Farha 1 tahun

Alhamdulillah, pada 16 April 2022 Farha telah genap setahun usianya. Cepatnya Farha membesar. Rasa bagaikan baru sahaja melahirkan Farha, dah setahun berlalu.

Selamat ulangtahun kelahiran Nur Farha Imani. Mama doakan agar Farha sihat walafiat dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Amin.

Perkembangan Farha di usianya setahun :

- Berat 9.44 kg cantik ikut graf tumbesaran KKM.

- Dah pandai berdiri sebelah tangan.

- Merangkak satu rumah. Kalau turun dari tilam, turun kepala dulu, bukannya kaki.

- Suka main suis, buka pintu kabinet dapur, main wayar depan tv, main remote control, panjat kaki kerusi, berdiri tepi sofa, main tudung saji, main bakul isi ubat.

- Suka dan berselera bila makan. Semua nak dirasanya. 

- Gigi dah banyak. Belah atas dah tumbuh dalam 4 batang dan bawah 4 batang. Ada yang dah tumbuh penuh, ada yang masih bayang-bayang di gusi.

- Pandai tepuk tangan bila ada orang nyanyikan lagu tepuk amai-amai.

- Rutin pagi- mandi, minum susu dan siap ke Taska pukul 7 pagi. Balik dari Taska sebelum pukul 6 petang.


- Manja sangat, sekarang suka tiru apa kakak buat. 

- Dah kenal orang sekeliling. Akan menangis bila orang yang dia tak kenal nak dukung.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall