Posts

Showing posts with the label Taska

Fiqah - Tadika Islam Al-Qausar

Image
Alhamdulillah, Fiqah telah habis sesi pembelajarannya di usia 5 tahun di Tadika Islam Al-Qausar. Terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik Fiqah selama ini. Pencapaian akademik Fiqah di tahap memuaskan. Cuma dia jenis yang tak suka bercakap dalam kelas. Bila keluar je dari pagar sekolah, kuat suara dia bercakap dengan mam a. Kalau kat sekolah, suaranya sampai paras halkum aje. Majlis Graduasi Tadika telah diadakan di UPM pada bulan November yang lalu. Fiqah telah dianugerahkan sebagai Pelajar Sahsiah Terbaik kategori 5 tahun. Untuk acara persembahan kelas Fiqah telah buat persembahan nyanyian lagu Ibu. Tersentuh hati dengar lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak tersebut.  Acara Sukaneka selesai diadakan awal November di padang Futsal berdekatan dengan taman perumahan kami. Masa tu Fiqah masih demam. Hadir juga paginya sebab nak dia sertai acara sukaneka bersama kawan-kawan. Fiqah masuk 2 acara  dan menang tempat pertama bagi acara kutip gula-g...

Konvo Fina

Image
Sabtu lepas telah berlangsung Konvokesyen Fina di Auditorium JPA Putrajaya. Disebabkan Fina dah start darjah 1 tahun hadapan, jadi Fina konvo sekali dengan kawan-kawan yang masuk kelas 6 tahun. Sedih pula bila tengok persembahan video kenangan Fina dengan Teacher dan kawan-kawannya di Taska Nasyrah. Macam tak percaya Fina telah hampir mengakhiri zaman taskanya. Fina masuk Taska Nasyrah sejak usianya 2 tahun lagi. Selesai konvo, ada acara persembahan dari wakil Nasyrah di Bangi, KPDNKK, SPA dan JPN. Fina buat persembahan tarian - lagu Nirmala. Fina semasa persembahan tarian. Possing selepas habis konvo Possing dengan Fiqah dan Fittriah Berakhirnya sesi persekolahan Fina selama 4 tahun di Taska Nasyrah Jabatan Peguam Negara. Moga kenangan di zaman kecil ini menjadi kenangan terindah Fina sepanjang hayatnya. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah mendidik Fina. Hanya Allah yang mampu membalas jasa Teacher-teacher.

Anak Itik

Image
Cuba teka siapa saya... hi2...   Anak Itik Tok Wi Mandi Dalam Kolam Buat Apa Tok Wi Ubat Limau Lelam Sakit Apa Tok Wi? Sakit Sendi Tulang Ubat Apa Tok Wi Ubat Sengal Tulang v v v v v v Fina jadi si itik dalam kolam masa Hari Graduasi Taska Nasyrah Sabtu lepas.    

Hari Sukan

Image
Beberapa minggu lepas, Fina ada Hari Sukan di Bangi, Selangor. Gabung dengan beberapa taska di bawah cawangan Nasyrah. Seronok sangat dia dapat pergi. Walaupun panas, tapi dia tak letih pun. Kanak-kanak tengah membesar, mana tau letih. Ikut jer cakap teacher nya. Saya teman masa perbarisan sahaja pagi tu, lepas tu bagi je teacher-teacher uruskan acara mereka. Lagipun Fina lebih berdikari bila tak nampak muka saya dengan abang. Saya duduk jer kat tempat duduk atas stadium. Mula-mula sampai, daftar nama. Berkumpul di bawah khemah dan selepas itu beratur untuk perbarisan antara taska. Ada bacaan doa, bacaan ikrar, nyanyian lagu Negaraku, Lagu Merdeka dan Lagu Hari Raya. Fina dah pandai nyanyi lagu " berlalulah sudah ramadhan, sebulan berpuasa...la..la..la..." dah habis raya pun masih nak nyanyi lagu raya. Tengah ready untuk acara perbarisan keliling padang. Beratur-beratur semua. Acara sukan diasingkan ikut usia kanak-kanak. Fina masuk 3 acara - musical ...

Exam

Image
Sebelum al-kisah akak Fina tidak direkodkan, sebelum mamanya makin mengurangkan aktiviti mengemaskini n3 blog, eloklah saya mengambil sedikit masa untuk update cerita result exam Fina. Dah lama dapat result, lebih kurang 2 bulan. Mula-mula dia nampak patung pengantin di pasar malam. Dia nak sangat patung tu, saya cakap, kalau Fina nak, kena masa periksa kat sekolah dapat nombor 1. Sebab sebelum ini dia nombor 10, jadi saya tak kisah dia dapat ke tak. Alhamdulillah, bila dapat result, dia dapat nombor 2. Terkejut mama dia..hi2..Macamtulah anak-anak, bila dapat keputusan baik, kita pun tumpang gembira. Tahniah Fina. Walaupun Fina dapat nombor apa pun, mama tetap sayangkan Fina. Fina kat rumah rajin mewarna. Tapi hobi yang masih dikekalkan ialah tengok kartun lawan-lawan. Terutamanya Power Rangers. Berulang-ulang VCD tu dia tengok. Dah 4 tahun 8 bulan Fina. Makin besar anak mama. Macam-macam ragam, macam-macam kerenah, begitu menguji kesabaran kami baba dan mamanya, tapi itula...

Report Card

Image
Alahai, berbulan n3 tertangguh. Berikutan Fina yang telah bersekolah di Taska Nasyrah tahun ini, Fina dah duduki EXAM dia yang pertama. Mama nak kongsikan result exam Fina yang pertama biar bila Fina besar, Fina akan tahu kenangan exam di usia seawal 4 tahun! Keputusan yang sederhana, tetapi cukup bermakna buat mama. Baba cakap, untuk usia Fina tak apa dia dapat result macamana pun. Kita masa kecil dulu pun sekolah masa usia 6 tahun. Ada tu yang terus masuk darjah 1. Tak masuk tadika pun. Yang penting pendedahan dia dengan ilmu, dengan kawan-kawan dan persekitaran yang boleh mengembangkan daya pemikiran kanak-kanak. Dapat nombor 10 dari 16 orang dalam kelas. Bahasa Malaysia yang paling rendah. Jawi paling tinggi. Fina suka sangat mewarna. Kat rumah dia rajin mewarna. Hafalan doa-doa yang teacher ajar, alhamdulillah, Fina boleh baca. Lagu lagilah cepat hafal. So mama belanja naik motor free depan Giant sebab Fina dah habis exam! ...

Fina sekolah

Image
Diam tak diam, dah memasuki minggu terakhir di bulan Januari tahun 2013. Jadual pagi saya banyak berubah sejak masuk tahun baru. Keluar seawal jam 6.30 pagi untuk tempuhi jalan sesak yang luar biasa keadaannya bila anak-anak dah mula bersekolah. Proposal untuk duduk di kuarters telah ditolak secara terang-terangan oleh baba. hi2, saja-saja gurau mintak duduk kuarters. Bila datang kemalasan nak menghadap jem hari-hari, memang rasa senang jer kalau apply kuarters kat Putrajaya. Tak perlu ulang alik lagi. Tapi banyak benda yang perlu diadjust semula. Jadi, teruskan sahaja rutin harian. Kadang-kadang sampai awal, kadang-kadang sampai lewat, kadang-kadang ontime, yang penting tetap datang dengan selamat di tempat kerja. Lambat lagi nak pencen ni;)   Fina sudah mula bersekolah di Taska Nasyrah di ofis saya. Taska yang sama masa hantar dia masa usia 2 tahun. Cuma dulu kelas toddler, tak payah belajar. Sekarang masuk kelas untuk kanak-kanak usia 4 tahun. Ada uniform, ada jadual belaja...

