Posts

Showing posts from February, 2012

Birthday Puteri

Image
Eh, baru 2 bulan dah sambut besday puteri Fiqah ke? Siapa pula dengan Fiqah ini? Kalau di rumah ini ada baba, kat gambar pula Fiqah dengan PAPA. Ini abang sulung saya, anak-anak buah semua panggil papa dan kaklong saya pula dipanggil mama. Sabtu lepas berkesempatan untuk datang sekejap ke rumah along untuk raikan Birthday Kak Ya . Meh tangkap gambar dengan papa dulu. Papa bersama anak-anak nya. Yang ini pula Fina bersama Kak Ya dan Dania. PEACE;) dan acara yang ditunggu-tungu, potong kek Birthday Angrybird oleh Puteri - Kak Ya. Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi Kak Ya (eh, puteli lah-ni dia sebut masa nyanyi ramai-ramai tu.suh panggil puteri.hi2) Selamat Hari Jadi!!! Moga menjadi anak yang berjaya dunia akhirat dan insyaallah menjadi seorang puteri di dalam hati kami sekeluarga. Amin Tak dapat tunggu lama di rumah along sebab selepas itu kami ada majlis makan-makan di lorong 4/3 TPS. Sebenarnya ini kali kedua majlis ringkas ini diadakan. Kali pertama mas

2 bulan

Image
25 Feb 2012 ~ Hari ini genap Fiqah berusia 2 bulan. Seorang baby yang senang dijaga. Jarang meragam, tidak kuat menangis, suka mandi dan tidur malam lena hingga ke pagi. Apa yang penting, perutnya sentiasa dipastikan kenyang. Bila perut kenyang, Fiqah lena tidur. Memandangkan saya akan bekerja bulan depan, saya ajar Fiqah agar tidak selalu dipegang dan dipangku. Setakat ini, Fiqah tidak diajar masuk buaian. Tidur di atas tilam sahaja. Terasa senang untuk menguruskan Fiqah. Mungkin ini kesan penggunaan Set Salindah dahulu. Iya atau tidak, saya tidak boleh pastikan. Cuma saya hanya boleh kongsikan perkembangan baby salindah ini dari bulan ke bulan.

Warmer

Image
Minggu ini saya mulakan jadual latihan memberi EBM menggunakan botol untuk Fiqah di samping membuat stok yang telah terhenti selama 2 minggu kerana bercuti di kampung tempoh hari. Tak boleh buat stok frozen EBM di kampung sebab peti ais umi saya dipenuhi dengan lauk pauk. Macam-macam ado. Penuh sangat, jadi saya pam dan beri 1 hari 1 sesi latihan untuk Fiqah minum EBM melalui botol susu. Mom's milk is the BEST ~ botol Jingle Jungle dan beg sandang Medela FS yang telah selamat dirasmikan. Alhamdulillah, susu masih mencukupi untuk Fiqah apabila dipam. Kadang-kadang penuh satu botol,  kadang-kadang dapat 2oz, tidak mengapa. Mungkin itu rezeki Fiqah pada hari tersebut. Yang penting rajin dan disiplin untuk mencapai target. Apabila mula latihan memberi EBM, saya telah menggunakan Autumz Warmer ini. Mula-mula rasa pelik kenapa lampu sekejap hijau sekejap oren. Susu belum rasa panas. Rupanya, apabila baca cara penggunaan di kotak memang begitu kaedahnya. Lampu akan bertukar-tukar seh

Kakak Fina

Image
Sudah sebulan lebih Fina tidak ke Taska. Masa awal saya berpantang tempoh hari, adalah dia pergi dalam 3-4 hari sahaja. Selebihnya, banyak public holiday yang bersambung-sambung dan bila dah start cuti, susahlah nak bangun pagi semula. Lagipun rasa sunyi bila Fina tak ada di rumah. Kalau tak, ada juga teman bergaduh manja. Sekarang bila Baba dah tukar ofis di Jelebu, jawabnya tak pergi Taska langsunglah selepas ini. Nanti saya masuk kerja penghujung Mac, Fina pun masuk taska semula. Tetap nak mamanya yang hantar ke Taska hari-hari.  Bila dah duduk 24 jam di rumah, dah penat main seorang, Fiqah lah yang akan dibeleknya. Dicubitnya pipi Fiqah, dipeluknya bila suka, bila Fiqah muntah cepat-cepat dilapnya, diselimutkan Fiqah bila dia tidur, bila Fiqah nangis sikit terus panggil saya cakap 'mama, baby nak nenemlah'. Kalau nak mandikan Fiqah, Fina tolong bukakan stokin dengan sarung tangan. Bila saya nak pakaikan baju Fiqah, Fina yang keluarkan benda-benda yang nak letak pada baby

Dapur TPS

Image
Mama F&F telah hampir seminggu pulang ke TPS. Sunyi sahaja blog, tak ada idea untuk menaip n3 baru. Lagipun rutin biasa hari-hari di rumah dengan sibuk melayan puteri F&F dari pagi hingga ke malam. Dah lama tak bersilat di dapur, jadi minggu ini mood rajin kembali. Buat resepi yang ada stok bahan-bahan di dapur TPS ini . Ladybirds with love for FINA Donut Ball Baba Apam Mekar Mama Telah dinikmati dengan kenyang oleh duta khas AZCUPCAKES   . Sentiasa sedia membantu mamanya setiap masa. Hilang penat kalau lihat anak-anak suka makan masakan kita;)   AZCUPCAKES akan mula beroperasi pertengahan Mac 2012 ini. Tempahan dibuka untuk cupcakes sahaja.   

@ kampung

Berada di kampung, siang panas berbahang, malamnya pula sejuk hingga ke tulang. Mama Fina&Fiqah masih bercuti di kampung bersama 2 puterinya. Seorang tidur belah kanan, seorang tidur belah kiri. Fina mengisi masa dengan aktiviti bebas di kampung. Keluar masuk rumah tanpa halangan. Kalau di Pelangi Semenyih, main dalam rumah sahajalah. Fiqah pula, seperti biasa dalam proses membesarkan badan agar mengikut jejak langkah kakaknya waktu kecil dahulu. Hari ini Fiqah sudah berusia 52 hari. Lagi 1 minggu dah masuk usia 2 bulan. Cerita pasal orang habis pantang, terasa banyak lebihan lemak yang masih tebal sana sini. Makan memang tak dicatu. Bf baby, kejap-kejap lapar. Nak pakai jeans lama pun dah sangkut di peha. Ada lagi sebulan lebih naik kerja, sempat lah agaknya nak kembali langsing seperti dahulu kala. Orang perempuan selepas bersalin, memang rasa diri gemuk. Dah mengandung 9 bulan, ambil masa juga nak kurus. Tapi dengan bf, lebih banyak kalori yang akan dibakar dengan cara yang mud

Kampung

Image
Sudah 5 hari saya di kampung bersama mama dan baby Fiqah. Baba tak ada, kerja. Nanti baba datang jemput kami, mama kata baba nak exam, jadi biar baba study dengan aman kali ini. Kalau tidak, sayalah yang paling suka 'teman' baba study. Hari-hari saya tak tidur petang, saya sibuk nak main. Baby Fiqah, tidur sahaja. Saya suka main dengan arnab nenek. Nenek ada 2 ekor arnab, seekor warna putih, seekor warna coklat. Namanya choku dan aput. Saya selalu tolong nenek beri arnab makan carrot. Atuk dah buat rumah untuk arnab di halaman belakang. Bila saya suka, saya pergi melawat arnab. Petang pula saya ikut atuk pergi tengok kambing di kebun. Atuk ada banyak kambing. Tapi saya takut nak tengok dekat-dekat. Selepas itu atuk bawa saya ke kedai beli coklat kecil.   Bila atuk ada di rumah, saya main lawan-lawan ultraman dengan atuk. Atuk jadi raksasa dan saya jadi ultraman. Petang pula atuk bawa saya round naik motor ronda-ronda kampung. Hari ini saya tak pakai pampers. Tapi dah 2 k

Serupa

Image
Sebelah kiri gambar Fina, sebelah kanan gambar Fiqah. Hampir serupa kan. Gambar ini masa Fina dan Fiqah berusia sebulan lebih. Pakai topi yang sama. Pipi Fiqah dah makin berisi dan masih mengekalkan aktiviti utamanya iaitu tidur-tidur-tidur-lapar-bangun menyusu-tidur lagi.

44 hari

Menjelang ke waktu malam, maka hari ini telah tamat tempoh berpantang saya selama 44 hari. Berpantang kali kedua lebih 'tenang' pengalamannya jika dibandingkan dengan berpantang kali pertama. Walaupun sebulan lebih berpantang sendiri, alhamdulillah, saya dapat lalui hari-hari tersebut dengan lancar. Dan semalam saya telah selamat sampai ke kampung. Mulanya ke kampung nenek di Selandar dan seterusnya balik ke rumah ayah di Gemencheh. Abang telah pulang ke Semenyih hari ini dan akan menjemput kami semula pada minggu berikutnya. Mesti sunyi sepi tanpa kami di sana.

