Posts

Showing posts with the label Fiqah

Kenangan Hari Lahir 3F

Image
Simpan di sini untuk tatapan memori masa depan. Gambar kenangan sambut Hari Lahir Fina, Fiqah dan Fittriah. Happy Birthday Fiqah yang ke-9 tahun - 25 DIS 2020 Fiqah sambut Birthday di Terengganu. Aiskrim potong untuk Birthday Fina di Taman Pelangi Semenyih. Happy Birthday Fina yang ke 12 tahun. 1 JAN 2020. Birthday Fittriah yang ke 7 tahun - 27 Mac 2020 Kek Birthday Baby Shark untuk Fittriah @ Kajang . Alhamdulillah, tahun depan boleh sambut Birthday baby Farha pula.

Hari Konvo

Image
Alhamdulillah, Fiqah telah habis menyempurnakan pengajiannya di Tabika Perpaduan. Majlis Graduasi telah diadakan awal November yang lepas di Dewan Penjara Kajang. Majlis diadakan bagi seluruh Daerah Hulu Langat. Fiqah masa konvo kena demam semasa nak tunggu ambil sijil. Sebenarnya dia dah tak sihat sangat lepas habis rombongan, tapi kebah demamnya. Sebab cuaca panas dan kena pakai jubah, terus melarat demamnya.  Sesi penyampaian sijil bagi Zon Bangi adalah zon terakhir, jadi kena tunggu lama juga. Sempat ambil gambar Fiqah sebelum dia jadi tak larat. Terima kasih pada Cikgu Ida dan Cikgu Zana kerana telah mendidik Fiqah. Segala jasa dan budi Cikgu amat kami sekeluarga hargai.  Pagi sebelum pergi Konvo. Masa belum demam. Lepas habis ambil skroll. Dapat coklat!   Dah tak larat sebab demam. Tahniah Fiqah, dah berjaya tamatkan sesi pengajian di Tabika Perpaduan. Selamat menempuh alam baru di Sekolah Rendah!    

Rombongan

Image
Seronoknya Fiqah bila tau Tabika dia nak buat rombongan. Hari-hari tanya berapa haribulan nak pergi rombongan;) Kali ini destinasi mereka ke Menara Kuala Lumpur dan Petrosains KLCC. Pergi naik bas. Semangat bangun pagi-pagi nak pergi rombongan. Baliknya keletihan sangat terus tidur sampai pagi. Layan gambar-gambar yang Cikgu wasap sebagai kenangan Fiqah : Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Ida dan Cikgu Zana yang telah mendidik Fiqah sepanjang tahun 2017. Segala budi dan jasa Cikgu hanya Allah dapat membalaskan. Terima kasih Cikgu!

#Aku NegaraKU

Image
Bulan lepas Tadika Perpaduan Fiqah telah adakan sambutan Hari Kemerdekaan. Ada dua acara, satu peringkat Tadika sahaja, dan lagi satu peringkat Daerah di Bangi. Untuk di Tadika, pelajar digalakkan memakai baju kreatif menggunakan bendera Malaysia. Mama 3F tak sempat nak tempah baju, jadi terhasillah baju kelawar MERDEKA untuk Fiqah. Berapa kali jahit-buka-jahit -buka-  baru jadi baju. Jahit dengan tangan pula tu.  Acara pada malam tersebut ialah persembahan Lagu Kemerdekaan, Sambutan Hari  Lahir pelajar, rekacipta inovasi, cenderahati untuk pelajar dan juga sesi jamuan. Next- Sambutan Kemerdekaan peringkat Daerah Hulu Langat di Tasik Cempaka Bangi. Kali ini hujan turun agak lebat, acara lewat diadakan. Tu pun tetap dijalankan dalam hujan renyai. Ada Senamrobik, Jalan kaki 1000 langkah dan Acara Perbarisan Kontinjen ikut Tadika Perpaduan masing-masing. Fiqah- tentunya Happy sekali. Lebih-lebih lagi bila dapat berkumpul dengan ka...

Sesi Fotografi Tabika

Image
Tabika ini awal sesi fotografinya. Awal tahun dah tangkap gambar kelas siap-siap. Bagus macamtu, sebab awal tahun baju masih baru lagi. Ada juga gambar perseorangan, tapi yang tu jurugambar yang akan beri nanti. Ini gambar kelas Fiqah (6 tahun) yang cikgu dia ambil. Layan:)

Lawatan ke Balai Bomba

Image
Bulan lepas Tabika Fiqah adakan program lawatan ke Balai Bomba Putrajaya. Sukalah sangat Fiqah dapat naik bas pergi rombongan. Ini kali pertama Fiqah dapat naik bas. Bila tanya Fiqah tengok apa- dia jawab bomba tu baik mama. Dia bagi ceramah dan pasang cerita upin dan ipin yang ada bomba tu!  Mama layan gambar yang Cikgu w asap  jer lah. Bila tanya Fiqah rasa ape? Dia jawab RONOK (seronok) lah mama dapat pergi balai bomba.

Aktiviti Tadika Fiqah

Image
Alhamdulillah, masuk bulan kedua Fiqah bersekolah. Hanya seminggu tragedi drama sedih berlaku. Selepas seminggu, semuanya berjalan lancar dan Fiqah tidak lagi menangis bila pergi sekolah. Malahan dia suka datang ke sekolah. Cikgu pandai ambil hati dia, dan dia dah ada ramai kawan. Ini uniform Tadika Fiqah, selang seli dengan pakaian sukan tiap hari. Untuk uniform sukan, masih belum dapat lagi. Pakai t-shirt putih dan tracksuit hitam sahaja. Kasut sekolah warna putih. Fiqah ni kecil saiz badannya, pakai baju saiz s pun masih besar kat badan dia. Gambar possing pagi-pagi dengan uniform sekolah. Abaikan corak background kat dinding tu!   Ahad lalu, aktiviti pertama yang saya dapat join di sekolah Fiqah - Program Sihat dan Cergas. Aktiviti ini bersesuaian dengan namanya - SIHAT dan CERGAS. Program ini  kerjasama antara pihak sekolah dan pihak Kolej Profesional Mara, Beranang. Aktiviti dimulakan dengan acara senamrobik, kemudian berjalan kaki daripada kawasan sekolah hi...

Fiqah Sekolah 6 Tahun

Image
Nur Irdhina Syafiqah ~ buat drama sedih sejak seminggu bersekolah baru. Hari pertama dia ok, bila tanya seronok tak pergi sekolah, dia jawab ika seronok! Hari kedua dah start buat sinetron dengan baba dia, bila hantar pergi sekolah menangis. Cakap ika tak nak sekolah. Hari ketiga pun sama, banjir lagi pagi-pagi. Baru pakai kasut nak keluar rumah dah menangis. Hari keempat tukar alasan, nak mama yang hantar dan jemput tengahari. Babanya rajin melayan, tengahari datang jemput dia hari Jumaat. Lepas tu bila nak pi solat Jumaat, dia nak ikut, babanya bawa pergi masjid. Dah habis waktu rehat, bila babanya hantar pergi rumah kaklong, menangis lagi nak ikut baba. Setiap hari tanya berapa hari lagi sekolah mama...kalau jawab lagi 2 hari dia sukalah, sebab Sabtu Ahad dah cuti tak yah sekolah. Hari ini pun banjir lagi. Hantar masuk kereta baba, dia dah drama. Nak ikut mama pula katanya. Ika-ika....Tak tahulah mama kenapa ika jadi macamni. Dia cakap nak duduk rumah aje, boleh t...

Happy Birthday

Image
Alhamdulillah,  tahun 2016 berlalu pergi dan telah meninggalkan banyak kenangan. Usia yang semakin meningkat dari tahun ke tahun dan begitulah juga harapan terhadap amalan yang akan menjadi bekal di sana kelak. Mudahan boleh diperbaiki secara istiqamah. Itu azam 2017. Amin. Sebelum masa berlalu dengan pantas, mama nak ucapkan Happy Birthday pada Fina yang telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke - 8 tahun pada 1 Januari 2017. Baru cukup umur 8 tahun tapi dah masuk darjah 3. Mama doakan Fina menjadi seorang anak yang baik, kakak yang penyayang, rajin belajar dan menjadi insan yang berguna pada masa depan. Amin.  Sambutan Hari Jadi Fina dan Fiqah telah diadakan pada penghujung Disember yang lepas. Saya buat kecil-kecilan sahaja. Jemput anak-anak jiran yang berdekatan.  Dah buat untuk Fina dan Fiqah, tentu adiknya sekali nak join. Jadi saya buatkan majlis untuk 3F serentak.  Menu kali ini 100% dihasilkan dari air tangan mama iaitu bihun goreng singa...

Fiqah - Tadika Islam Al-Qausar

Image
Alhamdulillah, Fiqah telah habis sesi pembelajarannya di usia 5 tahun di Tadika Islam Al-Qausar. Terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik Fiqah selama ini. Pencapaian akademik Fiqah di tahap memuaskan. Cuma dia jenis yang tak suka bercakap dalam kelas. Bila keluar je dari pagar sekolah, kuat suara dia bercakap dengan mam a. Kalau kat sekolah, suaranya sampai paras halkum aje. Majlis Graduasi Tadika telah diadakan di UPM pada bulan November yang lalu. Fiqah telah dianugerahkan sebagai Pelajar Sahsiah Terbaik kategori 5 tahun. Untuk acara persembahan kelas Fiqah telah buat persembahan nyanyian lagu Ibu. Tersentuh hati dengar lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak tersebut.  Acara Sukaneka selesai diadakan awal November di padang Futsal berdekatan dengan taman perumahan kami. Masa tu Fiqah masih demam. Hadir juga paginya sebab nak dia sertai acara sukaneka bersama kawan-kawan. Fiqah masuk 2 acara  dan menang tempat pertama bagi acara kutip gula-g...

Alahan Makan

Image
Fiqah ~ anak kedua saya. Semenjak dia berusia 5 tahun susah sangat nak tengok dia makan banyak. Kalau makan malam, kadang-kadang babanya suap baru dia nak makan. Kalau tak paksa, memang tak makan lah dia. Makan lauk sahaja, tak nak makan nasi. Selalu dia akan cakap, ika dah kenyang makan kat sekolah, pastu buat bunyi sendawa ..burrpp . Suka makan makanan ringan- keropok ikan, sumi, gula-gula, ayam goreng. Buah kalau ada stok kat rumah dia akan makan, itupun bukan selalu mamanya beli stok buah. Anggur atau epal dia suka. Mata kucing dan rambutan pun dia suka sangat. Fiqah lah paling slim antara 2F yang lain. Semalam baba beli durian, sebiji jer, dia dah lama tak makan durian sejak dia muntah teruk lepas makan durian time kecik. Last cuti awal bulan ini, dia ada makan aiskrim durian masa atuk beli kat kampung. Elok jer tak muntah, jadi semalam bagilah dia makan sebab kesian tengok dia terkulat jer orang lain dapat makan. Fittriah memang tak makan durian. Yang ini dia ...

Klinik Gigi

Image
Jumaat lepas ada perjumpaan dengan guru kelas Fina untuk ambil report kad. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan Fina kali ini ada peningkatan dari segi peratus mata pelajaran. Fina dapat nombor 8 daripada 30 orang murid dalam kelasnya. Dah alang-alang bercuti, saya bawa Fina dan Fiqah untuk buat rawatan gigi di Klinik Kesihatan Kajang. Ini kali pertama Fina dan Fiqah jumpa doktor gigi. Itupun sebab saya risau tengok gigi Fina yang telah tumbuh di gusi bawah sebelum gigi susunya patah. Ada sebatang jer gigi susu yang dah patah. Itupun berminggu gigi goyang baru dia nak cabut sendiri. Bila saya nak cabut, dia cakap tak tahan sakit. Dua gigi kekal tumbuh di belakang gigi susu di belah bawah. Jadi gigi tu akan senget atau bertindih kalau tak dicabut segera.  Gigi susu patah satu, tumbuh gigi kekal di belakang gigi susu. Tak ramai pelanggan yang tunggu giliran untuk dapatkan rawatan gigi di Klinik Kesihatan Kajang pagi itu. Mungkin selalunya pelanggan akan datang kalau gigi dah...