24 May 2011

Lembik

Semalam teacher Fina msj. Fina demam, taknak makan langsung. Tidur jer. Tak tahu kenapa, sejak 2-3 minggu ni Fina kerap demam. Kejap-kejap elok, kejap-kejap demam semula.

Nasib baik kali ini senang nak makan ubat. Kalau tidak, memang berkejar satu rumah dulu.


Tengahari saya ke taska, Fina tidur lena. Tak sedar pun saya datang. Time rehat, saya pergi bawa bubur. Fina makan separuh, lepas tu nak ikut balik. Dia dah set dah, kalau tengok muka mamanya, mesti jemput dia balik.


Saya half day, bawa Fina ke klinik. Petangnya Fina tidur hingga ke pukul 7 malam. Tak ada selera lagi, tak nak makan nasi. Makan ubat dan tidur semula.


Hari ini, Fina ok sikit. Tapi masih 'lembik'. Harap-harap Fina cepat sembuh.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails