Posts

Showing posts from August, 2011

MEKNE

Image
  Ini nugget MEKNE ke nugget 1 M'sia.. Kentang goreng banyak sampai melimpah-limpah keluar dari bekas. Habis sebekas, kenyang terus. Dah makan, baru nak baca doa ye.. Semalam, baba Fina berbuka puasa di Hulu Langat. Ada program berbuka puasa dengan penduduk orang asli di sana. So, saya dengan Fina ke McD Semenyih. Sebenarnya dah banyak kali lalu di depan McD dan Fina ajak pi McD yang dipanggilnya MEKNE. Tak sempat nak pergi, lagipun baba Fina bukan penggemar fastfood. Order set nugget untuk Fina dan saya makan Mc Chicken. Air pula, tak nak minum air gas, order milo dan ribena. Seronok Fina makan. Habis 4 ketul nugget dimakannya. Lepastu saya beri dia main di playground dalam McD. Ini kali kedua saya berbuka puasa di luar tahun ini. Kali pertama makan nasi beriani di Semenyih. Selebihnya berjaya memasak di rumah. Tapi bila dah minggu-minggu terakhir ni, nak beli stok lauk pun malas. Gunakan stok mana yang ada untuk dihabiskan sebelum cuti raya. Ada 3 hari lagi bekerja, lepastu bo

Demam

Image
Jumaat petang balik dari Taska, sampai rumah Fina demam panas. Tidur kat sofa. Bagi ubat demam, bila dah panas sangat saya masukkan ubat air. Lepas tu cakap, "mama, kit lut" - mama sakit mulut. Check dalam mulutnya, ada gigi belah atas baru tumbuh. Itu yang sakit mulut agaknya. Fina ni dah besar, gigi tak penuh-penuh lagi kat gusi. Ada lagi 4 kosong. Malamnya, kejap panas, kejap ok. Sabtu demam juga. Tapi demam, makan tetap  makan. Masa berbuka puasa rumah kaklong Sabtu lepas , banyak Fina makan. Baliknya tidur sampai ke pagi. Alhamdulilllah, semalam bangun pagi Fina dah sembuh. Tak panas lagi badan. Boleh nyanyi lagu Happy Besday dan Balik Kampung dah:)

Pencen

Image
Minggu lepas Kak Noor last day kerja. Dah mula cuti untuk pencen 1 Oktober 2011 nanti. Saya kenal Kak Noor dari dia masuk ke ofis ini tahun 2006. Dia PA Ketua Bahagian. Seronok pula bila tiba saat pencen kan. Saya ada berpuluh tahun untuk habiskan servis kalau umur panjang, sempatlah rasa duit pencen bila dah tua. Panjang lagi perjalanan. Buat Kak Noor, Selamat menjalani kehidupan aman damai tanpa perlu ke ofis selepas ini. Moga sentiasa ceria bersama keluarga tercinta. Jaga kesihatan, rehat puas-puas, pi melancong, jalan-jalan cuci mata. Ada masa, panjang umur kita jumpa lagi ya. 

Juadah

Image
Ini antara kuih muih juadah berbuka puasa di Terengganu tempoh hari. Ada yang mak mertua saya buat dan ada yang dibeli. Pulut durian ~ hari pertama abang dah request kat mak buat pulut durian. Teringin benar abang nak makan. Pulut dikukus, santan mentah dan makan dengan durian. Boleh juga durian tersebut dimasak dengan santan, kuahnya makan dengan pulut. Kat sini panggil santan durian rasanya.   Netbat ~ kuih ni rasanya macam bahulu tapi sira dengan air gula. Bagi saya kuih ini manis sangat. Memang meresap air gula hingga ke dalam kuih.  Onde-onde ~ salah satu kuih tradisional kegemaran baba Fina. Guna tepung pulut, air daun pandan dan gula yang dipanggil nise'. Kat sini guna gula melaka pun boleh. Lepas tu salut dengan kelapa yang sesuai untuk buat kuih. Jangan guna kelapa tua pula. Tak cukup 'lemak' rasanya nanti .  Ketupat palas ~ menu wajib kalau berhari raya di Terengganu. Kalau kat sini kita makan dengan serunding atau rendang. Kat kampung abang, makan gitu aje. Mak

Nak makan ini

Image
pic from google Bulan puasa ni, saya teringin nak makan buah beluluk/kabung yang telah dicampur dengan gula dan sirap. Kalau dalam gambar tu, buahnya sahaja. Kalau campur sirap, merah menyala, terbuka selera nak makan. Ala-ala dessert lah juga. Manis dan kenyal-kenyal rasanya. Cari-cari kat Semenyih, tak jumpa. Tanya ayah lah kalau kat kampung ada jual. Tapi minggu depan balik raya entah dapat beli ke tidak. Selalunya bulan puasa senang nak cari, tapi dah penghujung Ramadhan, peniaga pun dah agak malas nak berniaga. Minta-minta tercapai lah hajat nak makan dessert kampung ni.   

