Birthday Puteri


Eh, baru 2 bulan dah sambut besday puteri Fiqah ke? Siapa pula dengan Fiqah ini? Kalau di rumah ini ada baba, kat gambar pula Fiqah dengan PAPA. Ini abang sulung saya, anak-anak buah semua panggil papa dan kaklong saya pula dipanggil mama. Sabtu lepas berkesempatan untuk datang sekejap ke rumah along untuk raikan Birthday Kak Ya.

Meh tangkap gambar dengan papa dulu.

Papa bersama anak-anak nya.

Yang ini pula Fina bersama Kak Ya dan Dania.
PEACE;)

dan
acara yang ditunggu-tungu, potong kek Birthday Angrybird oleh Puteri - Kak Ya.

Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi Kak Ya (eh, puteli lah-ni dia sebut masa nyanyi ramai-ramai tu.suh panggil puteri.hi2)
Selamat Hari Jadi!!!


Moga menjadi anak yang berjaya dunia akhirat dan insyaallah menjadi seorang puteri di dalam hati kami sekeluarga. Amin


Tak dapat tunggu lama di rumah along sebab selepas itu kami ada majlis makan-makan di lorong 4/3 TPS. Sebenarnya ini kali kedua majlis ringkas ini diadakan. Kali pertama masa kami mula-mula pindah ke TPS tahun 2010. Masa beginilah nak berkenalan dengan jiran-jiran di sekitar rumah. Kalau hari biasa, semuanya sibuk pergi balik kerja. Tak berkesempatan nak berjumpa dan berbual kerana balik pun dah lewat petang. Kalau jumpa pun, sempat berbalas senyuman sahajalah.


Ini gambar masa cabutan bertuah. Acara suka-suka untuk meriahkan majlis. Duduk tengah jalan, bentang tikar, makan-makan tengah malam di bawah pancaran lampu jalan. Picnic depan rumah. Banyak makanan yang disediakan, lagipun ada yang bawa hidangan untuk tambahkan menu. Barbecue pun ada. Tak dapat lama-lama berborak di malam hari, almaklumlah ada handbeg kecil. Dah time Fiqah tidur. 10 lebih saya masuk ke rumah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu