Salam Ramadhan 1432H

Alhamdulillah, diberikan kesempatan dan peluang dari-Nya untuk bertemu di Ramadhan kali ini. Moga amalan dan ibadat yang dilakukan diberkati oleh-Nya di bulan yang mulia.

Saya hari ini keluar seawal 6.40 pagi. Tukar waktu kerja dari masuk jam 8.00 pagi ke jam 7.30 pagi.  Boleh balik awal sikit jam 4.30 petang. Nak jayakan misi masak memasak untuk keluarga tersayang sempena Ramadhan kali ini. Kebiasaannya saya naik kereta sekali dengan baba Fina. Bulan ini bawa kereta asing. Saya drive ditemani Fina, dan baba Fina naik motor. Bukannya apa, nak jimat masa semasa waktu pulang nanti. Takut kene hadapi kesesakan lalulintas yang melampau masa bulan puasa. Kalau pergi sekali, lewat sikit baba Fina datang jemput ke ofis saya.

Pagi ini lalulintas dari Semenyih ke Putrajaya lancar, cuma kereta agak banyak. Rasanya ramai yang keluar awal dan tukar waktu bekerja sempena bulan puasa ini. Fina, tidur sepanjang perjalanan pagi ini. Tidur kat tempat duduk belakang. Minum susu sebotol, sampai ofis saya baru saya kejut untuk ke Taska. Fina ok je pagi ini, sebelum tidur saya dah pesan harini naik kereta dengan saya, duduk diam-diam. Cuma 3 minggu jer nak hadapi waktu pergi kerja dan balik kerja yang 'mencabar'. Minggu depan dah seminggu cuti balik ke Terengganu. Hujung bulan, insyaallah sambut Hari Raya Aidilfitri pula. Bila tengok kalendar, rasa cepat sungguh masa berlalu. Bagai baru bertemu Ramadhan lalu, dan Ramadhan kali ni muncul kembali tanpa kita sedari.

Selamat menjalani ibadat puasa. Terbitnya rasa rindu pada insan-insan yang telah 'tiada' bila tiba bulan mulia ini. Moga roh-roh mereka dicucuri rahmat.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..