Movies

Zaman sekolah dulu, salah satu cerita yang saya suka sangat tengok ialah The Cave of The Golden Rose kat TV2. Kalau tak silap, siarannya malam. Jalan cerita yang menarik mengenai kisah-kisah dongeng dan fantasi. Princess Fantaghiro tu mengembara dalam hutan jumpa dengan macam-macam makluk. Rasanya ditemani batu yang boleh bercakap.

Semalam terlihat iklan kat TV9, mulai 11 Sept ini cerita ini akan ditayangkan semula jam 10 malam.Ini antara cerita yang saya ingat sampai sekarang selain daripada Ninja Turtle, Smurf, Suria Perkasa Hitam, Merro Attack, Gaban, Knigt Rider dan lain-lain yang menjadi kegilaan semasa zaman kecil.

Bagi yang minat nak tengok, boleh juga tonton kat youtube. Mesti tak nyesal punya :)


Watak Hero - Romaldo

Heroin utama- Fantaghiro. Jenuh juga menunggu princess ni bertukar jadi cantik jelita sebab watak dia pada awalnya macam lelaki. Rambut pendek.

dan Hero watak jahat yang handsome - Tarabas.

Selamat menonton.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu