Demam
Jumaat petang balik dari Taska, sampai rumah Fina demam panas. Tidur kat sofa. Bagi ubat demam, bila dah panas sangat saya masukkan ubat air. Lepas tu cakap, "mama, kit lut" - mama sakit mulut. Check dalam mulutnya, ada gigi belah atas baru tumbuh. Itu yang sakit mulut agaknya. Fina ni dah besar, gigi tak penuh-penuh lagi kat gusi. Ada lagi 4 kosong.
Malamnya, kejap panas, kejap ok. Sabtu demam juga. Tapi demam, makan tetap makan. Masa berbuka puasa rumah kaklong Sabtu lepas, banyak Fina makan. Baliknya tidur sampai ke pagi.
Alhamdulilllah, semalam bangun pagi Fina dah sembuh. Tak panas lagi badan. Boleh nyanyi lagu Happy Besday dan Balik Kampung dah:)
Comments
Post a Comment