2018

2018.......
Tahun yang banyak dugaan...Tahun yang diuji oleh Allah S.W.T.

Alhamdulillah, Awal tahun 2018 persekolahan anak-anak berjalan lancar. Fina masuk darjah 4, Fiqah masuk darjah 2 dan Fittriah masih berada di Taska lama. Fittriah tidak dihantar ke tadika sebab nak bagi dia main-main jer tak belajar di usia 4 tahun. Insyaallah 5 tahun nanti baru nak hantar ke tadika. 

Awal tahun 2018....Fina diserang demam panas, selepas itu Fiqah dan seterusnya Fittriah kena cirit birit, muntah-muntah, demam panas dan telinga bernanah..Awal tahun yang diuji..Baba pula demam 2 minggu tak kebah-kebah. Saya seorang yang masih diberi nikmat 'sihat' oleh Allah di awal tahun 2018. Alhamdulillah, ujian sakit berlalu dan diberi semula nikmat kesihatan kepada keluarga kami.

Februari 2018......
Penghujung Februari, Haziq anak buah saya (anak abang sulung saya) kemalangan di Semenyih. Dimasukkan ke Hospital Kajang  dan ditempatkan di wad ICU. Genap seminggu, Haziq dipindahkan ke wad biasa. Beberapa hari tidak sedarkan diri sejak hari pertama di masukkan ke Hospital. Kemudian Haziq mula gerakkan kaki dan tangannya tetapi mata tidak boleh dibuka. Kemalangan tersebut menyebabkan otak Haziq bengkak, patah di jari, retak di tulang muka dan beberapa kesan calar di kaki. Selainnya tidak ada kecederaan yang serius. 

Alhamdulillah, setelah dapat bergerak kaki dan tangannya, kami merasakan Allah telah memberikan keluarga kami seribu harapan agar Haziq boleh sembuh dan sedar. Tetapi, matanya masih tidak boleh dibuka. Hari ke sembilan di Hospital, doktor cadangkan untuk melakukan pembedahan (tebuk) di bahagian leher bagi mengelakkan jangkitan kuman kerana Haziq dimasukkan wayar ke mulut sebagai bantuan penafasannya. Pembedahan berjalan dengan lancar. Cuma doa sahaja dipanjatkan, solat hajat, dan beberapa ikhtiar perubatan Islam telah diusahakan oleh keluarga kami bagi menyembuhkan Haziq.

Hari Sabtu saya menziarahi Haziq di ICU.....Tak tertahan kesedihan di hati melihat tubuh kakunya..Tidak boleh berkata-kata...Hanya air mata dan doa termampu terungkap di bibir. Kesedihan yang mengingatkan akan kebesaran Allah...Dia yang menciptakan dan juga mematikan..Malamnya Haziq hadir ke mimpi saya..Ya Allah...Saya bermimpi dia membuka mata, dan memberikan senyuman yang manis kepada saya. AllahuAkbar..

Ahad saya ke hospital lagi. Hanya melihat daripada tingkap di luar bilik ICU. Kawan-kawan dan saudara mara ramai yang mengunjungi Haziq. Alhamdulillah, Haziq dari segi perkembangannya makin baik, boleh mendengar suara mama, papa dan Kak Yien(Akak sulung Haziq). Bila dipanggil dia menggenggam erat tangan mereka. Cuma mata...mata yang belum terbuka. ...

Rabunya saya ke hospital semula selepas habis kerja. Tergerak di hati untuk ke hospital untuk menziarahi Haziq. Haziq dimasukkan ke wad biasa, jadi boleh keluarga menunggu di hospital. Kalau di ICU tak dibenarkan menunggu. Sayu di hati masih ada, cuma tak sekuat sayu ketika menziarahi Haziq di wad ICU tempoh hari.

Jumaat...pukul 2 petang terima panggilan daripada Kaklong..Kaklong tak dapat menuturkan kata-kata, diserahkan panggilan itu dan Kak yien cakap 'Maklang...Haziq dah nazak.." Jantungnya berhenti tadi...Allah Ya Allah...Setelah sampai ke ofis, mintak kebenaran bos, saya terus ke Hospital Kajang..Zikir tak pernah lekang di bibir ketika memandu dan mendoakan Allah membantu kami. Sampai di simpang traffic light sebelum masuk ke hospital saya melihat telefon...Along wasap dalam group family Haziq dah tak ada.....Abang pun wasap saya, cakap Haziq dah tak ada....Saya call abang..dengan tangisan saya cakap Haziq dah tak ada abang....Haziq dah tak ada....

Parking di belakang hospital, dan terus ke wad..Saya disambut oleh Kak Yien..Dibawa melihat Haziq yang terbujur kaku di katilnya...Allah Ya Allah....Besarnya dugaan-Mu kepada keluarga kami Ya Allah..Tak terduga ini kali terakhir saya bacakan surah Yasin untuk Haziq, tetapi kelainannya kali ini saya bacakan dan sedekahkan kepada rohnya..Saya bacakan Yasin di tepi katil Haziq..Mohon moga Allah memudahkan urusannya di alam lain..

Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata..Tetapi inilah takdir Allah..Haziq dijemput mengadap Illahi di usianya 16 tahun beberapa bulan sebelum genap usianya 17 tahun, dijemput di hari Jumaat yang penuh berkat penghulu segala hari, moga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah ketika hidupnya. Maka janji Allah itu benar, tidak pernah cepat ataupun lambat bila telah ditentukan sampainya ajal kita. Inalillahwainnaillahirrajiun..Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan. 

Alhamdulillah, urusan majlis pengebumian arwah berjalan dengan lancar. Ramai sanak saudara, jiran, dan kawan-kawan arwah yang membantu. Selepas solat Isyak arwah disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan. Dan kenangan itulah sahaja yang ditinggalkan untuk kami....kenangan yang menjadikan kita mengingati segala saat-saat manis ketika arwah hidup. Kenangan yang menjadi ingatan mengenai betapa bersyukurnya kita dipinjamkan mengenali insan-insan yang kita sayangi.. Kenangan yang tinggal sebagai kenangan, tetapi senjata doa adalah kekuatan yang diberikan oleh Allah untuk disampaikan kepada arwah di alam Barkzah, doa yang tidak putus untuk dikirimkan ketika kita masih di dunia...

10 hari Allah memberi peluang kepada keluarga kami terutamanya peluang kepada Kaklong, Along dan Kak Yien untuk menjaga dengan sepenuh kasih sayang terhadap arwah. Dilayan bagaikan hari pertama dia lahir ke muka bumi ini. Diiringi dengan doa-doa daripada insan-insan yang mengenali beliau, tetapi kuasa Allah itu Maha besar daripada segalanya. Hakikat yang sukar ditelan tetapi perlu diterima dengan hati yang redha kerana Allah....Kunfayakun.... 

Al-Fatihah untuk Irfan Haziq bin Asmady yang telah kembali ke ramatullah pada 9 Mac 2018, di hari Jumaat, 2.40 petang di Hospital Kajang.

Moga Allah merahmati rohnya. Amin..




Kak Yien*Fittriah*Arwah Haziq


Comments

  1. Sayunya baca.. semoga arwah Haziq sentiasa dalam rahmat Allah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall