Posts

Showing posts from June, 2012

Perubahan

Image
Dua hari berturut-turut Cik Fiqah saya ini bangun pukul 3 pagi dan berjaga hingga ke jam 4.30 pagi. Fiqah tak menangis, duk main-main seorang, bila saya tengok, dia dah bergerak dari tempat asal saya letak dia. Lasak betul, walaupun dengan hanya mengerak-gerakkan kaki dan tangan boleh bertukar posisi. Sedar jer, dia dah kat bawah kaki saya. Patutlah cari kat sebelah tak jumpa. Secara automatiknya juga, sebagai ibu bila anak tak tidur kita pun tak boleh tidur nyenyak. Buat pertama kalinya saya overtime di keheningan pagi sebelum subuh. Masuk usia 6 bulan, Fiqah banyak melakukan perubahan yang agak ketara jika dibandingkan sewaktu awal-awal bulan kelahirannya dulu. Mungkin juga Fiqah sudah mula mengenali, memahami dan inginkan perhatian daripada orang yang dikenalinya dan tentunya dari insan paling rapat iaitu mamanya. Fiqah makin rajin bf setiap 2 jam sekali di waktu malam. Kalau dahulu, dia bf kenyang-kenyang sebelum tidur dan akan bangun di pagi hari. Satu perubahan yang

Stage 6 bulan

Image
First stage COMPLETE! Genap 6 bulan bf Fiqah. Pengalaman yang agak santai dan kurang cabarannya jika dibandingkan tempoh menyusukan Fina dahulu. Mungkin pengalaman pertama yang dilalui memudahkan saya untuk meneruskan bf Fiqah pula. Alhamdulillah, susu saya masih mencukupi untuk bekalan dan dijadikan stok harian Fiqah. Tapi target untuk penyusuan secara EKSLUSIF tidak tercapai kerana pengasuh Fiqah telah beri Fiqah bubur nasi 2 minggu sebelum genap Fiqah berusia 6 bulan. Susah sebenarnya nak capai tahap EKSLUSIF. Tentunya tanpa bantuan dan sokongan orang lain, tentulah mustahil untuk menggapainya. Tapi sekurang-kurangnya saya berpuas hati kerana Fiqah makan setelah usianya 5 bulan lebih. Penyusuan secara ekslusif ialah bayi tidak diberi air kosong, atau makanan pelengkap sehingga usia 6 bulan, hanya minum susu ibu sahaja. Jika ibu yang pro-bf tentu akan rasa terkilan jika tidak berjaya mencapai tahap ekslusif, kerana mereka tahu bukan mudah untuk mencapai tahap itu. Begit

F&F

Image
Alhamdulillah, diberikan kesempatan bernafas di bulan Syaaban bulan persediaan sebelum masuknya bulan Ramadhan. Masih diberi peluang untuk hidup bersama insan-insan tersayang, dipinjamkan oleh-Nya nikmat yang seharusnya kita syukuri tiap masa. Moga amalan kita makin bertambah dari hari-kehari. Amin. Hari ini Fiqah genap 6 bulan, Fina pula sudah berusia 3 tahun 6 bulan. 2 orang puteri yang bertahta dihati saya dan abang. Penyeri dan penghubung kasih kami berdua. Makin membesar diiringi peredaran masa. Fina Makin bijak berkata-kata. Membina ayat walaupun dengan longhat pelat Perak nya.  Tidak tahu tang mana yang dia boleh cakap style Perak, padahal babanya asal pantai timur, saya pula nogori. Makin pandai memprotes. Saya pernah terbaca, kanak-kanak berusia 3-4 tahun ialah waktu mereka sedang belajar untuk memberontak. Mahu kita turuti segala kemahuannya. Dan tentunya memerlukan kesabaran yang tinggi dalam melayan kerenahnya setiap hari. Tapi yang peliknya, kalau Teacher suruh,

Program Galakan Membaca

Image
Jumaat lepas ada Program Galakan Membaca sempena musim cuti sekolah. Jadi, saya bawa Fina naik ke ofis untuk join aktiviti-aktiviti yang diadakan di dewan.  Seronok dan gembira Fina. Sampai nak suruh turun ke taska pun dia taknak. Antara aktiviti ialah Pertunjukan Boneka daripada Kumpulan Kelip-Kelip DBP. Menari chicken dance, menyanyi, mewarna dan macam-macam lagi. Masa main dam, terasa Fina dah makin pandai berdikari. Dia baling dadu dan angkat kon tanpa perlu bantuan saya.  Dah selesai makan tengahari, saya hantar Fina semula ke taska untuk tidur. Kalau ikut saya ke ofis, memang jawabnya tak tidurlah hingga ke petang.

Abah

Kesempatan balik ke n9 saya balik juga ke kampung nenek di Melaka. Menjengah dan menziarahi atuk dan nenek yang semakin uzur dimamah usia. Saya pun dah memasuki usia 30an, sudah tentulah mereka makin berusia daripada ayah. Alhamdulillah, dipanjangkan umur mereka melihat cicit-cicit membesar pula. Sejak kecil saya panggil nenek sebagai mak, dan atuk pula sebagai abah. Kali ini saya   nak kongsikan kenangan bersama abah. Dahulu kalau cuti sekolah, saya selalu tinggal di kampung. Ikut abah naik motor, pergi kedai, pergi rumah moyang di baruh, jalan-jalan di kampung. Ada satu ketika, semasa dalam perjalanan ke rumah moyang (mak abah), motor yang abah pandu terbabas di titi kecil depan rumah moyang. Jatuh kami berdua dalam paya, tenggelam dan timbul semula saya. Nasib baik tidak ada apa-apa. Tolong cabut uban guna padi, dapat upah 20sen. Pijak belakang abah. Kalau saya tertidur depan tv, abahlah yang tolong angkatkan letak atas tilam. Ada satu masa, saya buat-buat tidur, abah angkat, s

Kenduri veteran

Berlalu sudah musim cuti sekolah. Musim jemputan kenduri kahwin sana sini. Semalam saya ke Kampung Dato’ Harun. Mulanya balik ke kampung saya di n9 hari Jumaat. Abang kena kerja minggu ini. Jadi Sabtu petang dia terus ke PPA, Jelebu. Cadangnya hari Ahad ayah tolong hantarkan saya balik ke Semenyih. Tapi tak jadi, abang datang jemput Ahad pagi.   Kawan-kawannya di PPA tak jadi berkonvoi. Cari punya cari, dekat jam 2.30 petang baru sampai ke rumah kenduri. Lepas salam tuan rumah, terus kami bersantap. Perut tengah lapar, dua kali menambah. Saya tanya juga pada abang, mana kawan abang? Tak nampak dari tadi. Dia kata, mungkin dalam rumah. Saya pun spontan kata, pengantin buat outdoor photoshoot kot. Kebetulan si Fiqah terberry, jadi saya tumpang guna bilik air. Tengah pakaikan drypers Fiqah, saya tanya dengan budak-budak yang sedang usik-usik Fiqah. Mana pengantin dik? Budak tu selamba je cakap, ‘nenek tu lah pengantin’…..Terus saya keluar, tengok nombor rumah. Betullah no. 11. Tan

Checkup 5 bulan

Rabu lepas ke Klinik Desa Rinching untuk temujanji checkup Fiqah 5 bulan. Timbang berat, ukur tinggi dan juga suntikan di pehanya yang gebu. Fiqah dah 7.5 kg. Seperti biasa, peningkatan berat yang cantik grafnya setiap bulan. Tinggi dah 65cm. Perkembangan 5 bulan: Dah pandai suruh pegang dia. Menangis bila tak layan dia. Agak 'kurang gerakan' untuk meniarap. Dah buat bunyi-bunyian baby. aaaaa---thathatha--abebhebhe-- Suka hisap jari. Kuat tersenyum dan tergelak. Angkat kepala bila letak dalam stroller. Lepas cucuk, malamnya badan Fiqah agak panas sedikit. Kat tempat cucuk tu pun rasa keras.Saya sapu vicks. Fiqah macam Fina masa baby, tak suka makan ubat. Kebetulan ubat klinik kali ini pahit, jadi dia tak minum banyak. Minta abang belikan ubat demam lain. Alhamdulillah, tak jadi demannya. Lepas habis cuti di Terengganu, hantarnya ke Taska hari Selasa, petangnya Fiqah demam. Kali ini agak panas, dan inilah demam pertamanya sejak Fiqah dilahirkan. Bagi

Balik Terengganu

Image
Cuti sekolah hampir berakhir, dan mood menaip n3 pun agak ke laut kebelakangan ini. Sempat juga pulang ke Terengganu minggu lepas. Kali ini tak pergi mana-mana pun. Hanya pergi kenduri kahwin di Manir dan berjalan-jalan di pasar tani Kampung Buloh. Lagipun kami tidak bercuti lama dan tidak bercadang ke bandar ataupun naik ke Kelantan memandangkan musim cuti sekolah. Kalau shopping pun susah minta tawar kerana harga barang agak mahal bila ramai pengunjung. Saya, tak habis-habis bab shopping sahaja di kepala kan. Dan laluan Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Setiu telah siap. Tol masih percuma dan kawasan R&R masih dalam pembinaan. Jadi tidak lalu kawasan bandar dan Kuala Berang lagi. Maka amat tipis peluang berjalan-jalan di bandar Terengganu apabila highway LPT itu telah abang gunakan untuk pulang ke kampung. Beli keropok keping dan keropok lekor pun kat tepi jalan on the way balik ke KL. Sodih;) Balik kali ini, mak mertua saya sibuk berbisnes di Dataran Langkap. Bisnes ut

Nursing Cover

Image
Antara gadjet penyusuan yang agak diminati oleh ibu-ibu ialah baju menyusu dan nursing cover. Ini antara pilihan sedia ada bagi memudahkan aktiviti penyusuan dilakukan di mana-mana sahaja tanpa perlu mendedahkan aurat di tempat umum.   Antara koleksi baju menyusu saya telah beli daripada Autumz dan juga baru-baru ini saya telah cuba menggunakan nursing cover yang saya beli dari Big Eyes dan Makcik Rehan . Harganya pun berpatutan. RM35 ke atas mengikut jenis kain dan design yang kita tempah. Ini contoh NC yang saya tempah daripada Makcik Rehan dan dijahit khas oleh Kakngah . NCM01 - gambar strawberry. Kalau ada yang berminat dengan aksesori tambahan NC sebagai melancarkan perjalanan penyusuan untuk simanja walau dimana berada, bolehlah contact Rehan melalui emel seperti di dalam gambar atau boleh jenguk ke blog beliau.