Posts

Showing posts from January, 2017

Fiqah Sekolah 6 Tahun

Image
Nur Irdhina Syafiqah ~ buat drama sedih sejak seminggu bersekolah baru. Hari pertama dia ok, bila tanya seronok tak pergi sekolah, dia jawab ika seronok! Hari kedua dah start buat sinetron dengan baba dia, bila hantar pergi sekolah menangis. Cakap ika tak nak sekolah. Hari ketiga pun sama, banjir lagi pagi-pagi. Baru pakai kasut nak keluar rumah dah menangis. Hari keempat tukar alasan, nak mama yang hantar dan jemput tengahari. Babanya rajin melayan, tengahari datang jemput dia hari Jumaat. Lepas tu bila nak pi solat Jumaat, dia nak ikut, babanya bawa pergi masjid. Dah habis waktu rehat, bila babanya hantar pergi rumah kaklong, menangis lagi nak ikut baba. Setiap hari tanya berapa hari lagi sekolah mama...kalau jawab lagi 2 hari dia sukalah, sebab Sabtu Ahad dah cuti tak yah sekolah. Hari ini pun banjir lagi. Hantar masuk kereta baba, dia dah drama. Nak ikut mama pula katanya. Ika-ika....Tak tahulah mama kenapa ika jadi macamni. Dia cakap nak duduk rumah aje, boleh t

Kek Aiskrim Mudah

Image
Lama tak buat projek baking sejak pindah ke rumah Kajang. Bila malas nak baking kek, kita cari resepi kek yang mudah dan tentunya disukai oleh anak-anak. Kek aiskrim jadi pilihan saya untuk kali ini. Sempena Birthday 3F yang lalu, saya sediakan kek ini untuk kek besday mereka.   Bahan-bahan : Loyang boleh buka tepi. Kek gulung atau sponge cake. Coklat Kit kat secukupnya. Coklat M&M Aiskrim ikut citarasa sendiri. Nuttella ataupun jem lain.  Riben, tag happy birhday, lilin dan lain-lain deco yang dipilih. Cara-cara penyediaan : Susun coklat kit kat secara memanjang mengikut acuan loyang yang digunakan. Selepas itu susunkan kek gulung di bahagian bawah sekali. Kemudian, masukkan aiskrim dan padatkan atas kek. Masukkan dalam peti ais dahulu. Saya gunakan 2 jenis aiskrim, yang lapisan pertama aiskrim vanila oreo dan lapisan kedua aiskrim rainbow. Setelah lapisan pertama aiskrim keras, keluarkan kek dan letakkan pula lapisan kedua aiskrim. Simpan dalam peti

Persekolahan 2017

Image
Persiapan persekolahan untuk Fina dan Fiqah bagi sesi 2017 disediakan secara sederhana. Untuk Fina belikan 2 pasang baju, tudung, kasut dan beg. Baju sekolah lama yang masih elok, saya nila biru semula bagi nampak bersih. Alatulis memang saya tak beli sebab ada stok lagi kat rumah. Kasut sekolah dia yang lama memang dah tak muat, jadi saya simpan untuk Fiqah guna bila dia dah besar. Buku tulis beli di koperasi sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Bayaran yuran Kafa pula semalam hari pertama babanya yang uruskan. Selebihnya yuran sekolah (PIBG dan lain-lain) yang masih belum dibayar boleh diselesaikan semasa ambil report kad nanti. Fina naik kelas tahun ini. Pencapaian dia untuk hujung tahun 2016 semakin meningkat. Alhamdulillah. Sekarang dia langkau 2 kelas dari kelas asal. 3 Cemerlang ~ nama kelas dah ditukar daripada 3 Setia. Kafa pula masih di kelas yang sama 3 Othman.  Sesi persekolahannya masih sama, pagi sekolah Kafa dan petang sekolah kebangsaan. Pagi saya a

Kidzoona AEON Cheras Selatan

Image
Sempena cuti sekolah, saya bawa 3F dan dua orang anak buah - Kak Ya & Anya ke tempat permainan kanak-kanak yang dikenali sebagai Kidzoona di Aeon. Sebenarnya ada ternampak kidzoona kat area AEON Wangsa Maju bulan lepas. 3F teruja sangat nak masuk tapi bayaran di hujung minggu sekali ganda dengan hari biasa. Kalau hujung minggu harga tiket seorang RM17.00, kalau hari biasa seorang RM10.00 sahaja. Lagipun pergi hujung minggu ramai sangat kanak-kanak yang ada dalam taman, pergi hari biasa dan di awal pagi, tak lah sesak sangat. Peserta rombongan. Seronok sangat diorang dapat main kat dalam tu. Fittriah pula takut nak naik gelongsor. Jadi dia main kat area bawah sahaja. Yang lain memang main puas-puas sampai penat. Harga tiket tersebut dikira per-day & per-entry. Tak ikut jam, bila nak keluar makan atau pergi mana-mana still boleh masuk semula, cuma pastikan sticker yang dilekatkan pada baju tersebut tidak hilang. Jadi kami masuk awal 10.30 pagi, berhenti sekejap untuk maka

Happy Birthday

Image
Alhamdulillah,  tahun 2016 berlalu pergi dan telah meninggalkan banyak kenangan. Usia yang semakin meningkat dari tahun ke tahun dan begitulah juga harapan terhadap amalan yang akan menjadi bekal di sana kelak. Mudahan boleh diperbaiki secara istiqamah. Itu azam 2017. Amin. Sebelum masa berlalu dengan pantas, mama nak ucapkan Happy Birthday pada Fina yang telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke - 8 tahun pada 1 Januari 2017. Baru cukup umur 8 tahun tapi dah masuk darjah 3. Mama doakan Fina menjadi seorang anak yang baik, kakak yang penyayang, rajin belajar dan menjadi insan yang berguna pada masa depan. Amin.  Sambutan Hari Jadi Fina dan Fiqah telah diadakan pada penghujung Disember yang lepas. Saya buat kecil-kecilan sahaja. Jemput anak-anak jiran yang berdekatan.  Dah buat untuk Fina dan Fiqah, tentu adiknya sekali nak join. Jadi saya buatkan majlis untuk 3F serentak.  Menu kali ini 100% dihasilkan dari air tangan mama iaitu bihun goreng singapore, apam susu, pu