Posts

Showing posts from March, 2014

3rd baby ~ 38 Minggu

Image
Alhamdulillah, 3rd baby dah memasuki ke 38 minggu. Lebih kurang 3 minggu lagi menghampiri tarikh due. Sekarang ni pun kalau diikutkan, saya boleh bersalin bila-bila masa. Pasang mood standby sebarang kemungkinan. Mudahan 3rd baby keluar time mama nya sedang berehat2 di rumah. Manalah tau, kalau tiba-tiba nak keluar time kerja, mau haru juga nak adjust macamana. Beg mama & barang baby dah ada dalam kereta. Cuma beg untuk isi makanan untuk dibawa ke hospital - kurma, biskut, 3in1, air kosong, itu belum sediakan lagi. Checkup di Klinik Rinching bulan ini start seminggu sekali. KPMC pula, last checkup insyaallah pada 22 Mac 2014 ini. Setakat ini 3rd baby baik-baik sahaja dalam perut mama. Cuma mama rasa letih bila buat kerja banyak, biasalah tu, dah minggu-minggu akhir. Jalan banyak pun hongeh. Start 31 Mac 2014 ini saya nak cuti terus, tak larat dah nak kerja, lebih-lebih lagi kena harung jem pagi-pagi. Balik clear pula sekarang, jalan ke Semenyih memang agak pelik tahap jem nya.

7 Tahun

10 Mac 2007 ~ 10 Mac 2014   Suamiku tersayang, Selamat ulangtahun pernikahan kita yang ke-7. Saya sentiasa bersyukur dikurniakan suami yang baik, menjadi pemimpin kepada keluarga kita, menjadi baba yang bertanggungjawab kepada anak-anak kita, menjadi rakan sembang saya, menjadi peneman hidup saya, menjadi penjaga dan pendengar setia saya, teman di kala suka dan duka, susah dan senang, dari zaman muda, dulu dan kini, Insyaallah hingga ke akhir hayat. Moga ikatan suci ini berkekalan dan sentiasa diredhai oleh Allah.  Amin