3rd Maternity and Children Expo

About Maternity & Children Expo Maternity & Children Expo is an event that provides all needs to parents and their precious children. It is an event that provides a perfect platform for exhibitors to render their best services and products to parents, parents-to-be and children where great sales and business development opportunities are provided on the ground.  With an extensive variety of exhibitor categories all under one roof, there will definitely be something for everyone . Jom pergi Mid Valley 9 hingga 11 Mac 2012 10 pagi - 9 malam Maklumat lanjut di TCE Mmmm...Boleh lulus ke proposal saya kali ini.

Sesi Latihan

Image
Memandangkan Fiqah dah berusia sebulan lebih, jadi saya telah mula melatih Fiqah minum EBM menggunakan botol susu. Mulanya nak beli juga puting susu MAM atau botol tomee tippee yang lebih berbentuk seperti puting ibu, tapi bila fikir kalau puting susu tu dah bocor, susah pula nak cari beli yang lain. Jadi saya guna puting biasa sahaja. Saiz s sebab Fiqah masih kecil. Setakat ini, Fiqah mahu hisap, cuma makan masa juga tunggu dia hisap betul-betul. Dikemam-kemam nya puting susu tu dahulu. Terkulat-kulat. Dia rasa lain daripada hisap direct daripada saya. Sekarang saya latih Fiqah hisap susu guna botol sehari sekali. Bila dah masuk bulan 3, saya cadang nak tambahkan sesi untuk dia biasakan diri apabila saya masuk bekerja nanti. Saya pernah terbaca " bayi tidak akan biarkan dirinya lapar". Jadi kena sabar untuk melatih bayi, lama-lama dia akan biasa dengan rutin dan tiada masalah sekiranya kita bekerja dan ingin memberi susu ibu. Cuma masih ada segelintir pengasuh yang tidak 

Countdown II

Countdown time!! 44 tolak 39 tinggal 5 hari lagi habis pantang!! Wishlist lepas habis pantang :- Nak balik kampung N9 dan Terengganu. Nak buat kenduri Akikah Fiqah. Nak sambut besday Fina dan Anniversary yang ke-5. Nak cari car seat untuk Fiqah. Nak tempah baju baru. Nak nikmati cuti sepenuhnya dengan keluarga sebelum naik kerja.

Gigi

Image
Sakitnya bila cabut gigi sebab dah bertahun-tahun tak cabut gigi dengan doktor. Last cabut gigi, masa sekolah rendah. Itupun masa nurse datang ke sekolah. Kalau kad hijau ada pangkah merah, sure kena cabut gigi. Lepas tu nurse letak kapas kat tepi bibir. Masuk la dalam kelas dengan hiasan kapas di tepi bibir. Tak pula segan kan! Semalam, doktor cabut gigi bongsu saya. Katanya, memang patut dicabut. Dah berlubang besar dan tumbuh senget. Bius 2 tempat, jadi tak terasa apa-apa masa ditariknya gigi itu. Cuma ngilu juga bila ubat bius dah hilang. Terus telan ubat tahan sakit 2 biji. Alhamdulillah, malam tadi boleh tidur dengan lena. Boleh makan, tapi kunyah sebelah sahaja. Doktor pesan, tempat gusi yang dicabut gigi, jangan dicucuk dengan jari atau lidah. Sekarang ini, ada juga rasa tak selesa lagi. Tunggu 2-3 hari juga baru sembuh agaknya. Dah agak lama saya nak beli supplement ini. Jadi, semalam roger Hasmah , kawan saya yang menjual Shaklee. Dah order sebotol Ostematrik ini. Bukanny

Diari Mama di Hari WP

Sebelum bersalin dah pergi ke sana untuk buat apa yang patut. Tapi kena tangguhkan kerana perut dah sarat. Sempena Cuti Hari WP, walaupun countdown merdeka pantang berbaki 6 hari lagi, terpaksa juga keluar untuk ke sana. Dah 3-4 hari berdenyut waktu nak tidur malam. Kalau cuaca sejuk, sangat menikam kalbu sakit rasanya. Abang, sila lah bawa saya berjumpa En Zakwan hari ini. Hanya dia boleh menyelesaikan masalah saya. Kawasan Selangor tak cuti, jadi Klinik Pergigian Zakwan buka hingga ke petang. Sekejap lagi saya harus pergi menyerah diri. Gigi bongsu sudah buat hal, tak tertanggung tuan punya badan menahan diri selama sebulan.