26 December 2012

Fiqah 1 tahun

Alhamdulillah, syukur atas anugerah dan kesempatan melihat anak yang semakin membesar. Fiqah dah genap 1 tahun pada 25 Disember 2012. Selamat Hari Lahir anak kesayangan mama dan baba. Moga Fiqah menjadi anak yang solehah, insan yang sempurna, tinggi akhlak dan budi pekerti . Insyaallah, Mama sentiasa mendoakan segala yang baik untuk perjalanan masa depanmu.
Dan saya telah berjaya menyusukan Fiqah selama setahun dengan susu ibu sepenuhnya. Moga dipermudahkan untuk tempoh setahun yang akan datang. Amin.
Fiqah tunggu potong kek besday dengan akak Fina minggu ini ya.

19 December 2012

A'Famosa Resort

Minggu lepas kami ke A'Famosa Resort untuk Family Day ofis baba F&F. Tak ada acara rasmi, cuma malamnya ada dinner bersama staff PPA yang lain dan keesokan harinya ke A'Famosa Waterworld bersama keluarga masing-masing.

Fina lah orang yang paling seronok. Dia cakap 'kami main taman kolam'. Maksudnya, ada taman permainan atas kolam. Awal pagi kami ke sini, lepas keluar dari apartment, sarapan dulu dan terus ke waterworld. Jadi parking masih banyak di awal pagi. Waterworld buka jam 9 pagi. Masa Fina mandi, tak ramai lagi pengunjung. Bila dah masuk tengahari, penuh dah orang.

Layan jelah anak dara ni sibuk main air.





Cik Fiqah mandi sikit-sikit jer. Bila dia ngantuk, terus dia tidur. Tak ada respond lagi bila bawa dia berendam dalam air. Nak melekat dengan mama dia sahaja.

 
Acara yang paling mama suka...naik pelampung beramai-ramai. hi2..Merentasi air keliling waterworld. Ini lepas habis main kat pantai berirama. Baba buat pakej boat penambang haritu. Setia menolak pelampung mudik ke air demi keluarga tercinta. 
  
 
Tengahari, terus siap-siap balik kampung. Singgah makan dulu kat Tampin. Saya rasa seronok berlibur bersama keluarga. Itu juga satu kenikmatan yang tidak dapat dijual beli bila dapat mengisi masa bersama keluarga.
 

Fiqah 11 dan 12 bulan

Aura mengupdate blog makin kelaut kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi selepas cuti-cuti Malaysia yang lalu. Baru pulih dari demam berterusan dan first time dalam hidup saya hilang suara. Tinggalkan dulu cerita ketidakpuasan yang tersirat dalam hati, sebelum masa beredar, lebih baik cerita pasal cik Fiqah saya yang semakin membesar.

Diam tak diam, minggu hadapan genap Fiqah setahun. Memang agak cepat proses tumbesarannya. Sungguh, saya rindukan zaman Fiqah baby. Saya rindukan untuk menjaga Fiqah selama 24 jam di rumah. Tak puas jumpa Fiqah dari jam 6 petang hingga 6.50 pagi setiap hari waktu bekerja. Rasa tak sampai hati tinggalkan Fiqah di taska setiap pagi. Tapi begitulah kehidupan, selalu rasa tidak PUAS HATI itu sepatutnya diambil dari segi positif agar kehidupan seterusnya dilalui dengan lancar.

 
Fiqah dah pandai apa ya;)
  • Masih merangkak dan belum berjalan lagi. Baru belajar berdiri, panjat-panjat tepi sofa.
  • Fully bf hingga sekarang. Fiqah dah tak reject EBM lagi. Sehari bekalan ke taska sebanyak 3 botol.
  • Ada 3 batang gigi.
  • Makin kenal orang, nak orang layan dia. Bila tengok saya dah siap pakai tudung, suruh dukung dia.
  • Dah pandai tak nak pergi taska pagi-pagi. Bila hantar, tak menyerah diri seperti zaman dia baby.
  • Malam tidur nyenyak. Rasanya sejak Fiqah kecil tak pernah lagi saya overtime jaga Fiqah malam-malam. Walaupun bila demam, dia tak banyak meragam.
  • Sangat lah suka melayan akak Fina nya. Bila akak Fina buat lawak, gelak besar Fiqah. Pandai main sama-sama.
Insyaallah, dalam perancangan nak buat Majlis Hari Jadi Fina dan Fiqah. Combine sekali. Berhajat nak buat kek Pengantin (Princess) atas permintaan akak Fina. Harapnya menjadilah air tangan mama F&F ini.
     

19 November 2012

Atuk


SELAMAT HARI LAHIR ATUK
MOGA ATUK DIKURNIAKAN KESIHATAN
DIBERI KEBERKATAN
DIBERI KEBAHAGIAAN
DIBERI KESEJAHTERAAN
DIBERI KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG BERTAQWA.
 

Fiqah Demam

Susah nak tangkap gambar F&F bersama. Masuk anak kedua, mamanya pula kurang obses untuk menangkap gambar. Kalau dahulu masa anak sulung, setiap bulan banyak gambar Fina memenuhi camera hfon. Masuk anak kedua, banyak juga, cuma tidak setanding masa anak pertama. Masuk anak ketiga-keempat-kelima- entah ke berapa - mungkinkah kebarangkalian menangkap gambar menjadi semakin berkurangan? Itu kena tunggulah. Bukannya apa, bila anak dah besar, rasa rindu zaman mereka kecil. Jadi biarlah gambar-gambar yang comel itu menjadi kenangan di sanubari selamanya. Nasib baik ada blog, bolehlah rakam sejarah anak-anak membesar. 

Gambar malam tadi, akak Fina tengah sibuk tengok cerita barbie, Fiqah muka ngantuk.
Sebenarnya nak cerita kisah demam. Fiqah demam sejak Rabu lepas. Panas badannya, kadang-kadang kaki sejuk, kepala panas. Bila masuk ubat punggung, tahan selama 8 jam kemudian panas semula. Bila makan ubat demam pun begitu. Habis tempoh ubat, demam semula. Lambat kebahnya. Rasanya ini kali pertama Fiqah demam lama - 4 hari. Cuma semalam dah sihat sepenuhnya, tapi ada bintik-bintik merah pada badan pula. Tak tahulah sama ada campak ataupun alergik. Kalau campak, tak ada pula bintik berair. Pagi tadi saya tengok badannya, dah hilang bintik-bintik merah. Badan dah tak panas. Ada selsema sedikit. Itu perkara biasalah kalau selsema.
 
Bab EBM ingatkan haritu dah selesai, rupanya Fiqah reject semula pada hari Jumaat lepas. Cuma makan bubur dan air kosong di taska. Bila saya ambil dari taska, petang cepat-cepat di bf. Mungkin Fiqah lebih suka direct bf bila dia tak sihat.
Fiqah walaupun demam, lena tidur malam. Dia nak berkepit dan berpegang dengan saya ataupun baba nya waktu siang. Selebihnya, Fiqah ok. Demam nak besar kan. Minggu depan dah masuk 11 bulan. Dah belajar berdiri lepas sebelah tangan. Tu yang demam nak ringankan badan. Fiqah cepat sihat ye, minggu depan nak pi jalan cuti-cuti Malaysia.

14 November 2012

EBM dan Pasta


Kalau minggu lepas Fiqah reject EBM, alhamdulillah, Isnin lalu bekalan 2 botol EBM telah diminumnya. Pengasuh Fiqah kata, berpangku baru dia minum. Dan saya gunakan botol tommee tippie yang diberikan oleh makngah F&F agak lama dahulu. Hati lega sebab letih nak fikirkan menu apa yang sesuai untuk dibuat dengan susu yang tidak diminum oleh Fiqah. Kalau dah lama, expired sudah tentu kena buang pula. Ada beberapa resepi baby yang telah saya salin untuk dicuba menggunakan susu ibu. Hari ini saya bekalkan 3 botol EBM. Tak tahu sama ada Fiqah reject ataupun minum.
 
Bila dah beberapa hari stok EBM tidak digunakan ikut cycle biasa, stok frozen bertambah dengan jayanya. Alhamdulillah. Masalah stok berkurangan telah dapat diatasi. Lebih kurang 8 botol telah dibekukan untuk stok frozen EBM minggu lepas. Macam Fiqah tau-tau sahaja mamanya nak buat stok frozen, itu yang tidak diminumnya stok susu minggu lepas. Memandai je mama kan, padahal risau Fiqah tak mahu minum susu lagi. Allah mempermudahkan jalan saya kali ini. Syukur. Moga target penyusuan susu ibu selama 2 tahun akan tercapai.  
8 botol fresh EBM yang jem sebab Fiqah reject EBM minggu lepas.
Masalah susu telah selesai. Sekarang berbalik pada makanan Fiqah. Fiqah memang seorang bayi yang OBSES tentang makanan. Lebih-lebih lagi apa yang orang lain makan. Dia nampak macam sedap sahaja. Tak boleh tengok orang makan, mula buat muka kesian. Kadang-kadang buat bunyi mintak kita suapkan dia. Saya bercadang nak buat puree buah. Kena cari mangkuk blender lain untuk kisar buah. Tak boleh campur dengan blender yang sedia ada. Takut jadi rasa lain pula puree tu. Kalau beli mangkuk lain, rasanya tidak mahal sangat.
 
Ini pasta yang saya sediakan semalam. Senang sahaja. Resepi buat sendiri. Bukan Fiqah sahaja yang makan, Fina pun suka makan.


Pasta F&F
 
Bahan-bahan
Apa-apa jenis pasta direbus
2 biji bawang putih
1 biji bawang merah
1 inci halia
Sedikit serbuk rempah sup
2 biji kentang dipotong dadu
Sedikit lobak merah dipotong dadu
Sedikit hirisan ayam
Air secukupnya
 
Caranya
Rebus pasta dengan air hingga lembut. Toskan
Hiris bawang dan halia. Tumiskan dengan sedikit minyak.
Masukkan serbuk sup.
Masukkan ayam dan tumis seketika.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan kentang dan lobak merah.
Masak sehingga semua empuk dan lembut.
 
Sedia dihidang dengan masukkan pasta dan kuah dalam mangkuk kecil.
 

Mari mengemas

Cik Fiqah ~ selain suka berdiri di tepi-tepi bahagian rumah, suka juga 'mengemas'. Lebih-lebih lagi kalau masa mama dan akak Fina sibuk lipat kain. Ha, akak Fina telah dilatih untuk membantu saya melipat kain di awal usianya 3 tahun. Jadi, sekarang kalau masa saya lipat kain, dia dah boleh lipat baju sendiri dan baju adiknya. Oklah, walaupun tak boleh lipat betul-betul, tapi sekurangnya dia ada daya usaha untuk membantu saya. Touching juga mama nya bila anak dara sulung dah boleh belajar membantu. Harapnya bila dah besar Fina rajin tolong mama ya;)
 
Berbalik kepada Cik Fiqah, ini antara aksi-aksinya tengah sibuk berkemas semalam.

Ini baju akak fina, ini baju mama, ini baju baba, ini baju saya.....
 
Nak tolong kosongkan almari akak Fina lah.


Iye mama, kejap, saya tak mahu nenemlah..saya nak tolong mama ni kan...
 
Kalau 'mengemas' kain baju, saya ok lagi, tapi bab main selipar tu, memang tak boleh tahan. Macam Fina masa kecil. Teruja tengok selipar.. Tak percaya, tengok gambar bawah ini.
...
 
....
....
 
...
 
v
v
v
 
Mama, saya suka main selipar mama ini. Nak cuba pakai tapi besar sangat dari saiz kaki saya yang comel ni..
 


Light Cheese Cake

Sempena cuti-cuti yang terselit, satu hari kerja-satu hari cuti-selang rehat-selang keje- Jadi saya mencuba resepi yang teringin nak buat. Menggodek kek ini jadi rajin kalau semua bahan tersenarai dalam resepi ada dah kat dapur. Jadi senang, tak yah nak beli bahan-bahan lain di kedai.

Lepas bangun tidur di waktu hujan dan F&F sedap tidur, mama nya ke dapur dengan secepat mungkin untuk siapkan kek ini.

Kek dah siap untuk dibakar

Kek dah siap dibakar dan dipotong untuk dicuba.
 
 
Dah boleh masuk mulut!!!! Sedap dan mewah dengan rasa cheese.

Di sini saya kongsikan resepi yang saya gunakan. Hasilnya memang tidak mengecewakan bila dicuba. Cuma part paling agak renyah bila nak menghasilkan merigue daripada putih telur. Pastikan tiada air yang masuk ke dalam adunan dan pastikan pengadun dan bekas yang digunakan adalah kering. Selainnya resepi ini mudah untuk disediakan jika mengikut langkah yang diberikan satu persatu. 
 
Susu segar saya tukar kepada full cream milk ducthlady warna biru. Nak beli susu segar, banyak yang jual saiz 1 liter. Takut tak habis guna, jadi saya beli je susu kotak kecil sahaja. Kek ini lembab dan tidak kering sebab gunakan kaedah bain marie. Adunan akan naik ketika dibakar, dan turun apabila sejuk kerana kita tidak menggunakan serbuk penaik. Saya deco di atas kek menggunakan jem strawberry untuk menambahkan rasa masam sedikit. Kek ini tidak terlalu manis dan sesuai untuk penggemar cheese.

Light Cheese Cake
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
http://www.kongsiresepi.com/read/907/0/

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.


 

12 November 2012

Anak Tidak Mahu Minum Susu


Dua minggu lagi Fiqah akan genap 11 bulan. Sekarang Fiqah dah makin kenal orang. Bila jumpa orang yang dia tak kenal, dia taknak ditinggalkan. Ie : Jumpa nek yang dan tok yang di kampung. Tak tentu arah dia nak saya dan abang pegang. Cembeng-cembeng mulut nak nangis bila kena tinggal kejap. Tidak merayap terlalu jauh jika bukan di rumah sendiri. Kalau rumah sendiri, sekejap je tangga tu dia naik sampai ke anak tangga ke empat. Sekejap je sampai dapur. Baru belajar berdiri, panjat-panjat tepi sofa, tepi meja, tepi kerusi, tepi kaki mama, semua bahagian tepi lah.
Perubahan paling ketara ialah – REJECT EBM. Ingatkan hanya sehari dua sahaja, rupanya minggu lepas berterusan Fiqah tidak mahu minum susu di taska. Pengasuhnya hanya beri air kosong, dan bubur, memang banyak Fiqah makan. Saya cuba membuat ujikaji semasa cuti hujung minggu tempoh hari. Fiqah gigit-gigit puting botol tu, lepas tu terkebil-kebil tengok saya. Saya memang bagi masa dia baru bangun tidur. Bila tak berjaya, saya cuba pula letak dalam botol Tommie Tippi, gagal juga. Dia tak nak minum langsung.
Hari ini saya bekalkan juga, 2 botol EBM. Nak minta pengasuhnya cuba guna botol Tommie Tippi. Serta bekalan buah oren dan biskut. Manalah tau, terbuka hati Fiqah nak menyusu pula. Kalau tak berjaya juga, saya rasa saya nak buat resepi gunakan stok EBM sedia ada.  Sayang kalau susu yang saya pam tidak diminum oleh Fiqah dan bila dah lama nanti, kena buang pula. Jika Fiqah tetap refuse hisap botol, saya ingat nak bekalkan puri buahan dan sayuran. Kes Fiqah ini lebih kurang kes masa Fina kecil dahulu. Tetapi Fina tak nak EBM masa usianya setahun lebih. Cik Fiqah lagi awal, di usianya dekat 11 bulan. Saya tidak risau sangat jika Fiqah tidak menyusu, tetapi dia masih mahu makan dan minum di waktu siang. Maknanya, dia tidak kelaparan sewaktu saya tinggalkan di taska.  Waktu petang dan malam, bila dah jumpa saya, memang Fiqah akan kerap BF jika dibandingkan sebelum dia tak nak botol. Kalau dulu, malam dia hanya bangun sekali dua, sekarang, lebih kurang 3-4 kali semalam.
Pam di ofis? Saya masih teruskan untuk elakkan susu kering jika saya berhenti mengepam secara mengejut. Cuma yang saya perlu fikirkan sekarang ialah apa nak buat dengan stok susu yang dipam jika Fiqah sudah totally reject EBM. Baru-baru ini saya risaukan stok frozen yang makin berkurang, tiba-tiba jadi bertambah pula bila Fiqah dah tak nak minum EBM.   

Cuti

Saya suka cuti sekolah. Walaupun anak masih belum bersekolah, tetapi cuti sekolah amat membantu  perjalanan pagi saya yang lancar ke tempat kerja. Hari ini tidak perlu keluar seawal jam 6.45 pagi. Saya keluar jam 7.10 pagi, tetapi masih sempat tiba ke Putrajaya pada jam 7.45 pagi. Beza kan, lebih kurang setengah jam boleh sampai dari Semenyih ke Putrajaya jika jalan tidak sesak.

Cuti tersepit telah bermula, tapi saya tidak mengambil cuti minggu ini memandangkan hujung bulan nak cuti lama. Kat ofis ramai yang bercuti. Sunyi sedikit dari hari biasa.  Hari ini juga cuti peristiwa Taska Fina. Fina dijaga oleh babanya. Terima kasih abang. Dan Fiqah dihantar ke Taska seperti biasa. Ni ada cerita pasal cik Fiqah saya. Next n3 ya!
Sebelum itu saya kongsikan gambar Fina bertelekong hasil buatan makngah nya. Kalau minat nak tempah silalah roger makngah Fina.

 
Fina tak mau nakal duduk dengan baba hari ini ye. Nanti tengok cerita omen (ultraman), ora (dora), onder pet(wonder pets), arbi(barbie) kat rumah.

07 November 2012

Mamam

Fiqah nak makan buah, tapi mama suruh makan sendiri. Mama tak nak suap sebab mama sibuk nak masak untuk makan malam.
 
Takpelah, Fiqah cuba makan sendiri jer..Gigit-gigit-gigit guna 2 batang gigi bawah ini. Dapat rasa sikit.


Eh, sedap pula.. Mama, Fiqah dah pandai makan sendiri lah.

Cerita bab makan, semalam Fina hanya nak makan di taska. Dia tak nak menyusu pun. Ada sebotol lagi bekalan EBM yang tak habis. Yang lagi 3 botol, Fiqah tak nak juga. Itupun pengasuhnya buang sebab dah dipanaskan dan tak habis diminum oleh Fiqah. Bila bagi makan, ok je dia. Kali pertama Fiqah taknak minum susu di taska. Rasanya sakit gusi sebab nak tumbuh gigi. Bila balik dirumah, ok jer masa dia direct BF. Selalunya kalau sakit gusi, tak nak makan atau menyusu langsung. Hari ini nak tengok macamana. Fiqah nak diet ke Fiqah? Sibuk nak belajar makan sekarang, dah tak nak minum susu yang mama bekalkan.

02 November 2012

Fiqah 10 bulan

Sekejap jer blog bersawang. Tahap kerajinan makin berkurangan setelah hujung tahun. Entah bila rajin update pun tak tahu. Dah habis acara bercuti Hari Raya Haji di Terengganu. Tunggu hujung bulan pula untuk percutian keluarga di bumi kenyalang.

Fiqah sudah berusia 10 bulan. Amboi, makin cerdik acik Fiqah saya ini. Dah macam-macam perangai dia pandai buat tau. Memang tak duduk diam kat rumah, celik mata jer, ada sahaja benda nak dibuatnya. Paling digemarinya ialah merangkak satu rumah. Bila tengok saya kat dapur, dia pun ada kat dapur. Sekarang dah pandai berdiri dan pegang kaki saya suruh ambil dia. Pernah sekali, dia bangun pukul 3 pagi main sorang-sorang. Kawasan tangga memang kawasan yang menjadi pilihan hatinya. Kadang-kadang rasa macam nak dia jadi baby semula, senang, terlentang baring jer kat tilam tu tak leh gerak jauh. Mmmm..boleh gitu. Anak dah melasak, mamanya lah yang boleh kurus. Kejar anak, pantau anak, tengok anak buat apa. Gitulah, kudrat seorang ibu, bagaimana letih sekalipun, keluarga dan anak-anak menjadi keutamaan.


Antara perkembangan Fiqah di usianya 10 bulan.
  • Ada 2 batang gigi.
  • Pass lesen merangkak
  • Baru nak bangun, belajar berdiri.
  • Kuat makan, tak boleh suap dia lambat.
  • Asyik nak orang pegang dia.
  • Pandai panggil mamama, nenenen, babababa...
  • Makin faham percakapan orang.
  • Pandai minum guna cawan.
  • Suka main dengan akak Fina.
 
Alhamdulillah, Fiqah membesar dengan sihat dengan susu saya. Masih fully bf sehingga kini. Fiqah pun dah tau jadual hariannya, kalau di taska dia akan hisap susu guna botol dan bila saya ada dirumah waktu lepas kerja atau waktu cuti, dia akan direct bf dengan saya. Stok frozen EBM tinggal 7 botol sahaja. Saya akan gunakan bila waktu kecemasan. Contohnya, bila hujung minggu balik kampung, tak sempat buat stok bekalan hari Isnin, maka saya akan gunakan stok frozen. Saya sungguh berjimat dengan stok yang ada kerana tiada lebihan susu yang boleh disimpan untuk buat stok. Semuanya sekadar 'mencukupi'. Sejak Fiqah dah start makan, memang susu yang dipam waktu kerja berkurangan. Sehari saya pam 2x di pejabat hanya dapat 3 botol. Bekalan Fiqah masih kekal sebanyak 4 botol sehari. Jadi, saya akan pam jam 5.30 pagi setiap hari kerja untuk topup bekalan 1 botol yang tidak mencukupi.
 
Setakat ini, semuanya berjalan lancar. Cumanya Fiqah tidak kuat menyusu macam Fina dahulu. Bila baby kuat menyusu, sebenarnya ia amat baik untuk memperbanyakkan pengeluaran susu kita. Tapi, apapun saya masih berpegang dalam hati dan yakin bahawa apa yang ada, apa yang saya perolehi, itulah rezeki untuk Fiqah. Itulah yang akan mengenyangkan dan membesarkan Fiqah. Jika kita stress dengan nak output susu yang banyak, maka makin sikitlah susu yang keluar. Baik saya fikir positif dan pam susu dengan tenang. Sikit ke banyak, kitalah yang kena usahakan untuk menjadikan susu tersebut CUKUP untuk anak kita. Bagaimana caranya, hanya kita yang tahu dan lakukan pelbagai cara bagi merealisasikan impian penyusuan itu. Tiada yang mustahil jika kita tidak mengharapkan kejaiban semata-mata. Moga perjalanan penyusuan saya, anda dan kita semua dipermudah-Nya.


23 October 2012

F&F

Akak Fina dan adik Fiqah akan pulang ke kampung beraya haji di Terengganu tahun ini. Insyaallah, malam esok kami akan pulang ke kampung. Sudah tentu menu daging menjadi menu wajib setiap hari di rumah nenek dan tok ayah memandangkan tahun ini 2 ekor lembu akan dikorbankan.Alhamdulillah;)
 
Bila Fiqah dah pass merangkak, memang susah nak tangkap gambar bersama akaknya. Kalau gambar Fiqah ok, Fina pula tak ok, bila Fina possing, Fiqah pula bergerak. Agak sukar untuk mendapatkan gambar yang dua-dua berpossing baik depan camera. Lebih-lebih lagi, guna camera hfon saya yang tak berapa nak canggih ni. Lagilah gambar kejap kelabu, kejap terang. Ini antara gambar terbaru F&F. Dah seiras pula muka dua beradik ini. Cuma yang bezanya Fina rambut kerinting, Fiqah rambut lurus dan belum lebat rambutnya. Mata sepet sama, hidung kecil sama, mulut lain sikit. Fina ikut mulut babanya. Sejak Fiqah dah melasak ini, pandai bermain dengan akak nya.



2-3 hari ini sibuk main kuda-kuda dengan Fiqah. Bila adiknya nak tidur, dia sibuk suruh bangun nak main kuda-kuda. Fiqah naik belakang Fina, mamanya tukang pegang. Sampai melompat-lompat Fiqah suka. Bila main mainan, pandai main berdua. Memang tak sunyi rumah kalau 2 beradik ini bergurau senda. Fina sayangkan Fiqah, begitu juga mama dan babanya sayangkan mereka berdua.
 
Semoga saya menjadi anak yang baik, berbakti kepada orang tua dan begitulah juga doa saya agar anak-anak saya melakukan sedemikian tatkala saya dan abang tua nanti. Amin.
 

Tiramisu

Lama dah tak mencuba resepi baru. Kali ini saya cuba membuat tiramisu yang senang resepinya. Secara peribadi saya rasa selepas ini kalau saya buat kek ini, saya tidak perlu merendam biskut dalam bancuhan nescafe. Cukup hanya letakkan sedikit bancuhan air di atas biskut sebelum dilapisi dengan adunan cream cheese. Bila rendamkan dengan air nescafe, biskut cepat lembik dan rasa berair pula kek tersebut. Saya lebih suka rasa yang agak kering sebab bila dah dilapisi dengan cream cheese biskut akan lembut setelah disejukkan dalam satu bekas.
 
Apapun, rasanya tidak mengecewakan untuk percubaan kali pertama. Jika orang yang tak minat nescafe, boleh tukarkan kepada air milo untuk mendapatkan rasa coklat. Lebih sedap jika dimakan setelah disejukkan dalam peti ais semalaman.


Saya kongsikan resepi yang saya dapat dari MyResepi

Bahan-bahan
  • 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 150g gula halus (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
  • satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
  • serbuk koko utk hiasan
Cara-cara
  1. Tm1
    satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
     
  2. Tm3
    Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
     
  3. Tm4
    Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi beberapa lapisan. 

  4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan serbuk koko di atasnya ikut suka.              

12 October 2012

Port

Saya dah kuat dan laju merangkak. Bila mama ke dapur, saya ikut. Bila mama masuk bilik, saya ikut.  Bila mama nak keluar kat pintu luar, saya nak ikut juga. Saya jumpa 'sesuatu' di lantai, saya kuis dengan tangan. Cepat-cepat mama ambil saya, takut saya masukkan dalam mulut. Bila mama tak layan saya, selamba jer saya menangis suh ambil saya. hi2..

Saya dah pass lesen P!

Antara port kegemaran saya di rumah ialah bermain di kabinet tv. Sesekali, kepala saya kena cermin kabinet tv. Tapi saya tak rasa apa pun, sebab mama tak nampak saya. Kalau mama nampak, baru saya rasa sakit.


Sayalah model kabinet tv hitam menawan ini.
Port seterusnya saya suka main di bawah meja makan. Selalunya alas meja makan tu yang buat saya teruja. Silap-silap saya boleh masuk bawah meja sekali tau. Rasa macam best jer bila duduk kat celah-celah kaki kerusi.

Bilalah saya boleh duduk atas kerusi ni???
Ini pula port terbaru saya. Berdiri di tepi tangga. Tunggulah saya terror memanjat, saya nak naik kat tingkat atas dengan jayanya.
La..la...la...saya suka main kat sini...

05 October 2012

Hari Raya 2012

Fina tengah makan biskut raya depan rumah nenek.
 
Sebelum Raya Haji menjelang, lebihlah baik update n3 mengenai Raya Aidilfitri tahun ini.  Seminggu kami di kampung, sempat berbuka puasa 2 hari di Terengganu. Kali ini tak berjalan sangat, pergi beraya di rumah jiran, ke rumah akak ipar, mak saudara dan ke kenduri kahwin di bandar. Tak beraya ke Kelantan pun seperti raya-raya sebelumnya. Saya pun tak tahu kenapa tak raya ke Kelantan tahun ini. Mungkin baba F&F ada jawapannya. 
 
Fiqah dan baba di pagi raya.
Tahun ini adik beradik abang yang berkumpul di pagi raya ialah keluarga abang ngah dari Johor, Azli dari Johor juga, Nurul dan Fida dari KL, Dik Yie duk Kuantan, Azira duk Terengganu dan juga Anas yang memang duk kampung. Keluarga Kak Ti Setapak yang tak balik tahun ini. Jarang-jarang sekali dapat berkumpul 13 orang adik beradik abang sekali gus di pagi raya. Ada yang balik selepas beraya di rumah mertua.
 
Dengan keluarga abang ngah dan juga Ciksu Fida. Anak-anaknya semua girl2.


Bergambar pula dengan Ciksu Fida.
 
Tengahari raya, Aiza dan Pokne pula yang beraya di rumah mak. Adik ipar yang duduk di Pasir Mas -Ita, balik raya ketiga. Bolehlah Fina main dengan akak Umairah dan abang Hakam.
Abang long dan keluarga yang duduk di Pasir Tumbuh Kelantan balik setelah beberapa hari raya. Jadi sempatlah berjumpa dengan adik beradik belah abang semua, kecuali Kak Ti yang beraya di Gombak.

Bersama Acik Ita, Makteh Ira, Hakam dan Umairah
 
 
Fiqah bersama Makteh Ira, nenek dan abang Hakam.
Jumaat sebelum balik ke Semenyih, paginya keluar bersama ipar-ipar Kak Na, Nurul dan Fida. Ira yang drive kereta. Kami ke pasar tani pantai Penarik dan bawa Fina yang sibuk nak tengok laut. Sebelum balik, singgah makan udang goreng tepung di kedai tepi pantai. Dan pergi ke rumah adik Kak Na yang duduk berhampiran area jalan pantai tersebut. Lebih kurang pukul 2 lebih kami semua balik ke rumah. Petangnya selepas Asar kami sekeluarga bertolak balik ke Semenyih dan singgah beraya di rumah kawan abang yang sama belajar masa di KUSZA dulu. Kira jejak kasih setelah bertahun tak jumpa. Kalau tak silap di area Bukit Payung. Tak lupa, acara wajib ialah membeli keropok lekor dan keropok keping untuk dibawa balik. Singgah kedai tepi jalan sahaja. Dah lama tak bershopping di Pasar Payang bila balik kampung, lebih-lebih lagi kalau lalu Lebuhraya Pantai Timur. Bila free bernasib baik barulah encik suami ingin melayan isterinya bershopping.

Makde dan Fina berpossing tengah panas di tepi pantai.

Begitulah sedikit cerita raya di Terengganu yang ingin dikongsikan. Insyaallah, Raya Haji ini kami akan pulang berhari raya di Terengganu. Dan doakan mak mertua saya cepat sembuh daripada penyakit. Minggu lepas kami pecahkan rekod balik ke Terengganu
Balik ke sana Sabtu pagi dan pulang semula ke sini Ahad petang. Nasib baik F&F tidak meragam dalam kereta. Pulang untuk melihat mak yang tidak sihat dan alhamdulillah, mak beransur pulih minggu ini.
 

01 October 2012

Fiqah 9 bulan

Cik Fiqah saya dah genap 9 bulan. Minggu lepas ke Klinik Desa Rinching untuk checkup. Kali ini hanya untuk timbang sahaja. Tiada suntikan yang perlu diambil untuk baby berusia 9 bulan. Alhamdulillah, Fiqah membesar dengan sihat. Walaupun tidak se'bambam' Fina masa kecil, tapi Fiqah jarang sakit dan jarang meragam. Cumanya sejak dah kenal orang, memang tak boleh tinggalkan dia seorang. Mesti nak berpegang atau nak berteman bila duduk kat rumah. Kalau tinggal, menangis lah jawabnya.
 
Fiqah baru sembuh daripada demam panas minggu lepas. Jumaat malam panas sangat badannya, nasib baik esoknya demam dah kebah. Rasanya ini kali kedua Fiqah demam. Dan penyebab dia demam sebab nak tumbuh gigi. Fiqah dah ada 2 batang gigi belah bawah. Dah pandai merangkak dan bermain-main dengan akak Fina nya.

Fiqah: Tepi sikit akak fina, mama nak tangkap gambar Fiqah ni..
Fina : Mama, baby buat akak ina...

Timbang tempoh hari berat Fiqah dah 8.2 kg. Masih fully bf dan kuat makan. Tak boleh tengok orang makan. Mesti buat muka 'terliur' dia. Alahan kulitnya dah hilang, cuma bila kene gigit nyamuk memang berkesan kulit dan lambat hilang. Pandai lambai tangan bila suruh bye-bye. Boleh sebut mamama-bababa-attata. Lebih kurang 3 bulan lagi nak cukup setahun dah Fiqah.  Akak Fina pula masuk empat tahun. Cepat-cepat-cepat sungguh masa berlalu. Harapnya saya tidak terlepas merakamkan saat-saat istimewa melihat F&F membesar dari saat mereka kecil yang rasanya bagai pantas waktu meninggalkan saya dengan kenangan bersama mereka.

19 September 2012

Stok EBM kurang????

Stok frozen EBM setakat Sept 2012

Hampir genap 9 bulan usia Fiqah. Dan hampir KURANG stok frozen EBM dalam peti ais. Bekalan harian Fiqah di taska masih kekal sebanyak 4 botol sehari. Walaupun Fiqah makan 3 kali di taska, namun susu yang dibekalkan, tetap dihabiskan dengan jayanya. Seperti biasa, bila anak dah start makan, susu yang dipam setiap hari akan berkurangan secara semulajadi. Ini berlaku pada diri saya. Kalau dulu dapat 4-5 botol sehari, sekarang hanya 3 botol sehari.
 
Memandangkan bulan puasa tempoh hari saya telah menggunakan stok frozen EBM tanpa 'refill' semula stok baru, jadi stok memang sangat-sangat kurang. Mula minggu lepas saya berusaha untuk menjadualkan semula dan merajinkan diri mengepam di malam hari. Cukup untuk refill satu botol sehari, maka stok akan sentiasa ada dan dapat dijana dengan baik pengendalian masuk dan keluarnya. Percubaan mengepam di waktu malam hari sewaktu anak-anak dan suami tidur dengan lenanya ialah cabaran utama untuk saya yang memang tak minat berjaga malam mengepam susu. Tapi sebab nak bekalan susu mencukupi dan berada dalam keadaan selamat, saya gagahkan juga. Percubaan pertama menunjukkan hasil menghampakan. Dapat 1oz sahaja. Nampak sangat mindset nak tidur, mana lah susu nak keluar.
 
Kemudian, percubaan diteruskan pam sebelum tidur jam 10 malam. Cuma kadang-kadang bila dah Fiqah tersedar saya tiada, dia akan menangis. Jadi susah untuk tumpukan pada proses pumping. Minggu ini saya cuba untuk pam jam 5.30 pagi. Perubahan yang berkesan dan boleh diamalkan. Lagipun masa tersebut Fiqah dah kenyang menyusu dan saya boleh terus bangun pagi untuk bersiap ke tempat kerja pula. Sekurang-kurangnya saya kena dapatkan sebotol sahaja untuk refill stok yang sedia ada. Alhamdulillah, berjalan lancar setakat ini. Dan harapnya susu dan bekalan susu mencukupi untuk Fiqah.  

Fiqah tinggal 1 tahun 3 bulan lagi untuk capai target fully bf dengan mama.
Mungkin juga dengan kemeriahan juadah hari raya, open house raya, jamuan ofis raya, saya terlupa untuk makan makanan yang memperbanyakkan susu. Jadi, makanan seharian perlu dijaga untuk mengekalkan pengeluaran susu. Dan teringin untuk berurut  agar urat-urat susu melancarkan peredaran susu dalam badan. Nak kena cari tukang urut selepas ini.
 

18 September 2012

Gigi Sulung


Kongsi gambar mulut sedikit terbuka memberi maksud yang Fiqah dah tumbuh gigi sulung! Memecahkan rekod akak Fina yang LAMBAT ada gigi. Ha2..Baru tumbuh sebatang gigi belah bawah. Patutlah kuat gigit. Rupanya gusi gatal. Mamanya merasakan pengalaman bersama anak kedua begitu cepat berlalu pergi jika dibandingkan dengan pengalaman membesarkan anak pertama. Namun setiap 'moment' itu ingin diabadikan di dalam ingatannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails