26 Minggu

Bayi
Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Anda
Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.



Mood berhari raya masih diteruskan. Tiap-tiap minggu memenuhi undangan rumah terbuka jika berkelapangan. Minggu lepas saya ke Klinik Desa Rinching untuk pemeriksaan kesihatan biasa. Alhamdulillah, baby dalam perut sihat. Dah boleh dengar degup jantungnya :) Cuma masalah pada mamanya pula. Berat badan berlebihan :(. Rasanya taklah naik banyak berat, tapi bila timbang naik dari 50kg masa last checkup ke 55kg minggu lepas. Naik 5 kg tu!!! Terbayang sama berat dengan beras paket kecil tu pula..
Selebihnya tekanan darah, kencing dan kepekatan darah semuanya tahap baik. Ukuran diameter perut pun ikut perkembangan bulan. Cuma berat yang naik mendadak. Jadi nurse tetapkan 3 hari bagi temujanji berikutnya.  Kali ini saya disuntik dengan suntikan elakkan kancing gigi. Jumaat Cuti Am Hari Malaysia, nurse dari Klinik Rinching datang ke rumah untuk buat pemeriksaan kesihatan. Dalam jam 11.30 pagi nurse datang. Check tekanan darah, kencing dan ukuran perut. Semuanya ok. Dan esok saya disuruh ke Klinik Kesihatan Beranang pula untuk minum air gula. Malam ini start puasa dari jam 10 malam hingga ke pagi esok. Mmmm, test paling malas nak buat masa mengandung - minum air gula..tapi sekarang rasanya air gula tu dah ada pelbagai perisa. Masa Fina dulu saya dapat perisa oren, esok, tak tahu lagilah. Minta-minta result ujian tu ok, tak ada masalah lain.

Makan lepas raya mengikut selera yang ada. Mana tak naik berat badan. Dengan makanan manis, air manis, biskut raya, makanan berat, makanan ringan, semuanya sedap-sedap belaka. Boleh makan, cuma perlu dikawal mengikut keperluan. Lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu mengandung. Naik berat sangat pun tak boleh, kurang berat pun tak boleh, semuanya perlu dikawal agar kesihatan ibu dan bayi terjaga.

 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..