Light Cheese Cake

Sempena cuti-cuti yang terselit, satu hari kerja-satu hari cuti-selang rehat-selang keje- Jadi saya mencuba resepi yang teringin nak buat. Menggodek kek ini jadi rajin kalau semua bahan tersenarai dalam resepi ada dah kat dapur. Jadi senang, tak yah nak beli bahan-bahan lain di kedai.

Lepas bangun tidur di waktu hujan dan F&F sedap tidur, mama nya ke dapur dengan secepat mungkin untuk siapkan kek ini.

Kek dah siap untuk dibakar

Kek dah siap dibakar dan dipotong untuk dicuba.
 
 
Dah boleh masuk mulut!!!! Sedap dan mewah dengan rasa cheese.

Di sini saya kongsikan resepi yang saya gunakan. Hasilnya memang tidak mengecewakan bila dicuba. Cuma part paling agak renyah bila nak menghasilkan merigue daripada putih telur. Pastikan tiada air yang masuk ke dalam adunan dan pastikan pengadun dan bekas yang digunakan adalah kering. Selainnya resepi ini mudah untuk disediakan jika mengikut langkah yang diberikan satu persatu. 
 
Susu segar saya tukar kepada full cream milk ducthlady warna biru. Nak beli susu segar, banyak yang jual saiz 1 liter. Takut tak habis guna, jadi saya beli je susu kotak kecil sahaja. Kek ini lembab dan tidak kering sebab gunakan kaedah bain marie. Adunan akan naik ketika dibakar, dan turun apabila sejuk kerana kita tidak menggunakan serbuk penaik. Saya deco di atas kek menggunakan jem strawberry untuk menambahkan rasa masam sedikit. Kek ini tidak terlalu manis dan sesuai untuk penggemar cheese.

Light Cheese Cake
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
http://www.kongsiresepi.com/read/907/0/

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.


 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu