04 January 2017

Kidzoona AEON Cheras Selatan

Sempena cuti sekolah, saya bawa 3F dan dua orang anak buah - Kak Ya & Anya ke tempat permainan kanak-kanak yang dikenali sebagai Kidzoona di Aeon. Sebenarnya ada ternampak kidzoona kat area AEON Wangsa Maju bulan lepas. 3F teruja sangat nak masuk tapi bayaran di hujung minggu sekali ganda dengan hari biasa. Kalau hujung minggu harga tiket seorang RM17.00, kalau hari biasa seorang RM10.00 sahaja. Lagipun pergi hujung minggu ramai sangat kanak-kanak yang ada dalam taman, pergi hari biasa dan di awal pagi, tak lah sesak sangat.

Peserta rombongan.
Seronok sangat diorang dapat main kat dalam tu. Fittriah pula takut nak naik gelongsor. Jadi dia main kat area bawah sahaja. Yang lain memang main puas-puas sampai penat. Harga tiket tersebut dikira per-day & per-entry. Tak ikut jam, bila nak keluar makan atau pergi mana-mana still boleh masuk semula, cuma pastikan sticker yang dilekatkan pada baju tersebut tidak hilang. Jadi kami masuk awal 10.30 pagi, berhenti sekejap untuk makan tengahari dan sambung main semula hingga 3.30 petang.


Dinasihatkan agar bawa stokin dari rumah untuk penjaga dan anak-anak. Diwajibkan pakai stokin dalam taman, jika tidak bawa, stokin ada dijual dan boleh dibeli di kuanter pintu masuk taman. Anak-anak perlu diawasi oleh sekurang-kurangnya seorang dewasa di dalam taman tersebut.

Makan tengahari ketua rombongan belanja makan KFC, sebelum balik bagi anak-anak makan aiskrim McD pula. Semuanya beri kerjasama yang baik sekali. Senang dikawal walaupun hanya seorang jer ketua rombongan yang memantau ;)

Lain kali kita boleh jalan-jalan lagi ya!
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails