Posts

Showing posts from February, 2015

Wedding @ terengganu

Image
Bersama Teacher Imah Sempena cuti Tahun Baru Cina minggu lepas, agenda utama ialah balik ke Terengganu untuk meraikan adik ipar Nurul yang melangsungkan perkahwinannya dengan suaminya yang berasal dari Kedah. Sebelum itu, kami singgah ke Felda Jerangau Barat untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Imah yang dulunya menjadi teacher taska Fiqah dan Fittriah di Semenyih. Fittriah suka sangat dapat tengok teacher dia. Gelak-gelak dia bila dapat jumpa Imah. Terima kasih Imah sebab jaga Fittriah dari kecil. Selamat pengantin baru, moga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat. Usai ke rumah Imah kami pulang ke kampung abang. Majlis Pernikahan diadakan pada hari Jumaat sebelah malam. Satu bas rombongan dari Kedah datang menghantar pengantin. Majlis akad nikah buat kat rumah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Malam akad nikah Nurul & Azmi Majlis Persandingan Ahadnya Majlis kesyukuran dan combine sekali dengan kenduri Akikah untuk Fittriah, anak kak ti (akak ipar) - n

Fittriah Demam

Image
Sepanjang melihat Fittriah membesar, rasanya ini kali pertama Fittriah diserang demam teruk. Demam on off, sekejap baik, sekejap demam semula. Diikutkan dah 5 klinik kami pergi untuk merawat demam Fittriah. Dari awal bulan Feb Fittriah selalu demam. Selalunya tengah malam dalam jam 2 pagi badannya akan panas sangat. Tapi Fittriah nak makan dan menyusu. Malamnya dia tak lah menangis, boleh tidur seperti biasa cuma suhu badannya akan jadi panas dan kadangkala badannya menggigil kesejukan. Malam semalam kami ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Saiful di Kajang. Doktor cakap kalau demam berterusan selama 5 hari berturut-turut barulah boleh ambil darah untuk diperiksa. Memandangkan Fittri demam on off, jadi doktor berikan dulu buat antibiotik agar antibody badannya lebih kuat untuk melawan penyakit. Check paru-paru dan nafas dia, alhamdulillah semua ok. Kalau batuk berterusan pun Doktor minta refer semula. Jadinya semalam Doktor beri ubat antibiotik dan ubat batuk/selsema. Dan menjadi ma