Mother's&Teacher's Day

2 minggu lepas, Taska Nasyrah mengadakan Sambutan Mother's Day, Teacher's Day dan juga Birthday untuk anak-anak di sana.

Jom layan gambar:)

Fina bersama kawan-kawan, tengah tunggu majlis start.


Fina dan Syikin. Macam model ye Syikin possing. Mesti umi yang ngajar nih..hi2...


Ini kad Mother's Day

HAPPY MOTHER'S DAYMAMA I LOVE U -fina- warna merah tu, cop jari fina:)


Terima kasih atas cenderahati daripada pihak Taska Nasyrah dan juga terima kasih kepada teacher-teacher yang telah menjaga & mendidik Fina selama ini. Fina hadiahkan teacher-teacher frame teddy bear sempena Teacher's Day kali ini. Harap teacher semua suka ya.


Beza antara mama & teacher ~ Fina lagi patuh arahan teacher daripada mama. Rasanya, semua kanak-kanak gitu. Apa yang cikgu suruh, cepat jer dibuatnya, lebih berdikari dan lebih mendengar kata cikgu berbanding cakap ibu bapa.


Penghujung Mei saya akhiri dengan ucapan Happy Mother's Day & Teacher's Day untuk insan-insan mulia yang memegang gelaran tersebut. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan insan-insan istimewa ini.


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu