MAHA 2010
Projek pagi yang tergendala, diteruskan juga dengan permintaan khas untuk abang bawa kami ke MAHA 2010 pada petangnya. Ramai juga orang, nasib baik parking tidak jauh sangat. Kami ikut Pintu 1. Kalau Pintu 2, terus ke tempat haiwan ternakan. Ingatkan nak naik bas yang disediakan ke Pintu 2, tapi panjang sangat beratur. Jadi kami jalan-jalan di bahagian Pintu 1 sahaja.
Di Pintu 1 terdapat tempat jualan bunga, pokok-pokok, buah-buahan dan pelbagai gerai makanan. Kami tak pergi pun ke gerai buah-buahan, hanya sempat melihat pokok bunga. Paling cantik pokok orkid lah!!!
Fina awal-awal dah minta upah ikut. Ramai yang jual belon kat sana. Semuanya RM5. Harga sama dengan pasar malam. Macam-macam karton ada, Fina saya yang tolong pilihkan belon Sponge Bob. Seterusnya kami melawat ke beberapa dewan yang terdapat pameran dan jualan pelbagai produk tempatan. Kami sempat menyaksikan persembahan tarian 'Tongkat Ali'. Mula-mula tak tahu pun ada tema tarian tu, last persembahan semua penari junjung sebatang Tongkat Ali. Nak gelak pun ada juga. Tapi memang kreatif dan berstamina persembahan mereka. Bukan senang nak tengok live.
Tidak dapat tengok haiwan ternakan kambing dan lembu, kali ini kami dapat tengok Kerapu Batu dan Lobster. Ada juga gamat asli yang basah dan kering.
Lobster sekilo RM110
Dewan terakhir, barulah memilih dan shoping apa yang berkenan di hati. Kebanyakan produk tempatan seperti minuman kesihatan, ubatan herba, makanan segera dan frozen, kek, jus buah dan macam-macam ada. Trend sekarang, lebih kepada produk minuman susu kambing yang dicampur dengan kurma, madu dan ada juga yang saya jumpa campuran susu kambing dengan jagung. Kalau dulu susu lembu dijadikan pilihan, kali ini susu kambing pula yang mengambil tempat di pasaran tempatan. [Kak wa, cukup ke stok yang beli tu?]
Inilah hasil yang diperolehi di MAHA semalamMayonis, sos pasta, rempah segera nasi beriani-set lauk ayam&daging, perencah mee bandung muar, roselle teh, kopi Hang Tuah, dan minyak wangi Aromatherapy set couple - 2 untuk saya dan 2 botol lagi untuk abang.
Dekat pukul 9.30 malam kami keluar dari tapak MAHA. Lenguh juga kaki berjalan, tapi seronok sebab dapat melihat sendiri kemeriahan MAHA 2010.
cam bess jer tmpat ni
ReplyDeletelagi 2 tahun kite pi ye..
ReplyDelete