Kampung

Sudah 5 hari saya di kampung bersama mama dan baby Fiqah. Baba tak ada, kerja. Nanti baba datang jemput kami, mama kata baba nak exam, jadi biar baba study dengan aman kali ini. Kalau tidak, sayalah yang paling suka 'teman' baba study.

Hari-hari saya tak tidur petang, saya sibuk nak main. Baby Fiqah, tidur sahaja. Saya suka main dengan arnab nenek. Nenek ada 2 ekor arnab, seekor warna putih, seekor warna coklat. Namanya choku dan aput.
Saya selalu tolong nenek beri arnab makan carrot. Atuk dah buat rumah untuk arnab di halaman belakang. Bila saya suka, saya pergi melawat arnab.


Petang pula saya ikut atuk pergi tengok kambing di kebun. Atuk ada banyak kambing. Tapi saya takut nak tengok dekat-dekat. Selepas itu atuk bawa saya ke kedai beli coklat kecil. 


Bila atuk ada di rumah, saya main lawan-lawan ultraman dengan atuk. Atuk jadi raksasa dan saya jadi ultraman. Petang pula atuk bawa saya round naik motor ronda-ronda kampung.

Hari ini saya tak pakai pampers. Tapi dah 2 kali saya terkucil tak sempat pergi bilik air. Mama kata saya dah besar, tak malu lah pakai pampers.
Mesti baba tersenyum dengan kebolehan saya ini. 
Nanti minggu depan baba jemput kami, lepas itu kami nak pulang ke kampung baba pula di Terengganu. 

Comments

  1. comel....salam perkenalan dan folo blog awak...jemput ke blog saya ek, jgn lupa folo sekali...http://zehan-ann.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam kenal..nanti saya terjah ke blog awak ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..