Aktiviti di hujung minggu
Hujung minggu lalu, Fina tak kemana-mana. Duduk rumah sahaja. Baba sibuk sikit.
Mama pun malas nak keluar.
Fina 'beraktiviti bebas' sahaja.
Fina main susun-susun lego.

Tolong mama buat biskut badam & apam polka dot.

Main masak-masak dengan kuali mama.
Tolong sidai baju sendiri.

dan,
bila dah letih seharian 'beraktiviti bebas',
Fina tertidur dikelilingi nasi-nasi masa makan.
Kita tidur dulu ye:)
Comments
Post a Comment