Kuih Raya

Saya tak pernah buat biskut raya sendiri. Time kecil-kecil zaman dahulu kala, suka sangat dapat tolong arwah mak buat biskut raya. Biskut paling saya ingat ialah biskut roda. Arwah mak lapiskan biskut 2 color, kemudian gulung dan potong bulat-bulat. Color krim dan pink. Sedap. Kalau arwah mak buat kuih bahulu, pukul telur dalam pasu besar. Guna pemukul telur saiz besar juga. Bergema 1 rumah bunyi pukulan telur. Berjam juga nak bagi gula dan telur tu kembang. Bakar dalam acuan, beraroma wangi menusuk kalbu. Muruku, kerepek pisang, kuih bijan, cakar ayam, tart nenas,  semperit/dahlia antara kuih yang mak sediakan di Hari Raya. Berbelas tahun rupanya kenangan itu berlalu :( Tahun ini saya teringin nak buat biskut sendiri. Tapi nak tunggu mood sampai dulu. Bahan-bahan dah ada. Kalau sampai ke minggu depan tak  'terhasil' biskut saya, jawabnya tunjuk kat kedai je lah. Setakat nak buat makan sendiri. Kudrat je lah perlu rajin sikit. Tengoklah macamana.

Shopping

Image
Jumaatnya minta izin abang nak berjalan-jalan ke area Jalan TAR, KL. Lama sangat tak datang ke sini. Memandangkan adik saya nak datang dari Lembah Beringin, saya ajak dia temankan ke KL. Jumpa di komuter Bank Negara. Fina, tak larat lah nak bawa dia ke KL. Minta jasa baik kaklong untuk jagakan. TQ kaklong:) 10 pagi saya naik komuter. Dah berzaman tak naik komuter, rupanya naik di koc wanita. Dalam tu semua penumpang wanita. Bagus juga diasingkan begini, taklah bersesak dengan penumpang lelaki terutamanya kalau orang asing. Ramai sungguh kalau time hari cuti. Saya naik komuter dari Kajang ke Bank Negara, tambangnya rm3.20 sahaja. Kalau masa bujang dulu, memang hobi saya keluar berjalan-jalan ke area Jalan TAR dan Masjid India. Dari pagi sampai ke petang, semua kedai saya masuk untuk cuci mata. Bila dah bekeluarga ini, kuranglah sikit. Kalau nak pergi pun, ajak abang pergi sama. Cuma mesti bosan menunggu bila orang perempuan bershopping. Faham-faham lah situasi bershopping macamana ka

Kampung Sungai Bari

Image
Salam 17 Ramadhan. Patutlah jalan raya lengang pagi ini. Tak teringat pun yang Negeri Selangor cuti Nuzul Al-Quran. Bersungguh lah saya keluar seawal 6.30 pagi. Ada 7 hari lagi hari bekerja sebelum cuti raya, selepas itu keluar pergi kerja tak lah awal macam bulan Ramadhan. Alhamdulillah, saya sekeluarga telah selamat pergi dan balik kampung abang di Kg Sungai Bari, Setiu, Terengganu. Dalam perjalanan balik ke Terengganu, kami singgah sekejap di Kuantan untuk ambil adik ipar yang bekerja di sana. Lepas bersahur, kami gerak semula ke kampung. Sampai lebih kurang jam 10 pagi hari Sabtunya.    Balik kampung di bulan puasa, tak berjalan ke mana-mana tempat tertentu. Jalan dekat-dekat sahaja. Tapi seronok berbuka puasa dengan keluarga mertua. Merasai masakan mak mertua dan membeli kuih muih/makanan orang pantai Timur yang susah ditemui di sini. Sempat juga kami pergi menziarahi anak buah yang belajar di Kampus UITM Chendering.   Kak Nadia, belajar rajin-rajin ye:) Hari Rabu nya ke Bandar

21 minggu

Minggu 21 Bayi Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya. Anda Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah. Adik Fina dalam perut ni dah terasa kadang-kala 'mengeras' , terutamanya waktu mama dia baring merehatkan diri. Alhamdulillah, saya menjalani ibadat puasa tanpa sebarang masalah. Tak rasa lapar atau penat. Walaupun hari-hari drive pergi dan balik ke tempat kerja. Cuma tak boleh shopping lama-lama, terasa sakit pinggang dan sakit kaki. Lama tak exercise lah tu.

Cuti

Malam ini saya sekeluarga akan pulang ke Setiu, Terengganu. Mudahan perjalanan kami selamat. Tak target pun sampai jam berapa. Terpulang pada driver punya ketahanan dari mengantuk dan juga berapa perhentian yang akan kami singgah untuk makan, ke tandas dan sebagainya. Yang penting tiba ke kampung dengan selamat. Saya, peneman yang sering tidur kalau balik ke Terengganu. Bila sedar-sedar hari dah terang. Cuma bila sesekali tersedar, saya akan tanya abang samaada dia masih bertahan atau tidak. Yelah, malang tidak berbau kan. Dalam kita berhati-hati di jalan raya, kalau pihak lain yang cuai, kita juga yang akan terima tempiasnya. Fina malam tadi dah nyanyi lagu Balik Kampung...la..la..la...Dia tengok dalam tv masa iklan lagu caller ringtone raya. Kelakar pula bila dengar dia nyanyi. Blog saya tidak bersiaran selama seminggu. Berukband sudah lama tidak dilanggan. Selamat menjalani ibadah puasa. Doakan kami selamat pergi dan balik.

Pagi ini

Image
Petang semalam saya dan Fina sampai ke rumah jam 5.15 petang. Mengikut target sebab jalan tak sesak sangat. Suko hati den:) Pagi ini, tempuh kesesakan kat depan simpang Bangi hinggalah susur masuk ke Putrajaya selepas Hospital Serdang. Kalau dah sesak begini, memang ada lah apa-apa yang berlaku kat jalan depan tu. Bulan puasa adalah bulan beralihnya hobi baru saya dengan menangkap gambar kenderaan ketika sesak. Dah kereta slow, bolehlah tangkap gambar dengan selamat. Tersangkut yang bergerak tak apa, jangan tersangkut yang tak gerak langsung. Memang letih. Tapi tak sempat tangkap gambar accident yang menjadi penyebab utama jalan sesak pagi tadi. Betul-betul accident kat depan susur masuk ke Putrajaya. 3 buah kereta langgar berderet, mungkin sebab tak sempat break. Dalam kesesakan saya tersengih-sengih dengar berita dalam radio Cuepacs Minta Bonus 2 Bulan untuk orang gomen. Berani dan selambanya meminta bonus dengan PM. Bagus-bagus, siapa lagi yang layak mintak kalau bukan dengan s

Kenduri

Image
Sempena menyambut Ramadhan, Sabtu lepas ayah dan umi saya mengadakan kenduri di kampung. Turut diadakan majlis tahlil untuk ahli keluarga kami yang telah pergi. Al-Fatihah untuk arwah mak. Ayah dengan umi buat majlis makan tengahari. Hujan turun lebat semasa bacaan tahlil diadakan. Tak sempat nak tangkap gambar banyak. Sibuk nak menolong apa yang patut. Cerita lebih lanjut di blog kaklong . Gambarnya pun lebih kurang sama sebab Kak Reen anak buah sulung yang tolong ambilkan gambar. Lauk pauk yang disediakan secara gotong royong dengan jiran-jiran. Menunya bertukar dari menu asal sebab ikut 'citarasa' ayahanda. Umi layan.... Tak banyak lebih makanan yang tinggal, dah dibungkus untuk bekalan jiran-jiran dan sedara mara yang datang. dan gambar pipi gemuks saya dengan kakak ipar tersayang. Gambar tangkap sendiri, tak sempat nak possing comel2:) Tuan rumah busy la katakan. Duduk kampung 2 hari makan jer..Berselera pula bila tengok makanan-makanan yang ada. Terlepas hajat na

Halangan

Image
Perjalanan balik yang pada mulanya lancar dari Putrajaya ke Semenyih, terganggu pula bila betul-betul sampai di Pekan Semenyih. Petang semalam hujan lebat, saya sampai Pekan Semenyih jam 5.00 petang. Sepatutnya dari pekan ke Taman Pelangi Semenyih hanya 10-15 minit jer. Bajet sampai rumah 5.15 petang, tapi tambah 15-20 minit sebab adanya masalah ini: Lori ni rosak masa nak keluar di jalan raya. Kepala lori dah masuk sebahagian jalan. Kereta jadi sesak sebab laluan sempit. Inilah punca sebenarnya. Padahal jalan ke taman saya hanya sebelah je dari tempat kejadian. Dugaan. Nasib baik balik awal, kalau balik lewat, memang sampai ke rumah malamlah jawabnya. Baba Fina sampai lebih kurang jam 6 petang. Katanya jalan dah jamme dari Semenyih ke Kajang. Dengan hujan lebat, lagi teruklah kesesakan di Pekan Semenyih petang semalam. Macamnilah nak harung perjalanan pergi balik hari-hari ke tempat kerja. Dapat-dapat lagi kalau bulan puasa. Semuanya nak sampai awal ke rumah. Ada 2 minggu lebih saya

Pemeriksaan Antenatal ke3 dan hari ke2 puasa

Semalam checkup kandungan yang masuk 19 minggu. Timbang berat, tekanan darah dan air kencing. Tak ada ujian darah sebab puasa agaknya. Nurse ukur diameter perut. Dibuatnya ultrasound untuk dengar jantung baby. Tapi cari tak jumpa, sampai naik senak perut acik ni ditekannya dengan alat tuh..Alhamdulillah, kesihatan saya dan baby dalam keadaan baik. Tiada masalah-masalah yang kronik. Minta dijauhkan lah. Hampir 2 jam jugalah menunggu giliran. Kesian peneman setia saya yang menunggu di luar. Mula-mula nak pergi seorang, tapi Baba Fina nak tolong hantarkan. Fina sibuk bermain, lari sana sini, bila terhantuk kepala kat kerusi luar, meraung satu klinik tu dengar. Saya balik ke rumah dekat-dekat pukul 5. Keletihan, tidur kejap sampai 5.30 petang.  Bila dah agak-agak hilang letih, start jadi chef kat dapur. Menu semalam ~ Sup pasta, sawi goreng, asam pedas ikan kembung dan ikan masin goreng.   Pencuci mulut yang dibeli ~ tembikai, apam dan agar-agar. Untuk Fina, babanya beli laksam sebungkus.

Juadah apa

Petang semalam saya sampai di rumah seawal jam 5.15 petang. Suka betul bila dapat balik awal. Tercapai hajat nak masak memasak. Sempat buat kuih keria lagi. Fina berbuka puasa dengan laksam. Habis semangkuk dia makan. Babanya beli kat depan rumah. Hari ni ada checkup kat Klinik Kesihatan Rinching. So, boleh balik awal sikit. Lepas lunch ambil Fina. Juadah berbuka, balik rumah baru fikir. Kena tengok stok bahan yang sedia ada. Rasa-rasa nak buat Sup pasta, sesuai untuk selera saya & Fina malam ini. Tengok resepi dalam majalah Pa&Ma tadi, bahan-bahan semuanya ada dalam kabinet dapur. Dah print  untuk dicuba. Nasi???? Menu wajib baba Fina. Tentulah kena masak hari-hari.   

Minggu ke 19

Minggu 19 Bayi Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul. Anda Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Tahun lepas saya puasa penuh kerana masih menyusukan Fina. Tahun ini harap-harap puasa penuh juga semasa mengandung. Cuma saya amalkan pengambilan kurma dan air horliks campur oat dan nestum setiap hari. Selainnya makanan macam biasa, nasi dan lauk, serta lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Vitamin Salindah saya masih ambil setiap hari, pagi dan malam. Kerja di pejabat, jika dibandingkan dengan orang yang bekerja dalam panas terik, apalah sangat kan. Yang penting keikhlasan dan kesihatan tubuh badan yang patut diutamakan dalam menjalani ibadat puasa. Cuma jika ada kemudaratan terhada

AJAIBNYA TANGAN IBU

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap, Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman, Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata, Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia, Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang, Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang. Namun, Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap, Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata, Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu? Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad... Ketika jenazah ibu nak dimandikan... di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.   Tangan ibu, tangan ajaib... Sentu

Salam Ramadhan 1432H

Alhamdulillah, diberikan kesempatan dan peluang dari-Nya untuk bertemu di Ramadhan kali ini. Moga amalan dan ibadat yang dilakukan diberkati oleh-Nya di bulan yang mulia. Saya hari ini keluar seawal 6.40 pagi. Tukar waktu kerja dari masuk jam 8.00 pagi ke jam 7.30 pagi.  Boleh balik awal sikit jam 4.30 petang. Nak jayakan misi masak memasak untuk keluarga tersayang sempena Ramadhan kali ini. Kebiasaannya saya naik kereta sekali dengan baba Fina. Bulan ini bawa kereta asing. Saya drive ditemani Fina, dan baba Fina naik motor. Bukannya apa, nak jimat masa semasa waktu pulang nanti. Takut kene hadapi kesesakan lalulintas yang melampau masa bulan puasa. Kalau pergi sekali, lewat sikit baba Fina datang jemput ke ofis saya. Pagi ini lalulintas dari Semenyih ke Putrajaya lancar, cuma kereta agak banyak. Rasanya ramai yang keluar awal dan tukar waktu bekerja sempena bulan puasa ini. Fina, tidur sepanjang perjalanan pagi ini. Tidur kat tempat duduk belakang. Minum susu sebotol, sampai ofis sa