Gigi
Sakitnya bila cabut gigi sebab dah bertahun-tahun tak cabut gigi dengan doktor. Last cabut gigi, masa sekolah rendah. Itupun masa nurse datang ke sekolah. Kalau kad hijau ada pangkah merah, sure kena cabut gigi. Lepas tu nurse letak kapas kat tepi bibir. Masuk la dalam kelas dengan hiasan kapas di tepi bibir. Tak pula segan kan! Semalam, doktor cabut gigi bongsu saya. Katanya, memang patut dicabut. Dah berlubang besar dan tumbuh senget. Bius 2 tempat, jadi tak terasa apa-apa masa ditariknya gigi itu. Cuma ngilu juga bila ubat bius dah hilang. Terus telan ubat tahan sakit 2 biji. Alhamdulillah, malam tadi boleh tidur dengan lena. Boleh makan, tapi kunyah sebelah sahaja. Doktor pesan, tempat gusi yang dicabut gigi, jangan dicucuk dengan jari atau lidah. Sekarang ini, ada juga rasa tak selesa lagi. Tunggu 2-3 hari juga baru sembuh agaknya. Dah agak lama saya nak beli supplement ini. Jadi, semalam roger Hasmah , kawan saya yang menjual Shaklee. Dah order sebotol Ostematrik ini. Buk...