya pandai menguruskannya sendiri. Dari guna besen biru kecil hingga ke besen kuning besar. Dan sekarang Fina sudah pandai mandi sendiri. Memang banyak jasa kaklong terhadap saya. Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mengasuh Fina selama ini. Mohon halalkan semuanya. Ada yang terkurang dan terlebih, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya .

Musim demam

Hari sebelumnya Baba Fina demam Semalam Fina demam Hari ini Mama Fina pula yang rasa nak demam. Dah dapat selsema dan batuk. Fina, demam panas dari semalam. Demam nak tumbuh gigi geraham. Sama ragamnya masa awal-awal nak tumbuh gigi gusi belah atas dahulu . Keluar serentak. Malam tadi merengek je tidur. Lagipun cuaca sekarang tidak menentu, memang ramai yang demam. Setiap hari hujan, kalau tak pagi, hujan petang, kalau tak petang, malam pula hujan. Harap-harap kami bertiga cepat sembuh.

Saya suka

Image
Hobi baru minggu ini :) Mencari blog hiasan cupcakes. Mencari resepi cupcakes. Mencari buku dekorasi cupcakes. Mencari peralatan yang sesuai untuk membuat cupcakes. Mencuci mata di kedai-kedai bahan bakeri. Pendek cerita, memang hari-hari nak search pasal cupcakes. Buatnya tidak lagi. Minggu ini saya nak cari bahan-bahannya dulu. Ini gambar pelanggan tetap saya: ^ ^ ^ ^ Nyum..nyum..sedap.

Time to say goodbye

Image
Bila adanya pertemuan, pasti ada jua perpisahan. Kali ini giliran Cik Shida pula yang akan meninggalkan pejabat saya. Cik Shida ni pegawai Unit saya sejak dia mula masuk servis. Seorang yang kreatif dalam seni tangan. Kalau nak buat kad, pamplet ke, memang inilah orang yang menjadi pilihan yang tepat. Sebab berhenti - nak jaga ibu yang sakit, dan insyaallah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2011 dan ingin menetap di luar negara kerana bakal hubbynya kerja di sana. Selamat maju jaya dan moga bahagia selalu. Panjang umur kita jumpa lagi ya:)

Dekorasi Cupcakes

Image
8 Dekorasi cupcakes yang dihasilkan oleh saya sendiri. ^ ^ ^ ^ Cantik kan:)

Kelas Cupcakes

Image
Gambar di Kelas Cupcakes hari ini. Terima kasih kepada Kak Liana yang sudi berkongsi ilmu. Hasil cupcakes yang diajar, dalam n3 berikutnya. Ada 8 patern cupcakes yang dihasilkan. Pesanan Kak Liana, jika mahu mahir, kena rajin-rajin practise.

Persediaan Kelas Cupcakes

Image
Barang-barang yang perlu dibawa untuk kelas cupcakes : Apron Piping beg Kotak kek Kain lap Semuanya telah tersedia, cari di kedai jual bahan kek di Semenyih tengahari tadi. First time pergi kedai jual bahan kek, banyak barang-barang keperluan dari yang kecil hingga yang besar terdapat di sana. Nak cari piping beg pun, tanya pada SA di kedai. Manalah saya pernah beli. Bahan dan barang yang lain akan disediakan semasa di kelas. Kelas ini sesuai untuk mereka yang tiada basic dalam penghasilan cupcakes. Selepas ini harap-harap saya berjaya menghasilkan cupcakes yang cantik seperti ini: ^ ^ ^ ^ Gambar dari Loveliana Cakes

Ikutan

Mama : Adik, mama nak nenen.. Fina : Nen..nah..nah..(sambil angkat baju) Mama : Nak nen..mmmm, sedap.. Fina : Dap eh..(sambil usap-usap kepala saya macam yang saya buat pada Fina sewaktu BF) Moralnya : apa yang kita lakukan setiap hari samaada sedar atau tidak, lama kelamaan akan menjadi ikutan anak-anak secara tidak langsung.

