Kenduri veteran
Berlalu sudah musim cuti sekolah. Musim jemputan kenduri kahwin sana sini.
Semalam saya ke Kampung Dato’ Harun. Mulanya balik ke kampung saya di n9 hari
Jumaat. Abang kena kerja minggu ini. Jadi Sabtu petang dia terus ke PPA,
Jelebu. Cadangnya hari Ahad ayah tolong hantarkan saya balik ke Semenyih. Tapi
tak jadi, abang datang jemput Ahad pagi.
Kawan-kawannya di PPA tak jadi berkonvoi.
Cari punya cari, dekat jam 2.30 petang baru sampai ke rumah kenduri. Lepas
salam tuan rumah, terus kami bersantap. Perut tengah lapar, dua kali menambah.
Saya tanya juga pada abang, mana kawan abang? Tak nampak dari tadi. Dia kata,
mungkin dalam rumah. Saya pun spontan kata, pengantin buat outdoor photoshoot
kot. Kebetulan si Fiqah terberry, jadi saya tumpang guna bilik air. Tengah
pakaikan drypers Fiqah, saya tanya dengan budak-budak yang sedang usik-usik
Fiqah. Mana pengantin dik? Budak tu selamba je cakap, ‘nenek tu lah pengantin’…..Terus
saya keluar, tengok nombor rumah. Betullah no. 11. Tanya abang, kita ni makan
rumah kenduri betul tak? Sedap je abang tengah menikmati bubur kacang sebagai
dessert. Saya cakap, macam dah salah
rumah jer. Kami bawa kad jemputan, tunjukkan pada seorang makcik yang duduk di
situ. Katanya, alamat tu, lorong lagi satu. Khemah warna putih kelabu. No.
rumah kawan abang tu No.11A. Belakang je lorongnya. Ha2…
Tak tergambar dengan kata-kata tebalnya rasa muka masa itu. Nasib baik perut
dah kenyang. Jadi makcik tu beritahu pengantin tadi, diapun datang . Katanya
tak apalah. Dah tersalah, nak buat macamana. Bukan sengaja pun.Saya minta
maaf banyak-banyak padanya. Terus
panggil makcik tu akak. Salam kaut sempena meraikan majlisnya. Dia siap bagi doorgift pada Fina. Patutlah
masa datang, salam dengan dia, dalam hati saya cakap, kenapa mak pengantin ini
macam over jer. Siap pakai inai 10 jari, pakai tudung siap ada selendang
berjurai di belakang. Rupanya, memang dialah yang jadi pengantinnya. Pengantin
veteran.
Abang pun sangat confident rumahnya betul sebab masa kami baru sampai, dia
terserempak dengan kawan satu ofis juga. Kawannya keluar dari lorong yang sama,
mungkin dia parking di belakang. Jadi haluan lorong yang berbeza. Dan ada lebih kurang 4 rumah kenduri masa
tersebut. Makcik tu cakap, minggu lepas lagi banyak. Kami pun memang tak biasa dengan kawasan Kampung Dato’
Harun.
Kalaulah makcik tu terbaca coretan saya ini, mohon maafkan kami sekeluarga.
Kami doakan makcik berbahagia hingga ke akhir nyawa. Dah rezeki kami makan kat
rumah makcik masa hari bahagia makcik. Tapi lauk di rumah makcik, memang
sodap;)
Pengalaman yang lucu, dan buat pertama kali dalam hidup saya, datang kenduri
salah rumah. Abang sayang, lain kali kita pergi kenduri, jumpa pengantin dulu ye, baru
kita makan kenyang-kenyang;)
Comments
Post a Comment