Posts

Showing posts with the label Check up

Kehadiran 3rd baby

  3rd baby ~ 17 minggu   Panjang bayi anda sekarang hampir 13sm dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 140g. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung yang dipanggil myelin mula membalut saraf tunjang dengan perlahan-lahan. ***************************************************************************************** Mengandung 3th baby tak lah sehebat auranya jika dibandingkan dengan anak sulung. Saya rasa semua orang begitu. Jika anak sulung, begitulah menjaga dan memanjakan diri bersungguh-sungguh. Tak larat, asyik nak tidur dan berehat. Yelah, tak ada gangguan lain. Kat rumah pun duduk berdua sahaja dengan suami. Bila dah masuk anak no. dua, gagahkan diri juga untuk menjalani aktiviti harian. Kurang sikit manja dan mengada-ngada, terutamanya untuk dilayan si suami. Kadang-kadang kat ofis, larat jer, bila balik rumah, tengok muka suami, semua kerja jadi tak larat nak buat. Ha2..pengalaman men...

Fiqah 9 bulan

Image
Cik Fiqah saya dah genap 9 bulan. Minggu lepas ke Klinik Desa Rinching untuk checkup. Kali ini hanya untuk timbang sahaja. Tiada suntikan yang perlu diambil untuk baby berusia 9 bulan. Alhamdulillah, Fiqah membesar dengan sihat. Walaupun tidak se'bambam' Fina masa kecil, tapi Fiqah jarang sakit dan jarang meragam. Cumanya sejak dah kenal orang, memang tak boleh tinggalkan dia seorang. Mesti nak berpegang atau nak berteman bila duduk kat rumah. Kalau tinggal, menangis lah jawabnya.   Fiqah baru sembuh daripada demam panas minggu lepas. Jumaat malam panas sangat badannya, nasib baik esoknya demam dah kebah. Rasanya ini kali kedua Fiqah demam. Dan penyebab dia demam sebab nak tumbuh gigi. Fiqah dah ada 2 batang gigi belah bawah. Dah pandai merangkak dan bermain-main dengan akak Fina nya. Fiqah: Tepi sikit akak fina, mama nak tangkap gambar Fiqah ni.. Fina : Mama, baby buat akak ina... Timbang tempoh hari berat Fiqah dah 8.2 kg. Masih fully bf dan kuat makan. Tak b...

Checkup 5 bulan

Rabu lepas ke Klinik Desa Rinching untuk temujanji checkup Fiqah 5 bulan. Timbang berat, ukur tinggi dan juga suntikan di pehanya yang gebu. Fiqah dah 7.5 kg. Seperti biasa, peningkatan berat yang cantik grafnya setiap bulan. Tinggi dah 65cm. Perkembangan 5 bulan: Dah pandai suruh pegang dia. Menangis bila tak layan dia. Agak 'kurang gerakan' untuk meniarap. Dah buat bunyi-bunyian baby. aaaaa---thathatha--abebhebhe-- Suka hisap jari. Kuat tersenyum dan tergelak. Angkat kepala bila letak dalam stroller. Lepas cucuk, malamnya badan Fiqah agak panas sedikit. Kat tempat cucuk tu pun rasa keras.Saya sapu vicks. Fiqah macam Fina masa baby, tak suka makan ubat. Kebetulan ubat klinik kali ini pahit, jadi dia tak minum banyak. Minta abang belikan ubat demam lain. Alhamdulillah, tak jadi demannya. Lepas habis cuti di Terengganu, hantarnya ke Taska hari Selasa, petangnya Fiqah demam. Kali ini agak panas, dan inilah demam pertamanya sejak Fiqah dilahirkan. Bagi ...

4 bulan

Image
Waktu rehat yang lama. 12.15 tgh hingga 2.45 ptg. Tak jadi shopping di ALAMANDA. Confirm ramai orang sampai nak parking pun penuh. Almaklumlah, gaji baru  dah masuk. Jadi, penuhi waktu rehat dengan mengupdate blog! Esok baru bawak F&F berewang. Malamnya baba dah kena OT lagi.   Semalam checkup Fiqah di Klinik Desa Rinching. Untuk 4 bulan, tiada cucuk. Hanya timbang berat dan ukur tinggi.   Berat Fiqah telah naik ke 6.8kg . Tinggi 61 cm . Perkembangan terkini ~ Suka tergelak. Pandai ajak bersembang. Masih kuat tidur bila kenyang. Mengiring sedikit, belum berpotensi untuk meniarap. Tidur lasak. Bila letak atas bantal, bila sedar, bantal ntah kemana.  Bila mandi, ditolak-tolaknya kaki kat besen.   Asyik possing dengan mama jer kat klinik. Kali ni possing dengan baba pula. Setakat 4 bulan ini, keadaan kesihatan Fiqah amat baik. Cuma kena selsema 2x. Itupun cepat kebah bila dah bf. Antibodi dalam susu ibu, amat me...

Fiqah 3 bulan

Image
Rabu lepas ke Klinik Desa Rinching untuk temujanji checkup Fiqah. Fiqah dah genap 3 bulan. Tak ramai orang, lebih kurang 1 jam dah selesai urusan di Klinik. Fiqah sudah naik berat badannya ke 6.2 kg dan tinggi 60 cm. Cantik graf kenaikan nya. 3 bulan Fiqah dah pandai apa ya. Pandai beri respond bila agah dia. Pandai gelak dan suka. Hisap jari. Mengiring sedikit. Masih kuat tidur dan bf setiap 2 jam hingga 3 jam sekali. Tidur lasak, bila letakkan kepalanya atas bantal, kejap dah ketepi. Kuat buang angin. Ini hobi Fiqah dari dulu. Bagus untuk elak kembung perut. Start malam, nak suruh orang layan, pegang dia sebelum masuk tidur. Siang tak dapat jumpa agaknya, itu yang malam nak kasih sayang banyak. Tidur malam tiada masalah. Masuk 3 bulan, Fiqah nyusu sampai kenyang sebelum tidur, dan dia tidak bangun malam langsung. Dekat Subuh baru bangun menyusu. Satu tabiat yang agak bagus untuk mamanya agar dapat tidur lena di malam hari. Cuma dari segi penyusuan, saya rasa ...

Klinik ~ 2 bulan

Image
1 Mac 2012, temujanji checkup Fiqah untuk usia 2 bulan di Klinik Desa Rinching. Abang ambil cuti untuk temankan kami. Sekarang kalau buat temujanji, ikut pukul berapa. Kalau dahulu, tak kisah nak datang pagi atau petang. Mungkin nak pantau jumlah pelanggan di klinik yang semakin bertambah. Kali ini, tidak ramai yang menunggu giliran. Datang jam 9 pagi, jam 10.15 pagi dah settle semua. Sempat untuk balik menonton Chinta Chanduri di TV3. Slot wajib saya hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30 pagi. Cerita ulangan, tapi dulu tayang malam rasanya. Satu cerita ini je lah yang saya ikut secara tegar di rumah. Yang lain, tak nak ikut sebab bila dah start kerja nanti, confirm tak boleh tengok. Jadi taknak ambil risiko tak dapat tahu ending cerita secara berkesan! Fiqah di usia 2 bulan sudah seberat 5.35kg dan tinggi 57cm . Naik 1 kg lebih daripada usia sebulan. Selebihnya, Fiqah normal perkembangannya seperti bayi lain.  Fiqah diberi sunti...

1 bulan

Image
25 Jan 2012 ~ Telah genap sebulan usia Fiqah. Seorang baby yang sihat, kuat tidur, kuat menyusu, kuat poo poo, tak pernah nangis kuat-kuat, suka mandi dan tidak banyak kerenah dalam menjaganya. Tidur malam dengan lena dan bangun 2 jam sekali untuk menyusu. Cuma ada 1 malam yang Fiqah tidak mahu tidur dan merengek. Mungkin perut kembung. Selebihnya, Fiqah mudah untuk dijaga. Hari ketiga kelahirannya, Fiqah kena sakit kuning. Ambil darah hingga 4 hari yang berlainan tarikh. Syukur kuningnya tidak tinggi. Dari bacaan 11 turun ke 10, ke 8 dan seterusnya terus turun 5 semasa pemeriksaan terakhir. Sekarang ini, Fiqah cepat muak dan muntah selepas menyusu. Penuh muatan perut agaknya. Selalu muntah keluar di mulut dan hidung. Sama macam Fina masa kecil, kuat muntah! Hari ini temujanji check-up yang pertama di Klinik Desa Rinching. Fiqah diberi suntikan Hepatitis B. Beratnya sudah naik ke 4 kg dan tinggi  52 cm . Fina pula sayangkan Fiqah. Sejak awal Fiqah dalam kandungan, s...

38 minggu

Image
Bayi Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya. Anda Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin. ***************************************************** Usia kandungan saya telah memasuki 2 minggu akhir kehamilan. Minggu ini telah genap 38 minggu. Nampaknya 2nd baby masih ingin 'berehat-rehat' dalam perut mama nya. Belum ada tanda-tanda ketara yang menunjukkan saya perlu ke hospital untuk bersalin. Tanda-tanda awal seperti ini telah saya alami minggu ini.   Bayi turun ke bawah.Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa: sakit di bahagian kelangkang ke...

37 minggu

Image
Bayi Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan. Anda Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin. ******************************************************** Telah memasuki waktu/minggu 'standby' dan boleh bersalin bila-bila masa. Lebih kurang 2 minggu lebih sahaja sebelum tiba ke tarikh dijangka bersalin. Samaada selepas Krismas ataupun kalau 2nd baby ni nak lahir 2012, lahir time public holiday tahun baru 1/1/2012.  Dah sama dengan tarikh lahir Fina yang lahir di tahun baru 2009. Tapi tak kisahlah, nak lahir bila, asalkan saya dan baby selamat. Bila dah sampai masanya, tak boleh tunggu-tunggu lagi dah. Perasaan, tentulah sedikit ...

36 MINGGU

Image
Bayi Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Anda Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. ************************************************************ Setelah menunggu dari jam 6 petang hingga ke jam 8.00 malam di Hospital Serdang, saya dibenarkan balik. Alhamdulillah. Tak perlu tidur wad malam tersebut. Lagipun, seriau jer nak duduk hospital. Walaupun setakat scan perut, tapi perasaan takut dan bimbang tetap ada. Risau dengan keadaan baby dalam perut. Sebagai seorang ibu yang telah mengandung selama 8 bulan, tentulah saya inginkan bayi saya selamat dan dilahirkan sempurna. Kecuali atas kehendak Allah, ...

MC

Image
Semalam temujanji pemeriksaan kesihatan di Klinik Desa Rinching. Awal pagi dah pergi. Fina tinggal dengan baba nya di rumah. Ramai pula yang menunggu. Hari ini kena jumpa doktor sebab masuk minggu-minggu akhir kehamilan. Minggu ini kandungan saya telah memasuki 36 minggu. Penuh sangat pelanggan sampai tak ada tempat duduk yang kosong. Ramai juga yang datang untuk check ibu dan baby yang telah cukup sebulan dalam pantang. Check result : Berat : 61.5 kg Tekanan darah : 110/60 Gula : Blue HB : Tak buat, stok tak ada Jantung baby : 151 Semuanya nampak ok, tak ada masalah. Bila jumpa Dr. Siti Zaleha, disuruhnya saya ke Klinik Kesihatan Beranang untuk detail scan pada waktu petang. Kat Klinik Desa Rinching, tak ada mesin scan. Macam ada tak kena dengan berat baby katanya. Doktor bagi saya MC untuk hadir temujanji petang nanti. Jadi petangnya saya dan Fina ke Klinik Kesihatan Beranang untuk detail scan. Baba Fina masuk kerja. Sebab jumpa doktor atas te...

33 minggu

Image
Bayi Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Anda Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah. ********************************* Selasa lepas, saya ke Klinik Desa Rincing untuk pemeriksaan biasa. Rasa macam Hari Ini Dalam Sejarah, sebab tak ramai ibu-ibu yang menunggu. Ada lebih kurang 7 orang sahaja. Saya orang terakhir. Cuma, walaupun tak ramai, habis lebih kurang pukul 4 petang. Seperti biasa. Perkhidmatan yang memerlukan kesabaran tinggi untuk menunggu. Berat badan saya sudah menjangkau 60kg. Naik 1kg dari 2 minggu lepas. Kiranya tahap normal. Yang lain result ok, cuma HB turun sikit 10.9. Kene pen dakwat merah dalam buku report. Kadar deyutan jantung baby telah meningkat - 144. Mengikut kadar pembesaran yang sepatutny...

Check up 31 minggu

25 Okt 2011 lepas, saya ke Klinik Desa Rinching untuk temujanji pemeriksaan kesihatan ibu dan kandungan selanjutnya. Seperti biasa, menunggu dekat 2 jam, barulah selesai semuanya. Checkup kali ini, berat naik extra 1kg, tapi under control lah. Kalau 2 minggu lepas berat saya 57kg, minggu ini telah naik 2kg ke 59kg.  Tekanan darah normal 110/70. Tinggi rahim sudah 30cm dan kadar deyutan jantung baby 146 perminit. Result air kencing masih Biru dan HB ok dari checkup sebelumnya 11.9. Mulai semalam, dah start kira tanda Carta Pergerakan bayi untuk sehari. Bermula dari pukul 9 pagi hingga ke waktu akhir gerakan yang ke 10. Nurse pesan, kalau tidak merasa 10x pergerakan hingga jam 9 malam, terus ke hospital berdekatan. Ini untuk elakkan baby lemas dalam kandungan. Masih ada 2 bulan untuk menantikan kehadiran adik Fina. Persiapan rasanya nak start bulan depan. Beli apa yang perlu dan diperlukan.

29 Minggu

Minggu 29 Bayi Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Anda Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal. ****************************************************** Hari ini saya ada regular checkup di Klinik Desa Rinching. Last checkup bulan lepas jumpa doktor. Result ujian minum air gula di Klinik Kesihatan Beranang masa tu belum dapat lagi. Insyaallah, hari ini dapat result nya. Tapi saya rasa result tu ok lah. Cuma sekarang ini memang kat mana-mana Klinik Kerajaan, kalau ada pertambahan berat badan ataupun uji...

26 Minggu

Image
Bayi Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan. Anda Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Mood berhari raya masih diteruskan. Tiap-tiap minggu memenuhi undangan rumah terbuka jika berkelapangan. Minggu lepas saya ke Klinik Desa Rinching untuk pemeriksaan kesihatan biasa. Alhamdulillah, baby dalam perut sihat. Dah boleh dengar degup jantungnya :) Cuma masalah pada mamanya pula. Berat badan berlebihan :(. Rasanya taklah naik banyak berat, tapi bila timbang naik dari 50kg masa last checkup ke 55kg minggu lepas. Naik 5 kg tu!!! Terbayang sama berat dengan beras paket keci...

Check up Fina

D ah 2 tahun pun ada checkup lagi ke? Sebenarnya memang ada pemeriksaan kesihatan biasa secara berkala di Klinik-klinik Kesihatan yang disediakan oleh Kerajaan. Bila dah 2 tahun, Fina dah habis semua suntikan imunisasi. Khamis lepas, kami ke Klinik Kesihatan Kajang. Tempat tumpah darah Fina masa dalam hari - kene cucuk ambil darah sebab kuning. Kejap jer dah 2 tahun berlalu. So, kali ini datang untuk timbang, ukur tinggi dan jumpa nurse sahaja. Berat Fina turun dari 13kg ke 11 kg sekarang. Mungkin dah semakin tinggi dan aktif. Tapi masih dalam graf pertumbuhan pembesaran yang baik. So, tak risau sangat lah. Lagipun Fina sekarang kuat selera makan. Selainnya nurse nasihatkan untuk beri diet makanan yang seimbang. Dibekalkan juga dengan ubat elakkan cacing. Tak beri lagi, taulah kalau ubat memang payah Fina nak makan. Fina dah pandai cakap:- pe tu ma = ape itu mama? pe nye ni = siapa punya ini? nak tu = nak itu. nak num = nak minum nak akan = nak makan nak andi = nak mandi yeay lah = yea...

Rekod baru

Image
Ini gambar graf 'tumbesaran' Fina dari lahir hingga sekarang. Setelah beberapa bulan mendapat berat badan purata 9kg-10kg, kali ini lepas timbang masa checkup kat Klinik Kajang Khamis lepas, Fina sudah pecahkan rekod baru. Fina sekarang berat badannya 13kg . Naik 3kg dari 2 bulan lepas. Patutlah hongeh mama dukung hari-hari naik turun tangga masa hantar rumah kaklong aka pengasuh Fina. Saiz badannya tak lah se'cubby' masa Fina kecil-kecil dulu, cuma tubuhnya makin tinggi dan berselera makan. Fina tiada masalah dalam perkembangan berat badan, grafnya pun memang akan naik secara konsisten. Selain timbang berat, ukur tinggi dan jumpa nurse untuk rekod perkembangan kesihatan Fina. Appointment seterusnya pada hujung Januari 2011 untuk makan ubat cacing.

Check up Fina

Semalam kami ke Klinik Kesihatan Kajang untuk hadir temujanji pemeriksaan Fina. Seperti biasa menunggu 1 jam lebih untuk dipanggil nama oleh jururawat bertugas. Kadang-kadang kesian pula tengok nurse2 kat Klinik tuh. Macam tak de rehat langsung bekerja hari-hari, dari pagi hingga ke lewat petang ramai je orang yang menunggu giliran. Fina pula, semalam punyalah lasak. Tak duduk diam. Marah pula tu bila nak pegang & dukung dia. Habis satu klinik diterjahnya. Kali ini, cuma pemeriksaan kesihatan yang biasa. Temujanji bulan 7 nanti baru kena ambil suntikan untuk 1 tahun 6 bulan. Sekarang berat badan Fina 10.6 kg. Naik setengah kg dari last check up. Selainnya, Fina sihat dan ceria walaupun tak de gigi lagi. Antara perkembangan lain :) Suka sangatlah tengok sekolah/budak sekolah/van sekolah (semua yang pasal sekolahlah), bila saya tanya "adik nak sekolah tak?" terus dia angguk2 kepala. Haritu balik Terengganu adalah beberapa kali pergi tepi pantai, sekarang bila tengok lau...

1 tahun 2 bulan

Image
Bila cakap "Tatik" @ cantik ~ Fina akan buat aksi ini. Bulan ini umur Fina genap 1 tahun 2 bulan. Semalam saya ke Klinik Kesihatan Kajang untuk hadir temujanji pemeriksaan kesihatan Fina. Kalau dah pergi tu, memang kene tunggu 2-3 jam baru boleh selesai. Nasib baik saya dan abang bercuti. Fina sekarang beratnya 10kg . Naik 200 gram dari last check up. Ingatkan ada kurang sikit berat, rupanya tetap maintain macam dulu. Eloklah, kalau turun banyak, risau pula saya. Takut tak cukup zat. Bila nurse tanya minum susu apa, saya jawab susu ibu. Tak bekerja ke? Kerja. Syukur Alhamdulillah, saya boleh meneruskan perjalanan BF ke bulan seterusnya dengan begitu lancar sekali. Moga dipermudahkan perjalanan berikutnya. Saya tanya nurse, anak saya belum tumbuh gigi lagi. Normal ke tak? Bila nurse tanya doktor di bilik bersebelahan, disuruhnya refer ke Doktor gigi. Tak dapat nak jawab kot. Katanya, belum ada lagi dia jumpa baby 1 tahun lebih tak tumbuh gigi lagi. Ish2, ye ke. Tapi saya rasa...

Check up @ Klinik Kajang

Image
Pada isnin lepas 4/1/10, saya dan suami ke Klinik Kesihatan Kajang untuk regular checkup fina. Untuk setahun, fina diberi suntikan (x ingat vaksin ape da). Lama juga menunggu, sampai ke klinik pkl 2 lbh dan habis kira2 pukul 4.30 ptg. Biasa lah, klinik tu memang selalu ramai orang. paling awal 2 jam baru selesai. Ni la antara perkembangan check-up fina di usia 1 TAHUN : Fina dalam keadaan sihat, aktif dan cergas. Still BF on demand. Nurse nasihatkan beri baby pemakanan seimbang, nasi, buah-buahan, sayur, ikan, ayam (ikut piramid makanan) Berat fina sekarang 9.8kg . (maintain dengan berat last check-up haritu, tak kurang, tak lebih, so, draf mendatar je la) Masa timbang tu, duk menangis sekuat hati. 1 klinik dengar suara dia. alahai, macam kene ape fina nih..marah sgt bukak baju dia kat situ. Masa ambik suntikan pula, tak menangis pun, selamba je muka dia. Tak rasa sakit kot, almaklumler peha banyak isi. Next check-up 4 MAC 2010. fina tgh 'mengamuk' tunggu lama sangat.