Idea baru

Idea dan keinginan yang hadir secara tiba-tiba. Setelah mencari-cari kek Upin & Ipin , akhirnya saya telah mendapat idea ini. Mengapa saya tidak mencuba untuk membuat sendiri kek tersebut. Lebih bermakna dan lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan saya menempah dengan orang lain. Malahan, lebih menjimatkan dan menyerlahkan daya kreativiti saya. Manalah tau, jika lebih usaha sikit, saya boleh menambahkan pendapatan sampingan. Bukankah tu satu bonus untuk diri saya sendiri. Berdasarkan niat tersebut, saya mengambil keputusan untuk menghadiri kelas cupcake bersama kak liana pada Ahad ini. Tidak rugi kalau kita menimba ilmu walau dalam apa bidang sekalipun. Yang penting ada minat dan kesungguhan. Jadi, tunggu hasilnya Ahad ini. Harap-harap tangan saya boleh menghasilkan cupcakes yang cantik dan tidak lupa cupcakes upin dan ipin khas untuk Fina.

Board Projek

Image
S aya suka membaca catatan pengalaman dan perkongsian ilmu di blog Farah@Sarakids . Banyak ilmu yang boleh dijadikan panduan terutamanya berkaitan penyusuan susu ibu. Sejak dari awal belajar mengenai ilmu BF, banyak ilmu yang saya perolehi daripada blog beliau. Gaya penulisannya juga bagi saya amat menarik dan mudah difahami. N3 mengenai Fa vor-Board Projek oleh Puan Farah membuatkan saya tertarik hati untuk berkongsi gambar Fina dan juga gambar stok EBM saya. Caranya pun mudah sahaja. Emailkan sahaja gambar anda sedang menyusukan anak, atau gambar anak sahaja, gambar ibu dengan anak dan juga gambar stok susu anda kepada admin@sarakids.com. Untuk lebih jelas, sila klik ke tajuk Favor-Board Projek di atas. Puan Farah masih mengemaskini Board Projek yang terletak di Sarakids seperti di n3 ini . Bila saya singgah ke blog beliau, saya jumpa gambar yang saya emelkan di board Sarakids. Gambar Fina yang bergaun merah & sebelahnya gambar stok susu saya. Terima kasih kepada Puan Farah ata

Salam hari lahir

Image
HAP PY BES DAY T O Y O U, HA P PY BE S DAY T O Y O U, H AP PY BE S DAY T O ACIK WA .. HA PP Y BES DAY T O YO U... ~11 DISEMBER~ MOGA ACIK WA DIPANJANGKAN UMUR, DIBERI KESIHATAN DAN KEBAHAGIAAN BERSAMA ACIK HALIM UNTUK SEPANJANG HAYAT. TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABAT BAIK MAMA DISAAT SUSAH DAN SENANG. SALAM PENUH KASIH SAYANG DARI FINA:) [psst, cik wa, mama kirim salam! dengan pesanan bila nak blanja burger king..hi..hi..]

Dinner

Image
Salah satu hasil tangkapan di MAHA tempoh hari. Mee Bandung Muar Sedap:)

Perlaburan AHB

Menonton rancangan 'Nasi Lemak Kopi O' pada Sabtu lepas, membuatkan saya tertarik dengan topik yang dibincangkan iaitu mengenai - Pelaburan Amanah Hartanah Berhad (AHB) . Pada pandangan saya ia merupakan salah satu alternatif terbaik selain daripada membuat simpanan tetap dan pelaburan seperti ASB. Cara mudah untuk menabung demi masa depan. Cuma tiada diberi buku simpanan ataupun sijil seperti pelaburan-pelaburan yang lain. Pelaburan akan dibuktikan melalui "Borang Pendaftaran" yang disahkan dan data peribadi akan disimpan melalui 'Maybank Automatik Retails System'. Tapi jangan risau, penyata pelaburan akan diberi dalam setiap 6 bulan dan sekiranya kita mahukan penyata, hanya gunakan kad pengenalan dan minta pihak Maybank untuk cetakkan. Secara ringkasnya perkara-perkara ini yang perlu diketahui sekiranya kita minat melabur: Pelaburan permulaan minumum adalah sebanyak RM500 dengan harga tetap RM1 per unit. Pelaburan maksimum sebanyak RM200,000. Pelaburan minim

Karya

Image
Hasil karya Fina Itu salah satu hasil karyanya di atas kertas, belum lagi yang di atas kaki, tangan dan juga dinding rumah. Dah penat berkarya, minta makan leatt, mmmm, dap fina cakap.. Perkataan Fina pandai sebut:- leatt = coklat dap = sedap di = mandi eikim = aiskrim pen pent = upin & ipin mous = mickey mouse pon bob = spounge bob otor = motor kit = sakit num = minum cak = masak apu = sapu tatam = masam atik = cantik dak = bedak ada banyak lagi sebutan yang simple2 dan yang paling clear disebutnya ialah = ma, ape tu?

Stok baru

Image
Ini bukan gambar stok frozen EBM ya [acik dah lamo pencen kumpul2 stok ni] , ini gambar dessert yang paling senang nak buat. Dadih perisa Mangga Mula-mula didihkan 1 liter air. Selepas itu masukkan serbuk dadih dan kacau lebih kurang 2 minit. Bila dah masak, masukkan terus ke bekas kecil dan disimpan ke dalam peti sejuk sehingga beku. Dah siap. Memang tak mencabar kaedah pembuatannya kan. Daripada beli kat luar sebekas rm1.00-RM1.50, baik cuba buat sendiri dan dapat 10 bekas dengan harga hanya rm3.75 sahaja. Ini yang saya beli dari Tesco. Ada beberapa perisa lain yang boleh dipilih. Mudah-cepat-ringkas-sedap!!!! Selamat mencuba.

MAHA 2010

Image
Projek pagi yang tergendala, diteruskan juga dengan permintaan khas untuk abang bawa kami ke MAHA 2010 pada petangnya. Ramai juga orang, nasib baik parking tidak jauh sangat. Kami ikut Pintu 1. Kalau Pintu 2, terus ke tempat haiwan ternakan. Ingatkan nak naik bas yang disediakan ke Pintu 2, tapi panjang sangat beratur. Jadi kami jalan-jalan di bahagian Pintu 1 sahaja. Di Pintu 1 terdapat tempat jualan bunga, pokok-pokok, buah-buahan dan pelbagai gerai makanan. Kami tak pergi pun ke gerai buah-buahan, hanya sempat melihat pokok bunga. Paling cantik pokok orkid lah!!! Fina awal-awal dah minta upah ikut. Ramai yang jual belon kat sana. Semuanya RM5. Harga sama dengan pasar malam. Macam-macam karton ada, Fina saya yang tolong pilihkan belon Sponge Bob. Seterusnya kami melawat ke beberapa dewan yang terdapat pameran dan jualan pelbagai produk tempatan. Kami sempat menyaksikan persembahan tarian 'Tongkat Ali'. Mula-mula tak tahu pun ada tema tarian tu, last persembahan semua penar

For the rest of my life - Maher Zain

Image

Tiba masanya

Image
Masalah yang datang tepat pada waktunya. Macam tau-tau je duit untuk Bajet 2011 dah masuk 1 haribulan. Setelah 5 tahun kereta saya berkhidmat, ini kali pertama saya menghadapi kerosakan kereta di TENGAH jalan raya! Tergendala projek join rombongan cik wawa ke MAHA pagi semalam. Saya dan Fina keluar dari rumah jam 8 pagi. Abang dah pergi kerja naik motor. Sampai je kat simpang trafic light tengah-tengah pekan Semenyih, berhenti lampu merah. Bila lampu bertukar ke hijau, masuk gear 1, tak boleh masuk. Try mati enjin, masuk gear lain, tak boleh juga. Banyak kali juga mencuba. Dengan muka yang cemas dan berpeluh-peluh, cuba dan cuba lagi. Nasib baik Fina tak buat hal masa itu. Tak ada cara lain, call 'penyelamat tetap', abang yang baru sampai ofis akan datang selamatkan saya. Lampu hijau telah 4 kali bertukar warna. Saya masih di tengah-tengah jalan. Masih berusaha keras untuk menggerakkan kereta. Sekurang-kurangnya boleh ke tepi dan tidak menghalang jalan. Percubaan berjaya, masu

Kek U&I

Image
Pencarian kek bermula. Banyak blog yang jual kek on9 telah saya terjah, tapi cuma risau kalau beli kek yang hanya cantik 'luaran' sahaja tetapi rasanya tidaklah setanding dengan harganya. Jika ada rezeki hajat dihati nak buat makan-makan untuk sambutan Hari Jadi Fina yang ke-2. Lagipun besday Fina kali ini jatuh pada hari Sabtu. Kalau jatuh hari biasa pun, confirm semua orang cuti. Sebab 1 Januari kan public holiday . Tiada tema tertentu, sambutan yang biasa-biasa sahaja. Cuma nak pilih watak kartun yang sesuai untuk Fina. Fina memang suka tengok cerita kartun ini. dan mamanya malas nak pening-pening cari watak kartun lain, so fokus sekarang kepada Upin &Ipin je la. Tengah mencari-cari kek Upin & Ipin yang menarik. Harap-harap jumpa yang berkenan.

1 tahun 11 bulan

Image
Hari ini genap saya BF Fina selama 1 tahun 11 bulan. Makin tiba masanya untuk sampai ke penghujung target saya. Alhamdulillah. Masa yang berlalu tidak dapat diganti kembali, begitu juga moment yang wujud antara kami berdua selama tempoh penyusuan itu berlaku. Kepuasan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Hanya yang melaluinya sahaja yang tahu erti pengorbanan itu. Tinggal 30 hari lagi. Doa yang tidak pernah putus dalam diri saya; "Moga dipermudahkan-Nya"

+ 1

Kalau sebelum ini gigi Fina ada 5 batang, sekarang sudah bertambah ke 6 batang. Semalam saya check mulut Fina, rupanya gigi geraham belah gusi atasnya sudah tumbuh. Patutlah, merengek setiap malam. Jadi gigi Fina belah gusi bawah ada 2 batang dan belah gusi atas sudah ada 4 batang. Masih banyak tempat kosong yang perlu diisi. Macam kotak teka silang kata.

5 batang

Image
Fina baru baik dari demam dan selsema. Minggu ini hampir setiap malam Fina akan bangun 2-3 kali dan menangis. Tak tahulah menggigau atau apa. Semua tak kena, bila dipujuk, lagi kuat tangisannya. Saya rasa Fina sakit gusi nak tumbuh gigi lain agaknya. Gigi Fina sekarang telah ada 5 batang. Tambah lagi sebatang di gusi atas belah tengah. Ntah umur berapa baru penuh semua gigi Fina tu kan.

Mother Room's

Image
Bulan Disember akan datang merupakan bulan terakhir untuk merealisasikan target saya untuk BF Fina selama tempoh genap 2 tahun. Tiada rutin yang berbeza dari bulan-bulan sebelumnya. Fina hanya direct BF selepas saya habis waktu kerja dan cuti. Masa BF, bila-bila masa yang dia rasa haus. Fina akan minta "maa...nenen mama.." Dah besar rupanya anak saya! Pandangan peribadi saya, ibu-ibu di Malaysia sudah mula peka dengan kelebihan susu ibu. Malahan ramai yang telah buktikan bahawa mereka mampu menyusukan anak mereka walaupun mereka bekerja. Bukan sahaja peranan ibu yang menjadi kunci utamanya, malahan peranan pihak-pihak lain juga turut membantu dalam menjayakan niat ibu tersebut. Salah satu contohnya :- Bilik Khas yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai salah satu kemudahan yang dapat digunakan bagi ibu-ibu yang BF. Mother Room's @ Mahkota Parade Melaka Kali pertama saya jumpa Bilik Khas seumpama ini di Pasaraya. Mungkin ada lagi banyak tempat yang diwujudkan bil

Update

Minggu yang sangat sibuk dengan persiapan Audit Dalaman di ofis. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Nasib baik sempat nak update kerja-kerja tertangguh tu. Start Isnin hingga Khamis balik lewat. Dah seminggu baru sempat update n3. Banyak benda nak cerita, tapi tak berkesempatan. Kali ini nak share apa yang terlintas di kepala sahaja. Isi penting no. 1- Terima kasih kepada Abang yang telah membantu menjaga Fina pada hari Isnin dan Selasa lepas. Kaklong aka pengasuh Fina cuti 2 hari balik kampung. Ada majlis berkhatan satu-satunya anak terunanya - Haziq. Lagipun baki cuti abang masih banyak, senang sikit nak minta cuti. Isi penting no. 2- Tahniah kepada sahabat saya IKIEN yang telah pregnant anak ke-3. N3 mengenai arwah anak nya yang ke-2 di sini . Buat ikien, jaga kesihatan baik-baik, moga proses mengandung dan melahirkan kali ini dipermudahkan oleh-Nya. Isi penting no. 3- Selamat menjalani peperiksaan SPM untuk maksu Fina. Adik saya Yana, sedang menduduki peperiksaan SPM di Sek.

60th

Image
19 November ~ ulangtahun kelahiran ayahanda kami yang ke-60 tahun. Bulan kelahiran yang sama dengan abang sulung kami yang akan menyambut hari jadi pada 22 November akan datang. Happy Future Besday ALONG:) Memandangkan saya sekeluarga bercuti lama di kampung, kami meraikan Hari Lahir ayah di Melaka. Kali terakhir kami ke Melaka pada April 2010 . Tiada tempat yang khusus untuk dituju, mula-mula nak pergi tengok Pameran Ekspo di MITC Melaka, tapi pameran bermula 20 November pula. Terus kami ke Bandar Hilir. Berjalan-jalan di Menara Taming Sari dan Dataran Pahlawan. Minum petang di Mahkota Parade. Malamnya pula kami ke Medan Ikan Bakar di Umbai. Menu Santapan yang memang Malatop! Ikan Siakap bakar-Sotong goreng tepung-Ketam goreng-Kupang pedas-Udang masam manis-Ikan cencaru bakar dimakan dengan nasi lemak 50sen. Menu sampingan Jelly kelapa & otak-otak Sedap masakan kat sini, puas hati kalau makan, saya bagi 4 bintang **** Untuk ayahanda tersayang:, Selamat Hari Lahir. Moga dipanj

Raya Haji

Image
Fina bergambar di pagi raya AidilAdha. Dengan sepupu-sepupu ~ Kak Ya & Dania Kak Ya & Fina Hari Raya Haji disambut secara sederhana di sini. Tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri. Pagi raya saya dan maksu Fina menziarahi kubur arwah mak, selepas itu duduk di rumah sahaja. Petangnya selepas baba Fina tiba ke kampung, kami balik ke Selandar, Melaka.

Aidiladha

SALAM AIDILADHA. Malam ini saya akan pulang ke kampung bersama Fina sahaja dan along 1 family. Tahun ini baba Fina bertugas di pagi raya. Petang esok baru kami beraya bersama. Pada yang pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya. Moga selamat tiba ke kampung halaman tercinta.

Result Peraduan Dunia Susu Ibu

Keputusan Peraduan Dunia Susu Ibu telah diumumkan hari ini. Tahniah kepada Momma Mia yang menjadi pemenangnya. Perkongsian pengalaman yang amat padat & berguna untuk dijadikan panduan. dan Dunia Susu Ibu ingin memberi penghargaan terhadap semua peserta peraduan :) "Untuk menghargai semua peserta peraduan ini, saya ingin memberi diskaun sebanyak 25% bagi produk Bumble Bee PP Breastmilk Storage Bottles (FREE 2 bottles) kepada semua peserta! Ini bermakna anda layak membeli produk berharga RM38.90 ini pada harga RM 29.18 sahaja!" terima kasih banyak2!!! Boleh saya kumpul stok botol susu untuk second baby...

