Posts

Showing posts from October, 2013

Kehadiran 3rd baby

  3rd baby ~ 17 minggu   Panjang bayi anda sekarang hampir 13sm dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 140g. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung yang dipanggil myelin mula membalut saraf tunjang dengan perlahan-lahan. ***************************************************************************************** Mengandung 3th baby tak lah sehebat auranya jika dibandingkan dengan anak sulung. Saya rasa semua orang begitu. Jika anak sulung, begitulah menjaga dan memanjakan diri bersungguh-sungguh. Tak larat, asyik nak tidur dan berehat. Yelah, tak ada gangguan lain. Kat rumah pun duduk berdua sahaja dengan suami. Bila dah masuk anak no. dua, gagahkan diri juga untuk menjalani aktiviti harian. Kurang sikit manja dan mengada-ngada, terutamanya untuk dilayan si suami. Kadang-kadang kat ofis, larat jer, bila balik rumah, tengok muka suami, semua kerja jadi tak larat nak buat. Ha2..pengalaman mengandungka

3th

Image
Alhamdulillah, rezeki dan anugerah dari Maha Kuasa. Berusia 14 minggu. Doakan kesihatan saya dan mujahid kecil ini. Harapnya yang keluar nanti sama geng dengan Baba F&F. Amin   14 weeks  - babycenter.com

Kek Kukus

Image
  Lama tak buat projek bakeri, ini latest percubaan membuat kek. Ini Kek Pelangi Kukus, tapi saya jadikan gabungan vanila & coklat sahaja. Sesuai untuk minum petang, kenduri ataupun sebagai buah tangan bertandang ke rumah sanak saudara.   KEK PELANGI KUKUS (Sumber Google) Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3) · 1 cawan mentega · 1/2 cawan gula kastor · 3 biji telur · ¼ cawan susu pekat · ¼ cawan serikaya · 1½ cawan tepung gandum · 1 sudu kecil serbuk penaik · 1 sudu besar koko · 1 sudu kecil vanila · Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga Cara Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan

Fina Fiqah

Image
Berdiam diri bukan bererti sepi, cuma tiada kesempatan masa dan kurangnya aura mengupdate blog.  Tunggulah waktu rajin yang tiba-tiba datang, barulah boleh menggerakkan jari jemari menaip dengan lajunya. Patutlah saya tidak ditakdirkan menjadi seorang penulis, kalau tidak, memang lingkuplah sebab tak ada penulisan baru. Kali ini nak update cerita Fina dan Fiqah. Nak cerita apa lagi kan, tentunya cerita dua orang puteri yang semakin membesar. Lorrr...dah besar rupanya anak-anak mama. Fina : 4 Tahun 10 bulan. Suka mewarna, menulis, menonton vcd cerita karton. Sekarang dia suka tengok cerita Barbie. Hari-hari nak tengok cerita Barbie. Makin petah bercakap tapi masih pelat lah akak Fina ni. Mengekalkan tahap kemanjaan sebab anak sulung kan, tak boleh adik lebih daripada dia.       Fiqah: 1 Tahun 9 bulan Boleh dah cakap sikit-sikit. Fiqah kurang pelat macam akak Fina. Suka makan pisang emas, sehari 3 biji pun boleh. Pandai nyanyi lagu Burung Kakak Tua