Teacher's Day, Mother Day, Birthday Party

Image
Khamis lepas ada sambutan Teacher's Day, Mother's Day dan juga Birthday di Taska Nasyrah. Mama Fina tak sempat nak sediakan apa-apa potluck untuk jamuan kali ini. Hanya beli kuih muih di gerai depan Uniten untuk dibawa pada hari tersebut. Juga sedikit cenderahati untuk diberikan pada teacher-teacher Fina di Taska. Fina sekarang suka pergi Taska.  Bila suruh tukar duduk taska dengan adiknya, terus jawab tak nak. Hari-hari ada sahaja lagu yang dinyanyikan. Eloklah, ada juga peneman saya pergi dan balik kerja setiap hari. Cakap masih pelat, kadang-kadang saya sahaja yang faham Fina cakap apa. Tapi boleh dah bina ayat sendiri. Fina dah tak pakai pampers sepenuhnya sekarang. Malam pun tidur dah tak terkucil. Dan ini kad sempena Mother's Day dari Fina. Cantik Fina buat corak background tu kan.

Fiqah

Image
Fiqah kena selsema semalam. Perkara biasa kalau tinggal di taska. Selsema, kejap baik, kejap kena balik. Dah duduk ramai-ramai. Saya tak bagi ubat sebab Fiqah kecil lagi. Hanya sapu vicks pada dada, belakang badan dan tapak kaki Fiqah. Masa tidur, tinggikan bantalnya agar senang Fiqah bernafas.  Fiqah masih mengekalkan reputasinya sebagai seorang baby yang mudah untuk dijaga. Tak pernah mengamuk, jarang menangis dan tidur nyenyak di waktu malam. Rasa senang dan seronok menguruskan Fiqah. Kadang-kadang, waktu malam Fina yang menangis mengigau. Fiqah ok jer, cuma bangun menyusu sahaja bila lapar. Cuma masalah sampingan Fiqah ialah kulitnya agak sensitif. Terutamanya di kawasan bawah leher dan kelopak telinga. Cepat merah bila tidak dilap kering atau berpeluh. Rabu lepas bawa Fiqah ke Klinik Dinamik untuk jumpa doktor. Cuping telinga Fiqah bernanah dan belakang kelopak telinganya merah. Doktor kata alahan. Diberi ubat sapu. Bukan apa, saya takut merebak...

HFMD

Image
Hari Rabu petang, cucuk Fiqah. Fiqah tak demam, yang demam Fina. Malam badannya panas sangat. Minta abang   belikan   ubat demam di Klinik Dinamik depan taman. Pagi kebah demam. Agak lama Fina tak kena demam. Selsema itu perkara biasa kalau tinggal ramai-ramai di Taska.   Hantar ke Taska pagi Khamis. Kebetulan ada Sambutan Hari Jadi bagi bulan Jan, Feb dan Mac di Taska Nasyrah. Tengok badan Fina, ada tumbuh bintik-bintik merah kat tepi leher. Tapi dah tak demam. Jumaat pagi, ada pula bintik-bintik pada mulut, kaki, badan dan tangan. Pesan pada teachernya kalau banyak sangat, beritahu saya. Time rehat teacher nya sms. Fina tak nak makan, minum dan nyusu. Tidur pun tak boleh. Bintik merah pun dah banyak keluar. Memandangkan dah   hari Jumaat, saya ambil Fina bawa naik ofis. Tunggu jam 5 petang, balik dan malamnya ke Klinik Dinamik. Dekat Taska Nasyrah ada kes HFMD minggu-minggu sebelum saya naik kerja. Minggu ini pun ada 2-3 orang yang kena. Mungkin Fina kena jan...

Hari kedua ketiga

Image
Hari kedua di taska. Fiqah semakin ok. Boleh sesuaikan diri. Dah nak menyusu. Habis bekalan EBM. Itu yang penting. Perutnya sentiasa kenyang. Lega sikit hati mamanya;) Masuk hari ketiga. Harapan tinggi menggunung agar Fiqah akan lebih sesuaikan diri. Dan Fiqah tidak ada masalah seharian di Taska. Nyusu bila lapar, bangun main-main sekejap dan kemudian tidur. Sesi latihan berjalan lancar seperti yang dirancang. Harap-harap minggu depan Fiqah akan terus sesuaikan diri dengan suasana di sana sementara mamanya bekerja. Disebabkan 2 hari dah ok, jadi hari ini dan esok mamanya bagi Fiqah cuti. Tak tahan rindu tinggalkan Fiqah di taska lama-lama. Cuma akan diselang seli dengan beri EBM guna botol dan direct BF di rumah. Fiqah dah pandai senyum dan gelak bila diagah. Ni Aaakaak Ena...ni baabyyy ikaahh..(versi suara akak fina)  

Training Taska

Image
Minggu ini saya dalam mood sedih ;(  Makan tidak lalu, tidur tak lena. Mandi tetap basah lah. Lagi beberapa hari cuti bersalin 3 bulan akan sampai ke noktahnya. Dengar 3 bulan cuti ~ macam terlalu lama bagi yang tidak memperolehinya. Bagi tuan punya badan, rasa bagai sekejap sahaja. Hari-hari berlalu, mengulit F&F sedar-sedar dah habis cuti;( Mulalah rasa nak berhenti kerja. Kalaulah itu, kalaulah ini. Sudah! Betulkan semula mindset dan jalani kehidupan seterusnya dengan lebih aura-aura positif. Isnin depan jadual akan disusunatur. Memandangkan abang dah pindah ke Jelebu, kenalah saya drive sendiri ke Putrajaya pergi dan balik kerja. Fina masih di Taska Nasyrah di ofis saya. Fiqah pula akan dihantar di Taska berhampiran rumah saya. Semalam start hantar Fiqah ke Taska untuk training 3-4 hari agar Fiqah biasa dengan suasana baru. Bukan mudah nak tinggalkan anak rupanya. Sedih sangat bila Fiqah tiada di rumah. Tiap...

Sambutan Hari Jadi - Taska

Image
Hari ini diadakan sambutan Hari Jadi untuk pelajar-pelajar di Taska Nasyrah. Happy Birthday to kawan-kawan Fina. Layan je lah sesi bergambar Majlis pagi tadi.  Bergambar bersama teacher-teacher  Nyanyi lagu Happy Birthday:) Fina bergambar bersama Nano. Kawannya di Taska.  Peace..   

ANA JAH

Image
GAJAH BERKAKI EMPAT, GELEK, GELEK, GAJAH BELALAI PANJANG, GELEK, GELEK, GADING DIA PANJANG, TAPI TIDAK MAKAN ORANG, KALAU ADIK INGIN TAHU, APA MAKANAN GAJAH, LA, LA, LA, LA................... GAJAH MAKAN TEBU Fina sebut anak gajah ~ ana jah.... Mula-mula masa dia nyanyi, saya tak faham. Apelah anajah nih..Bila dah lama-lama baru tau, nyanyi lagu anak gajah rupanya. Kat taska ada ajar beberapa lagu, tapi bila dah sampai rumah, lagu pun jadi lirik lain. 

Mother's&Teacher's Day

Image
2 minggu lepas, Taska Nasyrah mengadakan Sambutan Mother's Day, Teacher's Day dan juga Birthday untuk anak-anak di sana. Jom layan gambar:) Fina bersama kawan-kawan, tengah tunggu majlis start. Fina dan Syikin. Macam model ye Syikin possing. Mesti umi yang ngajar nih..hi2... Ini kad Mother's Day HAPPY MOTHER'S DAY MAMA I LOVE U -fina- warna merah tu, cop jari fina:) Terima kasih atas cenderahati daripada pihak Taska Nasyrah dan juga terima kasih kepada teacher-teacher yang telah menjaga & mendidik Fina selama ini. Fina hadiahkan teacher-teacher frame teddy bear sempena Teacher's Day kali ini. Harap teacher semua suka ya. Beza antara mama & teacher ~ Fina lagi patuh arahan teacher daripada mama. Rasanya, semua kanak-kanak gitu. Apa yang cikgu suruh, cepat jer dibuatnya, lebih berdikari dan lebih mendengar kata cikgu berbanding cakap ibu bapa. Penghujung Mei saya akhiri dengan ucapan Happy Mother's Day & Teacher...

Cartoon @ taska

Image
Fina macam tak ceria jer pakai baju ini. Muka seperti 'confuse'. Maklumlah tak pernah lagi pakai baju seperti ini. Tapi saya suka tengok. Kalau di'make-up' wajah-wajah mereka, letak misai, blusher merah kat pipi, lagi sangat comel kan. Bergambar bersama kawan-kawan. Muka-muka cartoon yang 'confuse'. Tangan macam nak nasyid la pulak..Awat tak pakai sarung tangan tu Fina..