Klinik Gigi

Jumaat lepas ada perjumpaan dengan guru kelas Fina untuk ambil report kad. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan Fina kali ini ada peningkatan dari segi peratus mata pelajaran. Fina dapat nombor 8 daripada 30 orang murid dalam kelasnya. Dah alang-alang bercuti, saya bawa Fina dan Fiqah untuk buat rawatan gigi di Klinik Kesihatan Kajang. Ini kali pertama Fina dan Fiqah jumpa doktor gigi. Itupun sebab saya risau tengok gigi Fina yang telah tumbuh di gusi bawah sebelum gigi susunya patah. Ada sebatang jer gigi susu yang dah patah. Itupun berminggu gigi goyang baru dia nak cabut sendiri. Bila saya nak cabut, dia cakap tak tahan sakit. Dua gigi kekal tumbuh di belakang gigi susu di belah bawah. Jadi gigi tu akan senget atau bertindih kalau tak dicabut segera. 

Gigi susu patah satu, tumbuh gigi kekal di belakang gigi susu.
Tak ramai pelanggan yang tunggu giliran untuk dapatkan rawatan gigi di Klinik Kesihatan Kajang pagi itu. Mungkin selalunya pelanggan akan datang kalau gigi dah sakit kan. Kalau tak sakit, memang seriau sikit nak pegi jumpa doktor gigi. Fina dan Fiqah nasib baik tak menangis. Keduanya berani nak jumpa. Fiqah dahulu dapatkan rawatan. Gigi Fiqah ini kebanyakannya masih baik, cuma bahagian belakang gigi geraham yang berlubang. Pegawai perubatan (sister) yang bertugas masa itu sangatlah baik. Fina dan Fiqah pun rasa selesa masa ambil rawatan. Sister tampal sikit bahagian tersebut dan pesan Fiqah rajin-rajin gosok gigi untuk elakkan sisa makanan masuk dalam lubang gusi. Sejak dah kena pesan kat klinik tempoh hari, barulah Fina Fiqah ini rajin gosok gigi tau. Kalau tak, berpaksa nak gosok gigi. Fittriah, lagi tak suka gosok gigi. Dia kalau bagi berus gigi, dia akan gosok lantai bilik air pula :)

Tengah tunggu giliran.
Fiqah dalam bilik rawatan.
Rawatan tampal gigi Fiqah.
Fina pula, dia lebih berani daripada Fiqah. Masa kat luar, dia cakap dengan Fiqah, kakak masa kat sekolah tak menangis pun tau jumpa doktor gigi. Kes Fina, sister cakap dia akan cabut gigi susu yang menghalang pertumbuhan gigi kekal di gusi bawah. Sister beri 3 suntikan untuk bius gusi sebelum cabut gigi Fina. Fina kuat semangat, ada 2 orang kanak-kanak yang sebelum Fina, keluar daripada bilik rawatan menangis. Lega Fina dan Fiqah berikan kerjasama yang baik.

Fina tengah check gigi.
Lepas cabut gigi, Fina kena letak kapas ini bagi kurangkan pendarahan. Sister ini pandai buat kerja, sekali tarik jer gigi Fina dah tercabut. Darah pun tak banyak keluar. Kurang sakit sebab dah bius dahulu.

Dah cabut gigi.
Lepas itu, mama bawa Fina dan Fiqah pi shopping beli baju raya. Sebenarnya saya berhajat nak bawa Fina dan Fiqah pergi Floria Putrajaya. Tapi tak sampai hati pula tak dapat bawa Fittriah sekali. Next plan sempena cuti sekolah, insyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall