23 December 2011

40 minggu

Bayi
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
Anda
Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.
********************************************************************
Memasuki minggu akhir dan hari terakhir bekerja hari ini. Insyaallah, minggu depan genap 40 minggu 2nd baby dalam kandungan saya. Tiada tanda-tanda besar lagi menunjukkan saya perlu ke hospital untuk bersalin. Cuma tanda-tanda kecil sudah ada. Lebih kurang 4 hari lagi menjelang tarikh jangkaan bersalin. Beg mama dan beg baby dah standby dalam kereta. Manalah tau, tiba-tiba terasa  sakit nak bersalin, boleh terus ke KPMC. Tak perlu balik ke Semenyih dahulu untuk mengambil apa yang patut.
Hari terakhir, tentunya menyelesaikan tugasan dan amanat untuk pengganti yang akan menjaga tempat saya start cuti bersalin nanti. Dah siap senarai kerja apa yang perlu dilakukan. Lagipun bos saya bukanlah seorang yang sukar untuk diuruskan. Cuma bertindak mengikut arahan, selainnya lakukan rutin tugasan harian sebagai Setiausaha seperti biasa. Dan harap-harap diluluskan cuti bersalin selama 90 hari tanpa sebarang halangan oleh bos besar Jabatan.
Moga permulaan cuti saya ini adalah satu permulaan yang baik untuk diri saya, keluarga dan tentunya persediaan menanti kehadiran kurniaan anugerah cahaya  mata kedua yang direzekikan oleh Allah buat kami sekeluarga.

19 December 2011

39 minggu


Bayi
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.
Anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.
**********************************************

Iya, saya masih boleh berjalan ke ofis dan meneruskan rutin harian seperti biasa. Cuma pergerakan semakin perlahan kerana rasa cepat letih dan tak larat bila buat kerja banyak-banyak atau berjalan laju. Dah macam kura-kura, slow jer. Kalau minggu ini tak bersalin lagi, dah plan lepas 26 Disember ni nak mintak MC kat doktor. Nak berehat kat rumahlah.  

Teringat bila tonton rancangan Halaqah minggu lepas. Keajaiban alam janin rasanya tajuk tersebut. Prof tu cakap, proses kelahiran sama juga konsepnya dengan saat-saat kematian. Kita tak boleh jangka bila ianya akan berlaku. Bila-bila masa dan di mana jua yang Allah telah tetapkan. Kalau ditakdirkan masa itu, tiada sebarang penangguhan. Jadi saya berserah pada Allah. Bila-bila yang telah Allah tetapkan 2nd baby ini lahir ke dunia, lahirlah ia. Cuma harapnya sempat ke hospital dan selamat bersalin dengan lebih mudah daripada pengalaman melahirkan Fina dahulu.

Minggu ini saya dah start makan B6 untuk Salindah. Itu untuk seminggu sebelum bersalin dan 15 minit sekali jika terasa sakit. Harap-harap dengan mengamalkan Salindah ini, sesuai dengan badan saya dan memberikan hasil yang baik hendaknya. Ada juga review yang mengatakan produk ini tidak memberi kesan terhadap sesetengah ibu. Tapi bergantung pada kesesuaian masing-masing. Tak salah kalau mencuba. Cuma kita seharusnya berusaha dan bertawakal akan hasilnya menjelang proses kelahiran nanti.

Sterilize

Operasi mencuci dan sterilize botol-botol susu yang akan digunakan untuk mengisi stok EBM nanti.


Mula-mula, masukkan botol susu dalam sinki.
Isi air hingga penuh.
Kemudian saya letakkan sedikit pencuci khas jenama Pureen ini.


Rendam mengikut lama mana yang kita suka.



Ini bahagian part pam Medela FS. Cuci bahagian corong dan part yang akan digunakan nanti.
Setelah rendam, bolehlah cuci dengan air biasa untuk menghilangkan baunya.
Kalau rajin, boleh bilas menggunakan air panas.
Dibiarkan kering dan simpan di tempat yang sesuai.
Siap untuk digunakan selepas bersalin nanti.

Ada pil sterilize pureen yang dijual juga boleh digunakan. Tapi sebab kebanyakan botol susu saya ini baru dibeli, jadi saya tak guna pil sterilize itu. Nanti lepas dah banyak kali guna botol susu ini, boleh guna semula stok pil sterilize yang ada masa Fina BF dahulu.

16 December 2011

Shopping

Selagi belum bersalin, saya masih boleh bershopping on9. Menjimatkan tenaga untuk bergerak dan memudahkan pelanggan. Sekarang ini, servis penghantarannya pun memuaskan hati. Hari ini order, esok dah dapat.

Kali ini saya bershopping on9 di salah satu blog yang menjual banyak barangan yg sesuai untuk ibu-ibu BF.
Ada member ofis beli set pam, so kirim beli liner ini sekali. Kalau ada member-member yang baru nak beli pam, memang saya cadangkan beli di blog ini. Harganya lebih murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan harga pasaran yang berada di luar. Sekarang ini lagi banyak pilihan dan barangan BF yang dijual. Cuma perlu pandai memilih dan tahu apa yang perlu dibeli mengikut bajet dan tentunya kemudahan yang digunakan untuk jangkamasa panjang.

Liner Autumz ini jenis zip-lock dan tak payah nak ikat dengan getah seperti jenama You Have A Baby yang pernah saya guna sebelum ini.

Rasa-rasanya dah complete gajet dan barangan lain yang saya sediakan dan beli untuk membantu menjayakan BF 2nd baby ini. Cuma ready dari segi mental dan fizikal nak buat stok selepas 2 minggu selepas bersalin. Insyaallah.

Nilai Seutas Gelang Emas


Hati tersentuh,
apabila membaca artikel ini.
Moga niat yang baik, akan diberikan juga ganjaran kebaikan.
Bukan untuk 'bermegah' atau sengaja 'menghabiskan' wang untuk bersalin di hospital swasta.
Cuma apa yang tersirat di hati, setiap perkara yang kita yakin betul dengan pilihan tersebut, insyaallah akan diberkati dan diredhai terutamanya jika perbuatan tersebut direstui oleh suami tersayang.
Doa saya, moga redha Allah dan suami mengiringi proses saya untuk melahirkan seorang mujahid kecil ke dunia ini. Amin.

15 December 2011

Berpantang Cara Alami

Bagi ibu-ibu  yang sedang hamil, ini adalah salah satu buku yang saya syorkan anda memilikinya. Harganya berpatutan dan isi kandungan yang ringkas dan padat. Sesuai untuk bakal ibu baru dan juga ibu yang telah beberapa kali bersalin.


Antara isi kandungannya ialah cara-cara berpantang Melayu turun temurun ~ berurut, bertangas, bertungku, mandi herba dan lain-lain ilmu yang merangkumi penjagaan selepas bersalin.


Serta panduan lengkap bagi menjayakan penyusuan susu ibu. Bagaimana mengendalikan susu perahan setelah bekerja bagi ibu yang bekerjaya dan tips-tips yang sesuai dijadikan panduan asas BF. 


Dan tidak lupa, 32 resepi berpantang yang enak dan berkhasiat. Sangat sesuai untuk dijadikan panduan am untuk suami saya tersayang.
Pelbagai resepi yang mudah disediakan.
Confirm tak rugi bila beli buku ini.

Pic from google

13 December 2011

38 minggu


Bayi
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.

Anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

*****************************************************

Usia kandungan saya telah memasuki 2 minggu akhir kehamilan. Minggu ini telah genap 38 minggu. Nampaknya 2nd baby masih ingin 'berehat-rehat' dalam perut mama nya. Belum ada tanda-tanda ketara yang menunjukkan saya perlu ke hospital untuk bersalin. Tanda-tanda awal seperti ini telah saya alami minggu ini.
 
Bayi turun ke bawah.Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Sumber : Blog Ibu Hamil


Masih dalam keadaan bersedia bila-bila masa sekiranya ada tanda-tanda hampir bersalin yang biasa. Semalam ke KPMC untuk temujanji dengan Doktor Anita. Alhamdulillah, 2nd baby telah bertambah berat badannya ke 2.6kg minggu ini. Doktor kata, saiznya normal dan tiada masalah lain. Air ketuban masih mencukupi dan kepala 2nd baby telah ke bawah dan memasuki kawasan pelvis. Doktor tanya, saya nak check 'jalan' tak. Mana tau, kalau-kalau dah terbuka. Tapi saya rasa belum tiba masanya lagi, tak naklah kene seluk bila belum bersedia ni. Taulah perasaan kalau kena check jalan. Tak best langsung kan. Itulah wanita, nak tak nak, kena hadapi saat-saat nak bersalin nanti. Redha je lah.
 
Tiada lagi yang tersirat di hati ini, kecuali berdoa agar proses bersalin kali ini dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

12 December 2011

Kiriman dari Tanah Suci

Jumaat lepas abang ipar dan kakak ipar yang tinggal di Kajang datang ke rumah. Menyampaikan kiriman barang-barang dari mak mertua saya yang telah balik dari Tanah Suci Makkah awal bulan haritu. Terima kasih mak:)

Ada air zamzam, kurma, kismis, kacang, Kain Nama Allah, gelang, cincin, jubah, baju fina, tudung fina, kopiah, set teko dan cawan kecil.

 99 Nama Allah

 Tempat gantung dalam kereta, gelang dan cincin.

Serta untuk memudahkan bersalin nanti,
akar fatimah. Mak pesan suruh rendam bila dah ada tanda-tanda nak bersalin. Minum airnya. Bila dah kembang akar ini, insyaallah, mudah bersalin.


Fina dah rasmikan tudung dan baju yang nenek beli di Makkah.



Alhamdulillah, tercapai hajat mak dan ayah mertua saya tahun ini. Moga memperolehi Haji  yang Mabrur. 

09 December 2011

Prosperity

2nd baby masih belum menunjukkan tanda-tanda ingin keluar daripada perut saya. Biarlah keluar setelah sampai tempoh due date nya, selepas Krismas. Rabu lepas, dah rasa sakit perut sikit-sikit. Tapi rasanya sebab makan durian kot. Bukannya sebab nak bersalin. 
Jadi waktu rehat tadi, sempat lagi menikmati makanan sebelum 'berpantang'.

Prosperity Burger McD


Tapi, kenapa saya rasa daging burger McD ni semakin bersaiz kecil. Kalau mula-mula keluar dulu, besar dan penuh dengan sos black paper. Sekarang ni, sos nya pun tak meriah. 

Semalam order barang di Autumz dan hari ini telah dapat barang yang dibeli. Cepat servisnya. Dan, kena check semula senarai barang yang perlu dibeli sebelum berpantang...Rasanya dah hampir selesai semua list.
Akan cuba diselesaikan minggu ini, sebelum mula bercuti panjang.

08 December 2011

Autumnz


Bershopping on9  di Autumnz.  Pembelian atas rm50 percuma penghantaran. Ada yang berkenan di hati dan akan dihantar sebelum bersalin hendaknya. Zaman sekarang ini, pilihan di hujung jari dan memudahkan pelanggan. Cuma sediakan duitnya dan tahu apa yang perlu dibeli atau tidak.

50 sen


Mama :  Siapa Nur Azwa Safrina?
Fina :  Saya mama (sambil angkat tangan)
Mama : Awak berapa tahun?
Fina : Tige' (tiga, sambil  tunjuk jari 2)
Mama  :  Awak sekolah kat mana?
Fina  : Ofis mama.


Ikan ape : Ikan Fish
Kuda ape : Kuda hoo


Kaki kenapa : Kene ekzos baba...

Kecik-kecik dah berparut kaki kene ekzos motor. Tapi Fina ok jer, tak pula mengadu sakit kaki. Makan masa 2-3 minggu juga nak kering luka melecur. Semalam baba nya dah beli krim untuk sapu. Biar cepat sembuh luka kaki Fina yang sebesar syiling 50sen itu.



07 December 2011

37 minggu


Bayi
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.
Anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.


********************************************************

Telah memasuki waktu/minggu 'standby' dan boleh bersalin bila-bila masa. Lebih kurang 2 minggu lebih sahaja sebelum tiba ke tarikh dijangka bersalin. Samaada selepas Krismas ataupun kalau 2nd baby ni nak lahir 2012, lahir time public holiday tahun baru 1/1/2012.  Dah sama dengan tarikh lahir Fina yang lahir di tahun baru 2009. Tapi tak kisahlah, nak lahir bila, asalkan saya dan baby selamat. Bila dah sampai masanya, tak boleh tunggu-tunggu lagi dah.

Perasaan, tentulah sedikit tertekan, risau dan takut. Nak melalui saat bersalin yang sudah tentu mengalami pengalaman 'sakit' yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Insyaallah, kata orang, sakit bersalin kali kedua tak sama dengan sakit bersalin anak sulung. Kalau anak sulung, masih tak ada 'jalan'. Bila dah anak seterusnya, mungkin laluan itu mudah sedikit. Harap-harap begitulah. Saya pun nak tunggu tanda betul-betul nak bersalin baru nak ke hospital. Tak sanggup nak duduk hospital lama-lama.

Persiapan menyambut 2nd baby telah 95% siap. Cuma stok-stok makanan dalam pantang masih belum dibeli. Rasanya minggu ini nak selesaikan beberapa perkara yang belum dibeli. Baju-baju baby dah dibasuh dan disimpan. Baju-baju lama Fina yang masih elok dah dipilih dan dicuci.

Semalam checkup di Klinik Desa Rinching. Mulai minggu ini pemeriksaan kesihatan akan diadakan seminggu sekali. Temujanji dengan Doktor Anita di KPMC pada 12 Dis ini. Saya harap detail scan nanti, 2nd baby dalam perut ini berkeadaan baik dan telah bertambah beratnya.

Result checkup semalam:

Berat saya : 62 kg (bertambah 1/2kg dari minggu lepas)
Tekanan darah : 120/70
Kencing : Blue
Tinggi rahim : 36 cm (kurang 1cm dari sepatutnya, tapi nurse kata ok)
Jantung baby : 140/minit  

Selainnya saya dinasihatkan agar bersedia bila-bila masa untuk bersalin kerana telah memasuki tempoh 37 minggu dan cepat-cepat ke hospital jika telah ada tanda-tanda bersalin seperti konstruksi, pecah air ketuban dan keluar lendir bercampur darah.

Minggu ini saya lebih banyak berehat dan kurangkan buat kerja-kerja yang memenatkan bagi mengumpul tenaga untuk digunakan waktu bersalin nanti.

Moga sentiasa dipermudahkan oleh-Nya . Amin.

05 December 2011

2 Tahun 11 bulan


Sedar tak sedar, lebih kurang beberapa minggu lagi Fina akan berusia 3 tahun. Makin besar anak mama.

Update cerita Fina:
  • Akhirnya, dah penuh gusi Fina dengan gigi-giginya yang malu-malu kucing nak keluar. Gigi belah bawah dah tumbuh 3 batang. Tapi masih belum tumbuh habis, baru keluar separuh. Dah nak 3 tahun baru penuh gigi. Orang lain, dah nak tukar gigi baru dah.
  • Suka menyanyi lagu air pasang dalam, burung kakak tua, 1Msia dan tengok VCD lagu kanak-kanak, citer Magika yang akan dipasang hari-hari.
  • Makin fasih bercakap, tapi masih tak pandai nak cakap nak buang air kecil & air besar. Pakai pampers lagi.
  • Sangat manja dan kuat merajuk sejak-sejak nak dapat adik baru ini. Sekarang ini, gelar diri 'adik'. Kalau cakap, 'adik, nak tu'.  
  • Kadang-kadang rajin tolong mama buat kerja rumah, susun pinggan, lipat baju, sidai baju, moop lantai.
  • Suka naik basikal laju-laju dalam rumah.
  • Baru baik daripada selsema dan tak ada suara.

02 December 2011

Haji


Alhamdulillah, mak dan ayah mertua saya telah selamat pulang ke tanahair jam 1 pagi tadi. Turun terus di Lapangan Terbang Terengganu. Ramai adik beradik yang pulang ke kampung menyambut kepulangan mereka. Keadaan saya tidak mengizinkan saya pulang ke sana. Insyaallah, panjang umur kami akan berjumpa.
Moga mendapat keberkatan dan terus dirahmati kehidupan seterusnya setelah selamat menunaikan rukun Islam kelima ini.  

36 MINGGU


Bayi
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Anda
Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
************************************************************
Setelah menunggu dari jam 6 petang hingga ke jam 8.00 malam di Hospital Serdang, saya dibenarkan balik. Alhamdulillah. Tak perlu tidur wad malam tersebut. Lagipun, seriau jer nak duduk hospital. Walaupun setakat scan perut, tapi perasaan takut dan bimbang tetap ada. Risau dengan keadaan baby dalam perut. Sebagai seorang ibu yang telah mengandung selama 8 bulan, tentulah saya inginkan bayi saya selamat dan dilahirkan sempurna. Kecuali atas kehendak Allah, ditakdirkan saya menghadapi dugaan yang berat, insyallah saya akan redha menerimanya.

Hasil scan, doktor cakap memang baby saya agak kecil dari tempoh kandungan saya sekarang. Sepatutnya dalam usia kandungan 36 minggu, berat baby adalah 2.4 hingga 2.5 kg. Tapi baby saya 2.3 kg sahaja. Kira beza antara 2 minggu usia kandungan. Insyaallah, baby akan ok sekiranya pergerakan dalam perut aktif dan bayi bertambah beratnya dalam minggu-minggu akhir kehamilan ini. Apa yang dibimbangkan ialah, perkembangan baby terbantut sekiranya baby tidak bertambah berat badannya. Risiko penyakit lain pula akan dialami sekiranya baby tidak membesar.

Semasa melahirkan Fina dahulu, Fina hanya 2.87kg sahaja. Kiranya saiz yang normal dan tidak terlalu besar untuk anak pertama. Kali ini rasanya 2nd baby tidak banyak beza, cuma doa saya agar baby ini akan bertambah beratnya dan lahir dengan normal setelah cukup tempoh matangnya.

Jadi, selepas minggu ini, pemeriksaan kesihatan akan dilakukan seminggu sekali kerana telah masuk trimester terakhir kehamilan. Mudahan semuanya berjalan lancar.

01 December 2011

MC

Semalam temujanji pemeriksaan kesihatan di Klinik Desa Rinching. Awal pagi dah pergi. Fina tinggal dengan baba nya di rumah. Ramai pula yang menunggu. Hari ini kena jumpa doktor sebab masuk minggu-minggu akhir kehamilan. Minggu ini kandungan saya telah memasuki 36 minggu.

Penuh sangat pelanggan sampai tak ada tempat duduk yang kosong. Ramai juga yang datang untuk check ibu dan baby yang telah cukup sebulan dalam pantang. Check result :
Berat : 61.5 kg
Tekanan darah : 110/60
Gula : Blue
HB : Tak buat, stok tak ada
Jantung baby : 151

Semuanya nampak ok, tak ada masalah. Bila jumpa Dr. Siti Zaleha, disuruhnya saya ke Klinik Kesihatan Beranang untuk detail scan pada waktu petang. Kat Klinik Desa Rinching, tak ada mesin scan. Macam ada tak kena dengan berat baby katanya. Doktor bagi saya MC untuk hadir temujanji petang nanti.

Jadi petangnya saya dan Fina ke Klinik Kesihatan Beranang untuk detail scan. Baba Fina masuk kerja.

Sebab jumpa doktor atas temujanji sahaja, jadi tak ramailah yang menunggu. Inilah peneman saya ke klinik semalam. Tengah tak ada suara sebab batuk dan selsema. Tapi boleh nyanyi lagi.

Hasil detail scan, saya diminta refer ke Hospital Serdang.  Pukul 5ptg dari rumah, jemput baba Fina di Putrajaya dan seterusnya saya ke sini.


dan terus ke kaunter pendaftaran untuk jumpa doktor di Dewan Bersalin Hospital Serdang.

Tempat Fina dilahirkan dahulu....

Bagan Lalang

Tak pernah lagi sampai ke Bagan Lalang. Hasrat dihati nak makan seafood fresh. Nak ke Umbai/Alai, Melaka, tak sempat dah nak berjalan jauh-jauh time sarat-sarat ini. Jadi plan ke Bagan Lalang jer. Dah lewat petang sampai di tepi pantai. Perjalanan dari Semenyih ke Bagan Lalang, lebih kurang 1 jam. Air laut keruh, mungkin masa kami pergi selepas hujan. Fina sukalah dapat tengok laut.


Fina bergambar dengan mama yang semakin 'membesar'

dan dengan baba pula. Menceceh je mulut anak dara tu.


Selepas berjalan-jalan di pantai, seterusnya ke restoran yang dicadangkan oleh member saya Ita, cari seafood untuk makan malam. Kali ini tak nak makan ikan, nak cari seafood lain. Memang penuh restoran tu. Makanan laut, boleh pilih dulu, kemudian timbang dan beritahu nak dimasak apa.  Jadi saya pilih ketam masak merah, udang goreng butter, sotong goreng tepung, lala masak serai dan juga sup sayur.

Rasa makanan boleh tahan dan memang fresh. Lain kali, bila 2nd baby ni dah besar sikit, boleh ajak baba datang ke sini lagi.

29 November 2011

Baby baru

Alhamdulillah, kakngah saya telah selamat melahirkan puteri yang pertama dan anak yang keempat pada malam 26 November 2011 yang lalu.
Baby girl seberat 3.58kg
di Hospital Sungai Buloh.

Saya datang melawat petang kerana tunggu ayah dan umi yang datang dari kampung.
Kaklong & family telah berkumpul lebih awal memandangkan waktu melawat hospital tidak sama dengan waktu melawat hospital yang lain. Selalunya public holiday, boleh melawat hingga ke malam. Cerita lebih lanjut di blog kaklong.

Sementara saya pergi melawat kakngah, Fina tunggu di luar bersama kaklong & family. Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Kalau ikutkan perancangan, kami ingin bermalam di rumah kakngah. Tapi memandangkan kakngah masih belum boleh keluar hospital dan masih dipantau, jadi kami balik semula ke Semenyih dekat-dekat Magrib. Ayah dan umi pun balik ke kampung terus malamnya. Ayah dah lama tak masuk ofis, tu yang tak bermalam di rumah kami.

Takpe, lain kali maklang datang melawat baby lagi ye.
Tembam pipi tu, rambut lebat, sangat comel lah..Geram!

Tahniah atas kelahiran puteri (nama tak ada lagi). Moga menjadi anak yang sihat dan solehah. Amin.

Majlis Kesyukuran dan Cukur Jambul

Sabtu lepas, kami sekeluarga memenuhi jemputan ke Majlis Kesyukuran dan Cukur Jambul adik Adam Alif, putera sulung kepada kawan baik saya Pn Salwa & En Halim di Taman Sungai Besi Indah. Majlis diadakan lepas Zohor. Lepas Asarnya pula diadakan Majlis Pernikahan adik Kak Wa.

Adam tengah tidur, lagipun Majlis agak lewat diadakan.

Sudah berubah wajah Adam ni bila dah besar sikit. Dah macam muka abang Halim lah.
Apapun, acik az doakan Adam sihat, membesar dengan baik dan jadi anak yang soleh ye.
Terima kasih atas jemputan Kak Wa sekeluarga, sorry tak dapat datang ke Majlis Perkahwinan adik Kak Wa pada hari Ahadnya pula.
Nak pergi Hospital Sungai Buloh. Tengok anak buah baru :)

25 November 2011

Metrojaya Sale @ PICC


Jom SHOPPING time rehat ni..Cari apa yang menarik. Mentang-mentang orang gomen dah gaji semalam. Bolehlah cuci mata ;)

Maklumat lanjut di

23 November 2011

Minggu ke 35


Bayi
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

*****************************************
Telah memasuki minggu-minggu akhir sebelum due. Lebih kurang 5 minggu sahaja yang tinggal. Berat badan semakin bertambah. Daripada 49 kg semasa  mengandung 12 minggu, sekarang telah menjangkau 62 kg.  Naik 13 kg. Berat sangat ke perut ni? Kadang-kadang bila mengandung pelik bila berat bertambah berganda-ganda. Tak tahu apa yang berat. Minta-minta lepas bersalin nanti, boleh slim semula. Dah tentunya dengan cara semulajadi ~ beri susu ibu kepada bayi. Biar baby sedut lemak-lemak yang tak sepatutnya kat badan mama.
Persediaan untuk bayi telah saya lakukan sedikit. Insyaallah, minggu ini nak cukupkan keperluan yang belum dibeli. Rasanya tak banyak lagi. Baju-baju baru, kain lampin, barut dan selimut telah dicuci minggu lepas. Cuma baju-baju Fina ada lagi sebakul untuk dicuci minggu ini. Harapkan cuaca panas hingga tengahari sempat untuk mengeringkan baju-baju yang disidai. Sekarang kan musim hujan.

Saya masih sihat, cuma sakit-sakit badan bila berbaring dan waktu hendak tidur. Masih mengikut mood rajin dan malas yang on dan off bila di rumah. Kalau rajin, buat kerja rumah, kalau rasa letih, duduk berehat. Tapi sebenarnya kerja rumah memang dah rutin harian. Penat macamana sekali pun, digagahi juga untuk menyelesaikan apa yang patut.

