Posts

Showing posts from October, 2010

Rawatan GG

Kesinambungan selepas checkup Fina di Klinik Kesihatan Kajang, saya ke Unit Pergigian pula sementara Fina dijaga oleh babanya. Dah dekat seminggu gigi belah atas yang berlubang terasa berdenyut-denyut, ditambah kalau makan benda manis. Ngilu je rasanya. Taklah sakit sangat cuma kalau dibiarkan, memang makin besarlah lubang gigi tu. Jadinya, bila dah ada peluang ke klinik, saya pun pergilah menyerah diri ke Doktor Gigi. Ingatkan boleh tampal terus, rupanya kena buat appointment semula untuk tampal. Maklumlah, saya dah lama tak pergi jumpa doktor gigi. Kali terakhir masa 4 tahun lepas di Klinik Putrajaya. Itupun saje2 nak 'cuci' gigi. Konon nak putih sikit ler gigi tu.. Lepas jumpa doktor, dia pun check gigi saya dan cakap memang 'PERLU' tampal gigi yang berlubang tu. Nurse check tarikh, bulan 2 tahun depan baru boleh datang appointment. Lorr, terkujat saya mendengarnya..Kalau macamtu, memang confirm bukan sahaja berlubang besar gigi saya, silap-silap ada harapan cerah p

Rekod baru

Image
Ini gambar graf 'tumbesaran' Fina dari lahir hingga sekarang. Setelah beberapa bulan mendapat berat badan purata 9kg-10kg, kali ini lepas timbang masa checkup kat Klinik Kajang Khamis lepas, Fina sudah pecahkan rekod baru. Fina sekarang berat badannya 13kg . Naik 3kg dari 2 bulan lepas. Patutlah hongeh mama dukung hari-hari naik turun tangga masa hantar rumah kaklong aka pengasuh Fina. Saiz badannya tak lah se'cubby' masa Fina kecil-kecil dulu, cuma tubuhnya makin tinggi dan berselera makan. Fina tiada masalah dalam perkembangan berat badan, grafnya pun memang akan naik secara konsisten. Selain timbang berat, ukur tinggi dan jumpa nurse untuk rekod perkembangan kesihatan Fina. Appointment seterusnya pada hujung Januari 2011 untuk makan ubat cacing.

Lega

Image
Kerja-kerja mengemaskini fail-fail terbuka telah siap 90%. Ada lagi 1 fail untuk diselesaikan hari ini. Lega rasa. Pagi yang aman damai kerana ramai pegawai dan kakitangan ke Perhimpunan JPN dan ada yang terlibat dengan Hari Inovasi. Bolehlah saya selesaikan kerja-kerja lain. Fail-fail yang telah siap, telah saya hantar semuanya ke kerani fail. Mujur tidak banyak dokumen yang perlu disemak. Isnin lalu ke Tesco Semenyih, bahan basah seperti sayur dan ikan kehabisan stok, kalau ada pun, tak segar. Beli barang-barang kering dan barang dapur. Kalau nak ke Tesco, saya suka shopping pagi Sabtu dan Ahad. Kalau pergi malam, memang banyak barang yang sudah habis. Fina, seperti biasalah kalau ke Tesco mesti dapat upah sebab penat teman mama. Main-main di playground. Mainan wajib ialah naik kuda pusing-pusing. Dan ini mainan baru yang Fina cuba kat sana. Sekarang ini, saya rasa Fina kuat makan. Semalam saya ke Pasar Malam Bangi, habis 2 batang char kuih tu Fina makan. Kalau cuti hujung minggu pu

Sabtu, Ahad dan Isnin

Image
Pecah rekod saya duduk rumah 48 jam cuti Sabtu dan Ahad lepas. Tak keluar rumah langsung, walaupun ke tempat wajib iaitu TESCO. Aktiviti mengemas dapur dan selebihnya melayan kerenah Fina. Hujan berturut-turut 2 hari, perut pun asyik lapar jer. Fina pun sama, bila saya makan, dia pun makan. Mengunyah tak berhenti. Lagipun abang ada kelas minggu ini. Sampai ke rumah dah jam 3 petang. Kepenatan, jadinya rehat sahaja di rumah. Hari ini orang gomen dah gaji. Bolehlah membayar apa yang patut dibayar. Saya pagi-pagi dah buka Maybank2U untuk bayar ansuran bulanan kereta dan beberapa transaksi lain. Bulan ini kena renew roadtax dan insuran kereta. Sudah 5 tahun kereta saya, tinggal 2 tahun lagi untuk langsaikannya. Zaman sekarang, kalau tak berhutang, memang tak berharta. Tapi kena pandai berbelanja ikut kemampuan dan amalkan sifat berjimat cermat. Pesanan penaja untuk diri sendiri. Background desktop saya di ofis. Gambar anak kesayanganlah:) dan aktiviti untuk hari ini; Menyiapkan fail-fail U

Idaman kalbu

Image
Berada di penghujung usia 20an dan diambang usia 30an telah mengubah corak hidup saya. Kalau dulu tiada perasaan teruja sama sekali bila tengok set pinggan mangkuk, periuk dan barang perkakasan rumah, tapi kini sudah 'terjebak' secara langsung. Penyakit peralihan usia yang tidak mampu dihalang. Patutlah arwah mak saya banyak koleksi pinggan mangkuk, periuk, cawan dan pelbagai peralatan dapur yang dibeli secara ansuran. Pelik juga saya bila arwah mak banyak koleksinya. Orang dulu kan suka main kutu pinggan. Nak beli sekaligus, rasa mahal pula. Kiranya memang normal lah keinginan dan kegemaran saya ke arah itu di usia begini. Agak lama saya idamkan set periuk ini:) Boleh digunakan memasak atas api; microwave oven; boleh diletakkan di peti sejuk; dan terus dihidangkan di atas meja. Pendek kata banyak kegunaannya. dan saya telah berjaya memiliki periuk idaman saya :) Seronok sangat dapat set periuk ini. Ada 3 saiz yang berbeza beserta tutupnya. Bila nak rasmikan pun tak tahu. Lepas

Ayra Nasuha

Image
Alhamdulillah, sahabat saya FID telah selamat melahirkan seorang puteri yang dinamakan AYRA NASUHA Lebat rambutnya, muka comel sangat. Macam anak jepun:) Geram tengok. Rasa nak bawa balik jer. Semalam Ayra baru berusia 4 hari. Tapi sudah pandai reject direct BF dan telah dicampur dengan susu formula. Sayangnya... Mungkin kerana masalah keliru puting seperti yang saya baca melalui n3 mummy aulia . Dan antara sebab lain, Ayra telah diberi susu formula pada awal kelahiran oleh jururawat semasa di hospital kerana Ayra menangis tidak berhenti. Terkilan saya mendengar cerita Fid. Sepatutnya mereka yang berada di bidang Kesihatan adalah berperanan membantu memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada ibu-ibu baru untuk BF, bukannya terus mencari jalan mudah. Situasi yang agak sama masa saya mula-mula bersalin dulu. Hari-hari selepas melahirkan Fina, saya rasa susu badan tiada kerana breast tidak bengkak dan terlalu risaukan anak kelaparan, terus terfikir memilih susu formula sebagai jalan penyel

Sebutan

Antara perkataan yang selalu Fina sebut waktu pagi masa dalam kereta :- Ma..pe tuuh ~ mama apa itu? Bassh ~ bas Etee ~ kereta Otoor ~ motor Lahh ~ sekolah Nassh ~ semua jenis stesen minyak Ynyee ~ air Ngaii ~ sungai Nyii ~ lori Penpen ~ nippon paint - ada dekat papan iklan depan kedai cat kat simpang Taman PS (termasuk dalam senarai juga) Semua sebutan di hujung perkataan akan disebut sebanyak 3 harakat dan dengan nada menurun. Lembut dan mendayu je intonasinya. Fina sekarang sedang belajar bertutur, bila dia tanya 'pe tuh", saya akan jawab dan dia akan ikut sebutan yang sama dihujungnya. Ada bunyi sama sikit-sikit kira oklah tuh.

Bulan-bulan terakhir

Image
Menyusukan anak bukanlah satu bebanan, ianya adalah tanggungjawab. Melihat anak membesar dengan susu yang mengalir menjadi darah dagingnya merupakan kepuasan dan keikhlasan saya sebagai seorang ibu. Saya akui, tidak semua orang mampu untuk meneruskan penyusuan apabila mula bekerja. Pelbagai alasan yang diberikan pada yang tidak mencuba, dan juga pelbagai usaha yang dilakukan bagi yang ingin meneruskan niat. Kalau dulu, ibu bekerja kurang pendedahan mengenai cara meneruskan BF apabila mula bekerja. Tapi kini trend semakin berubah. Makin ramai ibu yang berjaya meneruskan penyusuan penuh selama 6 bulan, setahun, 2 tahun dan ada yang lebih daripada itu. Tiada apa yang mustahil dilakukan oleh ibu, cuma perlu sedikit kesabaran, kecekalan, disiplin dan konsisten dalam menjayakannya. Saya masih ada 2 bulan setengah untuk mencapai target saya. Perkiraan yang tidak terjangkau oleh saya pada awalnya namun syukur kerana perjalanan BF saya dipermudahkan. Zaman mengepam susu telah saya tinggalkan se

Chef Fina

Image
Fina kalau time saya masak, dia memang rajin menolong. Tolong 'menyepah' lah. Nak ikatkan kabinet dapur tu dengan tali, nanti susah saya nak ambil barang pula. Saya biarkan aje. Tapi selalunya, bila saya dah siap masak, saya suh Fina kemas balik pinggan mangkuk yang dia ambil. Beginilah hari-hari bila saya ke dapur memasak :) Fina buka kabinet ambil barang-barang yang dia suka. Lepas tu, susun kat tengah-tengah dapur. Dah cukup peralatan, Fina pun mula memasak. Ni masa tengah sibuk tumbuk sayur kangkung yang saya beri. Selalunya saya bagi timun atau apa-apa sayur untuk Fina tumbuk guna lesung batu. Tak apalah kalau anak dara rajin ke dapur. Berlatih dari awal kan. Nanti dah besar, boleh tolong mama masak. Untung ada anak perempuan. Tak dapat jadi chef pun tak apa, asalkan boleh diharap.

Farewell

Image
Salah seorang kawan saya ~ Zaity~ dapat bertukar ke APMM Kuantan. Lebih kurang 2 tahun lebih Zaity menjadi PA di ofis saya. Disebabkan pekerjaan bakal suaminya di bawah state, jadi Zaity yang minta tukar balik ke Kuantan. Lagipun dia memang orang sana. Memandangkan pertukaran dengan pengganti, jadi cepatlah proses pertukarannya. Gambar-gambar kami masa hari terakhir Zaity berkhidmat di ofis. 15 Oktober 2010 Zaity, Selamat Maju Jaya dan Selamat Bertugas di tempat baru. Panjang umur, kita jumpa lagi. Bertemu dan berpisah memang lumrah dalam kehidupan kita. Namun apabila kita diberi peluang mengenali dan menyimpan memori suka&duka dalam persahabatan, itulah kenangan yang perlu kita hargai sampai bila-bila.

Bajet 2011

Pembentangan Bajet 2011 yang melibatkan Penjawat Awam : Kerajaan memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara Kerajaan. Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000. Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh 1 tahun lagi. Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik. Menaikkan kadar pinjaman kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua. Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000. dan yang paling saya suka ialah : Memberi fleksibiliti dengan menentukan sendiri cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari. Sumber : - PM Blogs Selamat menjalankan tugas sebagai Penjawat Awam. Walau apapun jenis pekerjaan dan gred kita, samaada yang berpangkat tinggi atau ren

4 batang

Image
Gigi Fina gusi belah atas~2 batang (jenis gigi kapak). Sebatang belah kiri dan kanan. Gusi belah bawah ~ 2 batang. Baru tambah lagi sebatang. Jumlah gigi Fina sekarang ~ sudah ada 4 batang. Rasanya kanak-kanak yang sebaya Fina semua dah penuh gigi kat gusi. Fina je baru nak tumbuh gigi. Nanti lambat ganti gigi kekal. Setakat ini Fina tidak suka menggigit. Dah besar agaknya baru tumbuh gigi, mana rasa gatal gusi. Cuma bila BF, terasa juga kekerasan gigi kapak dia tu.

Aktiviti Fina di hujung minggu

Image
Temankan mama pergi Tesco Semenyih. Bila mama dah habis shopping, mama upah naik mainan. Gembira sangat kita. Sementara tunggu mama masak, kita tengok Upin Ipin. Mama belikan meja yang sesuai dengan saiz kita. Bila dah rasa boring, kejap-kejap kita pergi kat peti ais. Ada coklat, gula-gula, air kotak.Kita minta dengan mama. Bolehlah kita makan-makan sambil tengok Upin Ipin. Petang pula, berhari raya ke rumah kawan mama di Bandar Sri Permaisuri. Baik je kita duduk atas kerusi kat rumah kawan mama. Mama kata sedapnya dapat makan Laksa Sarawak. Bukan senang nak jumpa. Kita terjumpa kopiah baba kat dalam bilik. Kita sarung kat kepala. Untuk keselamatan bila naik basikal. dan kita main cak cak dengan mama&baba macam dulu-dulu .

My Mama

Image
Mama cakap mama dah tak pam susu lagi sejak 1/10/2010 genap-genap kita 1 tahun 9 bulan. Kita dah tak nak minum susu dalam botol lagi. Sejak-sejak gigi belah atas kita dah tumbuh, kita rasa tak selesa bila kena puting susu tuh. Dah la gigi kita jenis gigi kapak. Ikut sepupu-sepupu belah mama kita lah. Hidung kita je yang kecil. hi2..Tapi kalau kat rumah, kita yang jadi pam semulajadi mama kita. Kita suka sangat bila boleh golek-golek tidur bawah ketiak mama kita. Agak-agak bila kita dah haus, kita suh mama kita bobom. Kalau mama tak layan, kita nangis je. Rasa selesai semua masalah kita bila mama bobom dan kita dapat nenen. Kalau cuti hujung minggu pula, bila mama sibuk kemas rumah kita layan citer Upin&Ipin kat Youtube. Tapi mama suka sangat pasang lagu Your Mother. Banyak kali pula tu. Mama kata mama suka lirik lagunya. YOUR MOTHER - Yusuf Islam Who should i give my love My respect and my honour to Who should i pay good mind to after Allah and Rasulullah Comes your mother Who next

Peraduan Dunia Susu Ibu

Image
Peraduan anjuran DUNIA SUSU IBU.COM. Maklumat lanjut tentang peraduan ini boleh didapati di SINI Syarat penyertaan: Terbuka kepada semua. Buat 1 entri di blog anda atau 1 album di Facebook anda untuk menyatakan bagaimana anda mengepam dan menguruskan susu ibu perahan di tempat kerja/di rumah . Penyertaan perlu ditulis dalam Bahasa Melayu. Salin dan tampal logo DuniaSusuIbu.com ini di permulaan entri album Facebook anda. Masukkan blog DuniaSusuIbu.com dalam senarai blog anda/jadi rakan Facebook DuniaSusuIbu. Tinggalkan komen dengan menyertakan link penyertaan anda terus ke entri/album Facebook anda. Peraduan bermula 1 Oktober 2010 dan berakhir pada 31 Oktober 2010. ************************************************************************************ i) Bagaimana saya mengepam ketika di tempat kerja. Set pam Spectra 3 mengandungi Pam S3 (double pumping), beg galas untuk isi pam, beg penghawa dingin (cooler bag), 3 ais pek, botol susu MLO. Saya bekerja waktu pejabat 8 pagi hingga 5 petang

Tudung Syiria

Image
Selain baru berjinak-jinak dengan tudung yang ada awning kat depan tu (jenuh pilih yang sesuai dengan muka), sekarang saya beralih minat ke tudung syiria. Baru kumpul-kumpul koleksi. Senang juga pakai tudung syiria, pakai anak tudung dulu, lepas tu sarung tudung kebelakang sikit agar nampak anak tudung di depannya. Dari segi penjagaan pula, kalau dibandingkan dengan tudung awning, tudung syiria lagi mudah untuk dicuci. Agak-agak malas nak cuci guna tangan, masuk mesin basuh pun tak apa. Kalau tudung awning, takut 'patah' awningnya bila masuk mesin. Memang luas pemandangan wajah bila saya pakai tudung ni. Bagi nampak pipi tembam sikit walaupun badan dah makin kurus. Lepas bulan puasa, rasa makin susut badan saya (tak yah pergi Slim World) . Pipi je yang maintain dari dulu, kalau pipi pun cengkung, memang dah tahap kritikal lah. Saya dah ada 7 koleksi tudung syiria ni. Harganya pun berpatutan. [Kak Wa, jom pi borong sekodi kat Jalan Masjid India, hi2]

Deco PS

Image
Deco di rumah waktu dulu-dulu masa baru beli sofa di n3 ini. Dan terdapat sedikit penambahan untuk touch-up rupa ruang tamu rumah saya agar nampak berseri-seri seperti tuan rumahnya. Penambahan di tepi dinding, saya pergi shopping kat Nilai 3 cari frame ayat ini. Harganya memang berpatutan. Tips nak dapat harga murah, pergi shopping waktu malam, boleh dapat harga kurang kat Bai Pakistan yang jual tuh. (Kak wa, kiter dah bocor rahsia harganya berapa kan!). Frame ayat Kursi di tengah dan bahagian kanan dan kiri ALLAH & MUHAMMAD. Sebenarnya saya nak cari frame gambar bunga ataupun corak abstrak nak letak kat ruang tamu. Tapi tak jumpa yang berkenan. Yang saya tengok kat Nilai 3 tu, tak memenuhi citarasa saya. Lagipun frame bunga banyak yang tak cantik, gambar pula banyak gambar pemandangan jer yang ada. Bantal atas sofa, sarungnya saya tempah ikut kain langsir. Macam tak naik seri sangat sebab warnanya gelap. Patut cari warna cerah sikit. Lain kalilah tempah lain. Tunggu raya tahun-t

Update stok EBM

Image
Stok frozen EBM Fina hingga ke tarikh hari ini hanya tinggal sebanyak 25 pcs liner 3-4oz setiap liner. Stok dari bulan Julai, Ogos dan September. Rasanya jadi simpanan/backup sahaja stok-stok ini. Belum digunakan sejak saya start kerja lepas cuti raya. Kalau minggu ini Fina masih reject EBM, nampak gayanya saya simpan stok-stok ini untuk 3 bulan sahaja sebelum dibuang sebab sudah sampai tempoh expired. Perasan tak tarikh pada EBM tu, 27/10/10. Dah sampai ke penghujung bulan baru saya perasan yang sepatutnya saya label untuk bulan 9 bukannya bulan 10. Ini first time salah label. Mentang-mentang dah nak stop buat stok. Fina saya bekalkan dengan air kotak, air soya, nutrigen, yakult atau apa-apa jenis air yang seangkatan dengannya. Kaklong aka pengasuh Fina cakap, minggu lepas beri Fina jus oren yang diperah sendiri. Tapi saya tak berkesempatan lagi untuk beli buah. Tunggu pergi pasar malam baru beli. (Sori lah kaklong yo, minggu lepas tak jadi pi psr malam Bangi. Tesco lak, tak pegi mi

1 Oktober 2010 ~ 22 Syawal

Image
Jumaat lepas ada Perhimpunan Bulanan Bah. Penasihat, merangkap juga Sambutan Besday dan juga Jamuan Raya. Dah nak sampai ke penghujung Syawal rupanya. Layan je lah gambar-gambar saya dengan kawan-kawan ofis berpossing dengan baju raya:) Dari kiri ke kanan Gambar 1 ~ Aishah, Ita, Saya Gambar 2 ~ Saya & Zaity Gambar 3 ~ Aishah, Saya, Kak Elly Gambar 3 ~ Ita, Kak Nori, Naimi, Saya, Aishah Gambar 4 ~ Kak Nori, Aishah, Saya, Zaity Lebih kurang sama je orang-orang yang ada pada gambar tu kan. Sebenarnya Bahagian saya ramai juga staf dan pegawai. Kalau nak tangkap gambar, memang lebih 10 meja. Cuma ini di antara kawan-kawan yang rapat. Gambar atas ~ Saya, Aishah, Zaity Gambar bawah ~ Ita, Kak Nori, Naimi, Saya, Aishah Sekarang masa untuk menjamu selera. Antara menu yang ada pada hari tersebut. Nasi beriani set lauk-ayam masak merah, daging berempah, dalca, acar nenas,udang+kacang panjang, bihun sup, sate, kuih lapis, puding jagung, biskut raya, buah-buahan. Kenyang sampai ke petang hari J

Update 1 Tahun 9 bulan

Perkembangan Fina di usia 1 tahun 9 bulan :) Dah ada 3 batang gigi. 2 kat atas dan 1 kat gusi belah bawah. Dah tak nak nyusu siang time saya pergi kerja. Nak direct BF sahaja. Dah pandai cakap sikit-sikit. Faham arahan yang senang-senang. Rajin tolong saya mengemas rumah, memasak, menyapu. Kadang-kadang kuat membebel dan marah orang. Garang gak Fina nih. Suka main masak-masak kat dapur. Dikeluarnya pinggan mangkuk kat kabinet, pastu main masak-masak. Sekarang ni suka main lesung batu. Saya bagi karot/timun untuk dia tumbuk. Sukalah dia. Bila nampak saya pakai kerongsang, baju yang ada manik, rantai, gelang, Fina cakap 'atikk' - cantik la tuh maksudnya. Suka makeup. Bila saya siap-siap nak pergi ofis atau nak keluar, dia pun sibuk nak pakai bedak, gincu, eyeshadow. Kalau nak pakai eyeshadow tu, siap pandai tutup mata. Time nak pakai gincu lak, lepas je saya pakaikan, terus dia ketap bibir. Baru je ajar beberapa kali, dah ingat. Cepat belajar sesuatu. Bila tengok budak-budak lain

TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW

Image
*STICKYPOST* Entry baru sila scroll ke bawah **************************************** Yieeehaaaa...*sambil lompat keluar* Berita gumbira untuk andaaa!! *Kalau tak gumbira pun buat2 je la gumbira ye..macam la tak biasa kannn :D* TTM korang ni dah sampai seru nak buat LUCKY DRAW kat Dapur Malus Domestica hari ini. Semua yang layak memenuhi syarat2 di jemput untuk menyertai LUCKY DRAW ini.*haku ni kalau bab bagi ayat formal memang lemah* TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW! INI HADIAHNYERR.. TENG TENG TENG! Product Information : 4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs Item Code : 1065856 Weight : 4,275g Category : Dinnerware Pattern : Geometric Product Description Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave, Dishwasher and oven safe. Syarat-syarat penyertaan: 1. Anda

Stop pumping

Kalau dulu, saya selalu menghitung dari bulan ke bulan pertambahan usia Fina. Bukannya nak cepat suh Fina membesar, cuma tak sabar nak capai target BF Fina 2 tahun. Mula-mula nak BF 6 bulan, bila dah capai 6 bulan, saya teruskan ke 1 tahun, dan alhamdulillah Fina masih BF hingga kini. Rasa teruja bila Fina beralih bulan. Cuma bila dikenangkan, timbul pula rasa rindu masa Fina baby dulu. Rasa terlalu pantas masa berlalu dan hari ini Fina dah genap 1 tahun 9 bulan. Jumaat lalu 1/1/10 saya cuba untuk tidak mengepam langsung ketika di ofis. Sejak Fina reject EBM, saya rasa saya nak beri Fina direct lepas balik kerja dan waktu cuti sahaja. Siang nak stop pam susu kat ofis. Lagipun stok frozen EBM yang tinggal boleh dijadikan backup sekiranya Fina menyusu kembali waktu saya kerja. Tak tahulah Fina 100% reject EBM ataupun hanya untuk sementara waktu. Tengok minggu depan pula macamana. Bila dah memang jadi rutin harian saya untuk mengepam susu, saya rasa semacam je bila tak pam. Nasib baik