Si Toncet

Image
Rambut Fina dah makin panjang walaupun kerinting di bawah. Kalau bangun tidur, memang kembang habis!! Dah boleh buat rambut ikat toncet satu. dan toncet 2 pun boleh. Kalau semalam sempat bertoncet, hari ini Fina tidur je. Dari pagi muntah-muntah. Badan panas sikit. Makan pun tak nak. Nak nyusu dan minum air kosong sahaja. Sampai bawa cawan isi air kosong masuk buai. Bila saya nak ambil, Fina tak bagi. Biarkan sahaja. Muka pun tak ceria. Tak main-main dari pagi. Terbaring jer. Cepat sembuh ye!! Hari Selasa kita nak tumpang papa&mama balik kampung sambut raya haji. Harap-harap tak jadi macam raya puasa tu lagi.

Jawapan

Masalah anak yang tidak mahu minum susu?????? [Seperti kes saya - Fina tidak mahu minum EBM atau susu formula sejak usia 1 tahun 9 bulan dan hanya direct BF] Tidak perlu bimbang dan risau. Jawapan yang jelas boleh diperolehi di SUSUIBU.COM. dan Blog BABY&ME Sedikit kesimpulan daripada artikel berkenaan :- "Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat." Perkongsian ilmu daripada mereka yang berpengalaman dan pakar dalam bidang penyusuan susu ibu. Selamat membaca dan mencari jawapan. Moga bermanafaat.

Modal yang berbaloi

Image
Ice Pack MLO ini baru saya cairkan untuk disimpan. Sebelum ini saya tumpang letak di peti ais ofis. Semua peralatan pam masih di ofis lagi. Botol-botol susu sahaja yang ada di rumah. Itupun masih belum disimpan. Tak rajin lagi nak mengemas. Setakat ini, set pam saya berada dalam keadaan baik walaupun saya tidak pernah langsung hantar servis. Cuma ice pack ini satu dah bocor di hujungnya. Memang dah tamat tempoh perkhidmatan dan terpaksa dibuang. Kalau diikutkan modal yang digunakan untuk membeli set pam Spectra 3 pada waktu itu (April 2009) ialah sebanyak RM500 ++. Tidak termasuk penambahan barangan lain yang harganya amat berpatutan seperti YHAB liner dan botol susu MLO. Keuntungan yang diperolehi : Jimatkan masa untuk mengepam - double pumping 15-20 minit 1 sesi. Keselesaan dan tidak berasa sakit ketika mengepam. Memudahkan urusan pengendalian susu ibu- dari segi buat stok EBM, penyimpanan ketika bekerja. Penjimatan wang untuk kos membeli susu formula. Jika dibandingkan dengan harga

D'Muar

Image
Malam tadi menikmati makan malam D'Muar. Bila dah sampai D'Muar mestilah menikmati menu istimewanya. Mee Bandung Muar. Memang sedap. Pekat kuahnya, bila rasa ada sikit-sikit rasa macam mee rebus pula. Rasa manis keledek dalam kuahnya. Dari minggu lepas, tekak saya teringin benar makan mee bandung. Dalam minggu ini, dah 2 kali makan mee bandung. Tapi tak memenuhi citarasa langsung. Mana taknya, order mee bandung kat kedai makan Ala-Thai. Mana sama rasanya. Nak buat sendiri, tak cari-cari resepi. Sahabatku ~ Ikin, bilalah dapat merasa perencah mee bandung Mak Pon mu itu! dan menu tambahan, Satay Kajang. Order 10 cucuk sahaja. Nanti tak habis pula. Satay ini kalau teringin aje sedap. Kalau tak, rasa muak pula. Maklumlah, dah bertahun duk Kajang. Faham-fahamlah penerimaannya. Satay D'Muar ini lagi sedap rasanya dari Satay Haji Samuri. Rasa daging fresh dan makan panas-panas. Kalau makan Satay Haji Samuri, rasa kejap je dah sejuk. Macam satay frozen pun ada, dipanaskan semula.