Serta melayan kerenah Fina yang semakin hari semakin petah berbicara serta banyak ragamnya. Manja sangat sejak nak dapat adik. Marah sikit, terus merajuk. Tapi tidur malam, memang seronok sekarang. Lena sampai ke pagi. Kalau masa kecil dahulu, mana mamanya nak tidur lena. 3-4x bangun menyusu. Sekarang, masa untuk berehat. Tidur nyenyak sebelum dapat baby baru. Bila dah dapat baby baru, start semula rutin lama terutamanya mengumpul stok susu waktu malam..


Moga saya dipermudahkan urusan ketika bersalin nanti. Amin.

21 November 2011

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall

Tertunai hajat untuk melawati dan bershopping di Maternity & Children Expo yang diadakan pada 18-20 November 2011 yang lalu. Awal pagi dah bergerak ke sana. Sampai di Mid Valley lebih kurang jam 10.30 pagi.

Tak tahu pun tapak expo di mana, tapi ingat-ingat lupa rasanya di aras atas sekali. Sebab selalunya expo diadakan di situ. Macam expo hartanah & perumahan yang saya datang 4 tahun lepas. Manalah nak ingat, dah lama tak pegi Mid Valley. Betul jangkaan saya, tapak expo yang sama. Dekat dengan panggung wayang dan food court.

Sebab sampai awal pagi, walaupun ramai pengunjung, tapi masih boleh berjalan dengan aman.
Bila je waktu tengahari, terus jalan sesak. Ramai sangat orang. Nak shopping pun berpeluh-peluh. Maklumlah, badan dah membesar.

Pintu masuk utama expo, dipenuhi belon2.

 Mama & Fina sebelum masuk ke tapak expo. Bila dah penat tunggu mama shopping, Fina duduk dengan Baba je kat depan pentas. Ada kerusi untuk pengunjung yang melihat acara yang berlangsung di pentas.

 Gerai SaraKids yang sempat saya kunjungi. Banyak barangan penyusuan yang boleh diperolehi dengan harga discount. Saya beli Jingle Jungle Bottle and Baby Food Warmer, botol susu 3pcs dan bra pads. Dapat less 20% daripada harga asal. Memang berbaloi.



Boleh gunakan untuk persediaan BF 2nd baby nanti.

Seterusnya saya ke Gerai MumDreams. Jumpa apa yang dicari. Bengkung moden dengan harga RM25. Harga asal RM30. Beli juga pilis dan tapel. Ada less 10%.

Ada beberapa gerai juga yang saya temui. Sekadar tengok-tengok sahaja. Juga terdapat gerai Lunatots untuk cloth diapers dan barangan penyusuan lain. Selebihnya sekadar lalu sahaja. Ramai sangat orang, sampai susah nak bergerak.

Lepas pegi hall expo pertama, saya ke hall kedua pula. Terus tuju ke gerai Pureen. Cari barangan baby. Beli beberapa pasang baju untuk baby. Rata-rata harga nya dari RM10-RM15 sepasang. Sarung tangan & sarung kaki 1 set RM4.00. Selebihnya saya beli mandian, towel, nappy liners, wet tissue dan barangan keperluan yang lain.


Dah habis shopping barang baby dan barang mama. Tak boleh nak mencuci mata lagi. Kesian pula ada yang bosan menunggu. Kalau ikutkan hati, memang tak puas berjalan lagi. Tapi, memandangkan keadaan yang tidak larat dan sebelum Fina mengamuk, saya hentikan aktiviti bershopping setelah jumpa apa yang dicari.

Terus ke food court bersebelahan.Masa untuk makan. 
Lepas tu jam 1 lebih, balik ke rumah.
Eh, lupa pula, untuk Fina pun mama belikan juga.

^
^
^
 Baju gaun  


Next time, kalau ada expo ini, sure saya akan pergi. Memang tempat yang sesuai untuk mencari barangan keperluan untuk ibu bapa dan bakal ibu bapa. Cuma seeloknya sediakan list barangan yang diperlukan sebelum berkunjung bagi mengelakkan tak tahu nak shopping apa bila sampai ke tapak expo. Dan yang paling menarik, semua harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan menjimatkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails