27 September 2016

Hari Lahir

Alhamdulillah.....
Sudah masuk ke penghujung September 2016. Bulan ini ulangtahun kelahiran saya yang ke 34 tahun. Doa dan harapan saya moga Allah berikan keberkatan dalam kehidupan saya, diberi kesihatan, rezeki dan hidup bahagia bersama insan-insan tersayang dalam perjalanan seterusnya.. Syukur saya dijodohkan dengan suami  yang membimbing saya menjadi insan yang baik dan belajar menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Mudahan kasih sayang kami kerana Allah ini dirahmati dalam melayari bahtera rumah tangga bersama 3 puteri amanah dari-Nya. Amin.

Seperti biasa, tiada suprise daripada suami tercinta..ha2..sebab saya tau jenis orangnya adalah begitu. Cuma tahun ini saya diberi hadiah sebagai tanda ingatan daripada bos-bos dan kawan-kawan di pejabat.
Hadiah terawal daripada ex-bos yang dah pindah ke Mahkamah.  Sekeping kad ucapan, ole-ole daripada Swisszerland/London dan kiriman sampul hari raya berisi wang.  Lebih kurang 3 tahun saya bekerja  di bawah beliau, seorang yang istimewa sebab dikenali sebagai bos yang 'garang'. Tapi saya bersyukur diberi peluang tersebut kerana banyak yang saya pelajari untuk menjadi seorang pekerja yang cekap. Tqvm Dato'!!!!!

Seterusnya.....
Orked merah yang buat saya rasa terharu dan happy. Ini kiriman daripada seorang bos juga sahabat yang telah bertukar ke Kelantan. Orked ini menjadi penyeri meja ofis saya sekarang. Moga ukhwah yang terjalin antara saya dan beliau akan berkekalan. Berkenalan dengan beliau semasa saya menjadi PA Unit lagi. Tak sangka, keikhlasan persahabatan itu terjalin hingga kini. Moga dipermudahkan urusan beliau di tempat kerja baru. Tqvm Hajjah !!!!!!!


Serta tanda ingatan daripada bos sekarang...Kek red velvet. Sebenarnya beliau bos yang pernah saya jaga semasa beliau menjadi Ketua Unit 9 tahun lalu.  Senang bekerja dengan beliau, seorang bos yang baik dan peramah. Terima kasih kerana memberi saya peluang bekerja dengan beliau sekali lagi. Moga saya akan berikan komitmen yang terbaik selama saya bekerja di bawah beliau. Insyaallah. TQVM To'Puan!!!!!!!



Dan...tanpa mereka disisi hidup saya bagai tiada ertinya...3 puteri di hati mama...Harus kek harijadi mama mereka yang jadi tukang potongnya..ha2..Sayang sangat Fina-Fiqah-Fittriah!!!!!!!!
 

1 comment:

  1. Happy belated birthday az. Tahniah atas ulang tahun ke 34. Yeayyy!!!! Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, diberi kesihatan dan bahagia selalu di samping suami dan anak2 tercinta.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails