Posts

Showing posts from March, 2013

Bersama

Image
Akak Fina dengan Fiqah banyak meluangkan aktiviti bersama. Maklumlah, itu sahaja kawannya di rumah. Kadang-kadang baik sangat mereka berdua, kadang-kadang duduk dekat pun tak boleh. Fiqah pun dah makin faham apa orang cakap. Jadi bila akaknya marah dia, dia selamba je lawan balik. Dengan gaya bahasa baby lah. Comel dan terasa riuh rumah dengan suara anak-anak. Dan akak Fina masih mengekalkan reputasinya sebagai seorang yang manja daripada adik. Tak boleh adik lebih sikit.   Share gambar dua beradik ini tengah bermesra;) Hisap botol bersama. Fiqah tu, bila tengok akaknya hisap botol, dia pun nak. Padahal bukan dia minum sangat pun. Habis tumpah ke baju. Mamanya isilah air sedikit untuk melayan kerenahnya. Kalau tak, berebut dengan akak Fina.   Sama tak rupa kami???? Possing gedik-gedik pula. Yeay! dah habis, possing gaya bebas..   Banyak lagi aktiviti bersama mereka berdua. Paling selalu ialah main air bersama. Dua-dua suka berendam dalam bilik air. Selain itu me

Kidz Paradise Mines

Image
Awal bulan ini saya sekeluarga berkunjung ke Kidz Paradise di The Mines Sri Kembangan. Memandangkan abang bekerja di sebelah paginya, jadi kami ke Mines waktu petang. Seronok Fina dan Fiqah bermain, cuma mungkin cuti hujung minggu memang ramai orang sangat. Sampai satu tempoh, kaunter tu tutup untuk kemasukan pengunjung yang lain. FULL HOUSE.  Lbih kurang 4 jam Fina dan Fiqah beriadah di Kidz Paradise. Sampai dalam kereta, dua-dua tidur keletihan.   Tiket kalau tak silap harganya RM30, kalau ada offer di GROUPON dapatlah RM10 untuk seorang kanak-kanak. Boleh ditemani seorang penjaga. Jadi mak ayah pun boleh join sekaki lah main-main dalam tu. Best tu, terutamanya bab main pasir moden. Memang tak jumpa masa zaman saya kecil-kecil dahulu. Cuma kalau datang ke sini, kena pakai stokin. Kalau tak bawa, boleh dibeli di kaunter dengan harga RM4.   Secara peribadi, kawasannya ok, tak luas sangat, anak-anak seronok main, cuma kalau boleh pergi masa tak pack sangat. Kalau ramai sangat

Berjalan

Image
Dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa adik saya, baby Fiqah dah pandai jalan..Fuiyooo...pecah rekod saya mama cakap. Saya dulu pandai jalan 1 tahun 1 bulan. Fiqah pandai jalan 1 tahun 2 bulan setengah . Saya rajin pimpin tangan Fiqah bila dia berjalan. Syabas saya ucapkan. Lepas ini boleh kita jalan dan berkejaran sama-sama ya.

Anniversary ke-6

Image
  Ye, saya dan abang memiliki dua perwatakan yang berbeza. Saling lengkap melengkapi, saling kenal mengenali, saling berusaha untuk membina sebuah rumah tangga yang barakah mawadah dan warrahmah. Perbezaan itulah yang melengkapi bahtera rumahtangga kami satu sama lain. Menerima cinta daripada seorang suami yang ditakdirkan untuk saya. Menjadi bapa kepada anak-anak saya. Sudah tentu saya salah seorang insan bertuah yang memiliki nikmat keluarga yang dikurniakan oleh Allah. Moga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga-Nya. Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-ENAM. 10 Mac 2007 - 10 Mac 2013  

1 Tahun 2 bulan ++

Image
Saya belum boleh berjalan sepenuhnya lagi. Bila rajin, saya jalan, bila malas saya merangkak sahaja. Saya rasa bila saya berjalan, badan saya bergoyang-goyang, terhoyong hayang. Bapp..jatuh terduduk. Sakit okay. Mama dengan akak Fina suka sorak di rumah bila saya cuba berdiri - TATIH..TATIH..TATIH..bersemangat saya bila dengar perkataan itu.   Seterusnya, saya memang suka makan. Itu memang hakikat yang tidak boleh dinafikan. Terpesona sungguh saya dengan makanan. Sekarang saya suka suap makanan sendiri. Kalau time makan, mesti mama sediakan satu pinggan/mangkuk/sudu untuk saya guna sendiri. Kadang-kadang habis bersepah, tapi saya suka belajar makan sendiri. Seronok;)   Akak Fina suka mewarna sejak dia sekolah. Saya pun apa  lagi, join sekaki. Bila akak Fina menulis dan mewarna, saya pun nak cuba. Tapi saya suka tulis di atas lantai rumah. Baru nampak cantik. Semalam saya tertulis tahi lalat di pipi. Tergelak mama tengok muka saya. Belum lagi tengok kat tapak tangan saya

Red Velvet

Image
  Cuti hujung minggu rasa tekak teringin sangat nak makan red velvet. Resepi dah lama simpan kat rumah, cuma percubaan nak membuatnya belum tertunai lagi. Sempena meraikan bulan Mac sebagai bulan ulangtahun perkahwinan saya yang ke-6, jadi saya buat kek red velvet ini. Versi kukus. Walaupun saya tahu abang bukan peminat kek, tetapi itu bukan penghalang untuk saya meneruskan misi. Fina pun tidak menggemari creamcheese yang dilepa atas kek. Kali ini saya dengan Fiqah yang menikmati kek tanpa persaingan.hi2.. Inilah hasilnya. Simpan di peti ais dulu untuk mengelakkan creamcheese cair.  Simple deco   Kepingan red velvet yang telah siap dipotong Memasak ini sama juga dengan hobi yang lain. Tunggu mood datang baru tiba-tiba jadi rajin. Kalau tak sampai mood, sampai sudah terperap jer resepi dalam laci kabinet dapur.   Happy Anniversary abang.. Moga cinta kita sentiasa mekar berseri semerah red velvet yang abang makan sepotong sahaja itu..hi2.. Alhamdulillah, dicipt

30 an

Kegemaran saya di usia 30an, di samping sibuk menjalani rutin harian dari aspek kerjaya dan keluarga, saya cuba untuk memberi ruang kepada diri sendiri. Melakukan apa yang diminati, mencari apa yang diredhai dan tentunya melakukan sesuatu untuk kegembiraan sendiri. Mukadimah punya guna ayat berbelit-belit, sebenarnya nak cerita kegemaran terkini;) Mencari tempat-tempat yang sesuai untuk melancong. Kalau tak boleh pergi jauh, bawa anak-anak ke waterpark di hujung minggu boleh diambil kira. Untuk penjimatan cadangan saya boleh google di website groupon atau livingsocial untuk membeli kupon/vaucer dengan harga yang berpatutan. Tapi kena alert, percutian di hujung minggu lain syaratnya. Mungkin terpaksa menambah caj lain kerana selalunya harga promosi hotel adalah untuk hari-hari biasa sahaja .   Mencari tempat peranginan persekutuan (BPH) yang memang harganya amatlah memuaskan hati. Cuma masalah utama, booking di rumah kerajaan ini selalu penuh dan kena booking awal. Ibarat