Posts

Showing posts from 2016

Fiqah - Tadika Islam Al-Qausar

Image
Alhamdulillah, Fiqah telah habis sesi pembelajarannya di usia 5 tahun di Tadika Islam Al-Qausar. Terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik Fiqah selama ini. Pencapaian akademik Fiqah di tahap memuaskan. Cuma dia jenis yang tak suka bercakap dalam kelas. Bila keluar je dari pagar sekolah, kuat suara dia bercakap dengan mam a. Kalau kat sekolah, suaranya sampai paras halkum aje. Majlis Graduasi Tadika telah diadakan di UPM pada bulan November yang lalu. Fiqah telah dianugerahkan sebagai Pelajar Sahsiah Terbaik kategori 5 tahun. Untuk acara persembahan kelas Fiqah telah buat persembahan nyanyian lagu Ibu. Tersentuh hati dengar lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak tersebut.  Acara Sukaneka selesai diadakan awal November di padang Futsal berdekatan dengan taman perumahan kami. Masa tu Fiqah masih demam. Hadir juga paginya sebab nak dia sertai acara sukaneka bersama kawan-kawan. Fiqah masuk 2 acara  dan menang tempat pertama bagi acara kutip gula-gula dalam

Gigi Patah

Image
  Wajah terbaru Fina tanpa gigi sebatang yang patah 2 minggu lepas.  Fina lambat tukar gigi susu kerana masa dia baby, gigi dia tumbuh bila dia usia setahun lebih. Dah darjah 2, baru 3 batang gigi yang patah. Masa mula-mula gigi dia patah saya cakap muka kak fina dah macam rupa nenek tua. Marah dia..ha2.. Esoknya dia beli gigi PURPLE bawa balik kat rumah lepas sekolah.....Sabar jer lah, nak marah pun tak jadi sebab tengok muka dia pakai gigi purple. Ntah mana dia dapat idea beli gigi purple ni pun saya tak tahu. Anak...anak.... Nikmatilah zaman kecilmu sebelum kamu menjadi dewasa!

Majlis Pernikahan Cik Su

Image
Cuti Raya Haji dan cuti sekolah pertengahan September 2016 yang lepas, telah berlangsung kenduri bagi meraikan majlis pernikahan adik ipar bongsu saya di Setiu Terengganu. Lepas kenduri ini, tinggal seorang sahaja adik abang yang belum berkahwin, yang lain semua dah selamat. Yang ini adik bongsu perempuan dalam family abang - Fida atau dipanggil Cik Su oleh anak-anak buah. Bertemu jodoh dengan kawan sekolahnya dan orang sama negeri. Majlis pernikahan diadakan pada pagi Sabtu, dan seterusnya majlis kesyukuran untuk meraikan tetamu  pada hari yang sama. Tak banyak gambar yang saya dapat ambil memandangkan Fittriah yang tak sihat sebab muntah-muntah. Habis semua isi perut dia keluar, dapat minum air sahaja tapi keluar air semula ;( Baju kedondong untuk majlis pun habis kene muntah.  Ada candy buffet untuk anak-anak di depan meja makan beradap. Sekejap jer dah licin sebab kena serbu dengan anak-anak buah yang ramai. Ramai tetamu yang datang meraikan pengantin dan tak putu

Hari Lahir

Image
Alhamdulillah..... Sudah masuk ke penghujung September 2016. Bulan ini ulangtahun kelahiran saya yang ke 34 tahun. Doa dan harapan saya moga Allah berikan keberkatan dalam kehidupan saya, diberi kesihatan, rezeki dan hidup bahagia bersama insan-insan tersayang dalam perjalanan seterusnya.. Syukur saya dijodohkan dengan suami  yang membimbing saya menjadi insan yang baik dan belajar menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Mudahan kasih sayang kami kerana Allah ini dirahmati dalam melayari bahtera rumah tangga bersama 3 puteri amanah dari-Nya. Amin. Seperti biasa, tiada suprise daripada suami tercinta..ha2..sebab saya tau jenis orangnya adalah begitu. Cuma tahun ini saya diberi hadiah sebagai tanda ingatan daripada bos-bos dan kawan-kawan di pejabat. Hadiah terawal daripada ex-bos yang dah pindah ke Mahkamah.  Sekeping kad ucapan, ole-ole daripada Swisszerland/London dan kiriman sampul hari raya berisi wang.  Lebih kurang 3 tahun saya bekerja  di bawah beliau, seorang yang isti

Taman Rama-Rama

Image
Awal Ogos yang lepas, abang ajak kami sekeluarga berjalan ke Taman Rama-Rama Ayer Keroh, Melaka. Ini kali pertama kami ke Taman ini. Walaupun kampung saya di Melaka, tempat yang kerap kami pergi daripada saya kecil ialah Zoo Melaka ;). Mulanya cadang nak pergi Taman Buaya, tapi kami tukar pilihan ke Taman Rama-Rama sebagai destinasi beriadah bersama keluarga kali ini. Dalam taman ini bukan setakat terdapat rama-rama sahaja, tetapi ada juga haiwan reptilia seperti burung, iguana, buaya, ikan, ular, labah-labah, kura-kura dan beberapa spesis haiwan yang lain. Fittriah masa awal sampai dia tidur sambil didukung oleh babanya. Dah separuh jalan, baru dia bangun dan terkejut tengok haiwan. Paling dia cemas bila bawa dia masuk ke rumah rama-rama. Dalam tempat tu, rama-rama berterbangan sekeliling kawasan yang dikepung. Kita akan berjalan lalu di situ sambil rama-rama bebas bergerak. Fittriah ni hati kecik, tengok semut pun dia takut sangat. Fina dan Fiqah yang paling happy bil

Shopping barang 3F

Image
Kali pertama shopping di Lazada. Lama dah saya tinggalkan hobi shopping online sejak dah tak beli barang-barang breastfeeding untuk Fittriah. Pam pun dah simpan dalam almari ;) Seingat saya, selepas itu saya shopping online di Aqeela Muslimah dan Balqisya untuk baju. Sumbangan duit raya yang 3F dapat tempoh hari saya gabungkan dan bahagi sama rata untuk masukkan dalam akaun Tabung Haji mereka. Selebihnya saya survey  barang-barang yang sesuai untuk aktiviti mereka bersama di rumah. Batal hasrat pertama nak beli tab bila dah baca pro  & kontranya. Jadi saya pilih 4 barang ini untuk lekatkan duit raya 3F tahun ini : Khemah princess 1 - Khemah Princess Khemah ini tinggi sikit jer daripada Fittriah. Fiqah letak tilam kecil sebagai alas di bawah dan susun anak patung kecil di tepi-tepi khemah. Ini tempat mereka bermain pondok-pondok ;)  3 orang sekali berbaring dalam tu sambil borak-borak. Fiqah cakap ini rumah ika. Bila hujung minggu saya suruh dia kemas rumah dia, dia ak

Alahan Makan

Image
Fiqah ~ anak kedua saya. Semenjak dia berusia 5 tahun susah sangat nak tengok dia makan banyak. Kalau makan malam, kadang-kadang babanya suap baru dia nak makan. Kalau tak paksa, memang tak makan lah dia. Makan lauk sahaja, tak nak makan nasi. Selalu dia akan cakap, ika dah kenyang makan kat sekolah, pastu buat bunyi sendawa ..burrpp . Suka makan makanan ringan- keropok ikan, sumi, gula-gula, ayam goreng. Buah kalau ada stok kat rumah dia akan makan, itupun bukan selalu mamanya beli stok buah. Anggur atau epal dia suka. Mata kucing dan rambutan pun dia suka sangat. Fiqah lah paling slim antara 2F yang lain. Semalam baba beli durian, sebiji jer, dia dah lama tak makan durian sejak dia muntah teruk lepas makan durian time kecik. Last cuti awal bulan ini, dia ada makan aiskrim durian masa atuk beli kat kampung. Elok jer tak muntah, jadi semalam bagilah dia makan sebab kesian tengok dia terkulat jer orang lain dapat makan. Fittriah memang tak makan durian. Yang ini dia

Hari Sukan KAFA

Image
Tahun kedua Fina menyertai Hari Sukan Sekolah KAFA. Paginya hujan lebat dan basah padang. Kasut sekolah penuh lumpur dan tanah, tapi tak apalah, bukan selalu boleh main becak kan. Kali ini saya datang satu keluarga meraikan Hari Sukan KAFA. Tahun lepas hanya abang sahaja yang teman Fina. Pagi acara dimulakan dengan Perbarisan Rumah-Rumah Sukan, nyanyian lagu Negaraku, Selangor, lagu KAFA dan bacaan doa. Fina masuk acara bawa bola ping pong dalam sudu . Rumah sukan dia warna Merah. Fina dengan kawan kelas & adik-adik. Makan ayam goreng favourite dia. Acara bawa bola ping pong dalam sudu. Pukul 10 lebih acara sukan Fina habis. Dapat tempat ketiga, lepas dapat hadiah kami pun pulang ke rumah sebab cuaca dah panas. Minggu seterusnya ada Jamuan Hari Raya di KAFA dan sekolah kebangsaan. Suka sangat Fina dapat pakai baju raya pergi sekolah;)

Hari Raya Aidilfitri 2016

Image
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meraikan Aidilfitri ini bersama keluarga dan insan tersayang dalam hidup. Tahun ini turn beraya di Terengganu. Kami balik awal 5 hari sebelum tarikh Hari Raya disambut. Hajatnya nak berbuka puasa di kampung bersama keluarga mertua di sana. Raya ini, kali pertama abang cadangkan untuk balik kedua-dua belah kampung. Itu pun kerana turn Raya Haji nanti kami akan pulang ke Terengganu seminggu untuk meraikan Majlis Pernikahan adik bongsu perempuan abang saya dan terus meraikan Hari Raya Haji di sana.  Menu Raya hasil air tangan ibu mertua tahun ini ialah Nasi Dagang Terengganu dan sudah tentu lauknya gulai ikan aya. Selain itu menu wajib ialah ketupat daun palas dan juga tapai. Bergambar di pagi raya adalah satu perkara yang masih mencabar. Ha2, susah betul nak suruh anak-anak berpossing dengan sopan santun.  Jadi gambar ini sahaja yang berjaya dirakamkan. 1 Syawal 1437H Fina-Fiqah-Fittriah pagi raya Petangnya selepas Asar ka

Klinik Gigi

Image
Jumaat lepas ada perjumpaan dengan guru kelas Fina untuk ambil report kad. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan Fina kali ini ada peningkatan dari segi peratus mata pelajaran. Fina dapat nombor 8 daripada 30 orang murid dalam kelasnya. Dah alang-alang bercuti, saya bawa Fina dan Fiqah untuk buat rawatan gigi di Klinik Kesihatan Kajang. Ini kali pertama Fina dan Fiqah jumpa doktor gigi. Itupun sebab saya risau tengok gigi Fina yang telah tumbuh di gusi bawah sebelum gigi susunya patah. Ada sebatang jer gigi susu yang dah patah. Itupun berminggu gigi goyang baru dia nak cabut sendiri. Bila saya nak cabut, dia cakap tak tahan sakit. Dua gigi kekal tumbuh di belakang gigi susu di belah bawah. Jadi gigi tu akan senget atau bertindih kalau tak dicabut segera.  Gigi susu patah satu, tumbuh gigi kekal di belakang gigi susu. Tak ramai pelanggan yang tunggu giliran untuk dapatkan rawatan gigi di Klinik Kesihatan Kajang pagi itu. Mungkin selalunya pelanggan akan datang kalau gigi dah sak

Fittriah

Image
Semasa balik kampung untuk Majlis Tunang Acu 3F awal bulan ini, Fittriah kena demam. Dalam tempoh demam panas satu hari, lepas tu naik bintik-bintik pada kaki, lutut, tangan dan dalam mulut dia. Yang paling sedihnya, dia tak boleh makan atau minum dan tak nak bf sebab berbelas ulser dalam mulut dia. Memang 2 hari di kampung Fittriah asyik menangis aje. Dia kuat makan, bila nak makan masuk mulut, dia rasa pedih tu yang buat dia fobia nak makan. Kempis kejap perut dia. Saya dan abang bergilir cuti untuk jaga Fittriah. Kami pergi ke Klinik di kampung dan doktor bagi ubat antibiotik, ubat demam, ubat minum untuk gatal dan ubat sapu di badan dan dalam mulut. Seharian dia tak nak makan dan asyik tidur sahaja sepanjang perjalanan dari kampung ke rumah. Bila bangun, haus sangat baru dia nak minum guna botol. Mulut bengkak sebab penuh ulser masa kenduri tunang acu. Nak tangkap gambar pun menangis. Selepas hampir seminggu baru dia pulih sepenuhnya. Sekarang kemaruk kuat makan dan

Tahniah Acu dan Ciksu

Image
1 Mei 2016, adik saya Yana telah selamat bertunang - 3F panggil dia ACU. Hari sebelumnya adik ipar iaitu adik bongsu perempuan suami saya Fida pun telah selamat bertunang - 3F panggil dia CIKSU. Sorry Ciksu tak dapat balik ke Terengganu. Insyaallah cuti 31 Ogos nanti kami pulang untuk meraikan majlis pernikahan dan perkahwinan Ciksu ya. Tahniah untuk kedua-dua adik saya. Moga dipanjangkan jodoh dan selamat menempuh alam baru.  Majlis pertunangan Yana telah diadakan di rumah mak saudara saya yang kami panggil Mektam di Melaka. Turut diadakan kenduri tahlil untuk arwah abah yang telah genap menghadap Illahi pada April yang lalu. Al-Fatihah . Kami adik beradik membantu mana yang termampu. Saya part buat hantaran tunang. 5 dulang berbalas 3, 4 dulang saya deco - cupcakes, coklat, balang biskut, buah-buahan, yang sirih junjung tu minta tolong bapa saudara buatkan. Tema purple dan pink. Dulang hantaran dah ada kaki, so saya hiaskan dengan bunga plastik dan kerta

Baking

Image
Sejak pindah ke Kajang, jarang saya nak baking kek. Bila sampai mood rajin balik Semenyih weekend baru jalankan projek baking. Itupun tengok kebergantungan pada stok bahan baking ada ke tak kat rumah. Sebab bahan kek ini kalau beli di Kedai yang repack semula, selalunya cepat expired. Kalau nak tahan lama sikit, beli sahaja di pasaraya jenama Nona, Star brand, Blue Keys dan sebagainya memang lambat expired.  Bulan depan dah masuk bulan Ramadhan. Ada hati nak buat biskut raya sendiri 2 jenis ke. Nak kena angkut oven balik rumah Kajang.  Antara projek baking yang telah diadakan beberapa bulan lalu : Kek kukus pandan Kek marble Coklat Chip Cupcakes Tunang Tetiba ada projek deco cupcakes tunang. Sebenarnya kawan saya Kak Wa yang buatkan kek ini, saya cuma deco sahaja dan ajarkan Kak Wa cara deco guna fondant. Lama dah tak deco kek, itupun demi memenuhi permintaan adik saya yang bertunang awal Mei yang lalu. Projek baking hanya akan dijalankan untuk makan-ma