Fiqah 10 bulan

Sekejap jer blog bersawang. Tahap kerajinan makin berkurangan setelah hujung tahun. Entah bila rajin update pun tak tahu. Dah habis acara bercuti Hari Raya Haji di Terengganu. Tunggu hujung bulan pula untuk percutian keluarga di bumi kenyalang.

Fiqah sudah berusia 10 bulan. Amboi, makin cerdik acik Fiqah saya ini. Dah macam-macam perangai dia pandai buat tau. Memang tak duduk diam kat rumah, celik mata jer, ada sahaja benda nak dibuatnya. Paling digemarinya ialah merangkak satu rumah. Bila tengok saya kat dapur, dia pun ada kat dapur. Sekarang dah pandai berdiri dan pegang kaki saya suruh ambil dia. Pernah sekali, dia bangun pukul 3 pagi main sorang-sorang. Kawasan tangga memang kawasan yang menjadi pilihan hatinya. Kadang-kadang rasa macam nak dia jadi baby semula, senang, terlentang baring jer kat tilam tu tak leh gerak jauh. Mmmm..boleh gitu. Anak dah melasak, mamanya lah yang boleh kurus. Kejar anak, pantau anak, tengok anak buat apa. Gitulah, kudrat seorang ibu, bagaimana letih sekalipun, keluarga dan anak-anak menjadi keutamaan.


Antara perkembangan Fiqah di usianya 10 bulan.
  • Ada 2 batang gigi.
  • Pass lesen merangkak
  • Baru nak bangun, belajar berdiri.
  • Kuat makan, tak boleh suap dia lambat.
  • Asyik nak orang pegang dia.
  • Pandai panggil mamama, nenenen, babababa...
  • Makin faham percakapan orang.
  • Pandai minum guna cawan.
  • Suka main dengan akak Fina.
 
Alhamdulillah, Fiqah membesar dengan sihat dengan susu saya. Masih fully bf sehingga kini. Fiqah pun dah tau jadual hariannya, kalau di taska dia akan hisap susu guna botol dan bila saya ada dirumah waktu lepas kerja atau waktu cuti, dia akan direct bf dengan saya. Stok frozen EBM tinggal 7 botol sahaja. Saya akan gunakan bila waktu kecemasan. Contohnya, bila hujung minggu balik kampung, tak sempat buat stok bekalan hari Isnin, maka saya akan gunakan stok frozen. Saya sungguh berjimat dengan stok yang ada kerana tiada lebihan susu yang boleh disimpan untuk buat stok. Semuanya sekadar 'mencukupi'. Sejak Fiqah dah start makan, memang susu yang dipam waktu kerja berkurangan. Sehari saya pam 2x di pejabat hanya dapat 3 botol. Bekalan Fiqah masih kekal sebanyak 4 botol sehari. Jadi, saya akan pam jam 5.30 pagi setiap hari kerja untuk topup bekalan 1 botol yang tidak mencukupi.
 
Setakat ini, semuanya berjalan lancar. Cumanya Fiqah tidak kuat menyusu macam Fina dahulu. Bila baby kuat menyusu, sebenarnya ia amat baik untuk memperbanyakkan pengeluaran susu kita. Tapi, apapun saya masih berpegang dalam hati dan yakin bahawa apa yang ada, apa yang saya perolehi, itulah rezeki untuk Fiqah. Itulah yang akan mengenyangkan dan membesarkan Fiqah. Jika kita stress dengan nak output susu yang banyak, maka makin sikitlah susu yang keluar. Baik saya fikir positif dan pam susu dengan tenang. Sikit ke banyak, kitalah yang kena usahakan untuk menjadikan susu tersebut CUKUP untuk anak kita. Bagaimana caranya, hanya kita yang tahu dan lakukan pelbagai cara bagi merealisasikan impian penyusuan itu. Tiada yang mustahil jika kita tidak mengharapkan kejaiban semata-mata. Moga perjalanan penyusuan saya, anda dan kita semua dipermudah-Nya.


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu