Update stok EBM
Stok frozen EBM Fina hingga ke tarikh hari ini hanya tinggal sebanyak 25 pcs liner 3-4oz setiap liner. Stok dari bulan Julai, Ogos dan September. Rasanya jadi simpanan/backup sahaja stok-stok ini. Belum digunakan sejak saya start kerja lepas cuti raya. Kalau minggu ini Fina masih reject EBM, nampak gayanya saya simpan stok-stok ini untuk 3 bulan sahaja sebelum dibuang sebab sudah sampai tempoh expired.
Perasan tak tarikh pada EBM tu, 27/10/10. Dah sampai ke penghujung bulan baru saya perasan yang sepatutnya saya label untuk bulan 9 bukannya bulan 10. Ini first time salah label. Mentang-mentang dah nak stop buat stok.
Fina saya bekalkan dengan air kotak, air soya, nutrigen, yakult atau apa-apa jenis air yang seangkatan dengannya. Kaklong aka pengasuh Fina cakap, minggu lepas beri Fina jus oren yang diperah sendiri. Tapi saya tak berkesempatan lagi untuk beli buah. Tunggu pergi pasar malam baru beli. (Sori lah kaklong yo, minggu lepas tak jadi pi psr malam Bangi. Tesco lak, tak pegi minggu ni). Air kosong, Fina tak minat sangat. Kalau waktu dia mula-mula belajar makan dulu, air kosonglah jadi kegemarannya. Bila dah tau rasa sedap, nak air yang manis-manis jer.
[Hari ini saya cuba untuk tidak mengepam. Tapi dalam hati, rasa gelisah semacam jer.]
Comments
Post a Comment