Shopping
Jumaatnya minta izin abang nak berjalan-jalan ke area Jalan TAR, KL. Lama sangat tak datang ke sini. Memandangkan adik saya nak datang dari Lembah Beringin, saya ajak dia temankan ke KL. Jumpa di komuter Bank Negara. Fina, tak larat lah nak bawa dia ke KL. Minta jasa baik kaklong untuk jagakan. TQ kaklong:)
10 pagi saya naik komuter. Dah berzaman tak naik komuter, rupanya naik di koc wanita. Dalam tu semua penumpang wanita. Bagus juga diasingkan begini, taklah bersesak dengan penumpang lelaki terutamanya kalau orang asing. Ramai sungguh kalau time hari cuti.
Saya naik komuter dari Kajang ke Bank Negara, tambangnya rm3.20 sahaja. Kalau masa bujang dulu, memang hobi saya keluar berjalan-jalan ke area Jalan TAR dan Masjid India. Dari pagi sampai ke petang, semua kedai saya masuk untuk cuci mata. Bila dah bekeluarga ini, kuranglah sikit. Kalau nak pergi pun, ajak abang pergi sama. Cuma mesti bosan menunggu bila orang perempuan bershopping. Faham-faham lah situasi bershopping macamana kan. Beli nya sikit sahaja, tapi jalan dan cuci mata lama sungguh.
Walaupun hari Jumaat hari bekerja, tapi ramai sungguh orang di SOGO dan kawasan sekitar Jalan TAR. Memang lubuk emas peniaga tempat ini.
Sementara tunggu adik saya sampai, saya berjalan-jalan di dalam SOGO. Rasa sakit pinggang dan lenguh kaki pula bila berjalan lama-lama. Dapatlah juga beberapa barang habuan untuk raya nanti. 12 lebih baru adik saya sampai, terus ke Jalan TAR untuk cari baju kurung Fina. Tak beli pun, harganya macam tak berpatutan pula. Mahal sangat bagi saya. Pi tengok tudung kat Muaz Trading. Mencari jubah raya, akhirnya jumpa 1 gerai yang jual jubah. Dah beli, masa untuk balik rumah. Masak pula juadah berbuka untuk malamnya. Selesai bershopping di KL.
Ahadnya pula sebelum menghantar adik saya naik bas untuk balik ke Melaka, kami ke Presint 2, Putrajaya untuk tengok barangan Jualan Terus dari Kilang yang dianjurkan oleh KPDN HEP. Ok juga harga yang ditawarkan.
Tak habis lagi acara bershopping. Ada persiapan yang belum disediakan lagi. Minggu ini minggu terakhir sebelum balik ke kampung minggu depan. Nak cari apa yang patut.
Ada Metrojaya Sales di PICC Putrajaya. Macam berpotensi je tempat ini untuk dilawati...
poie jangan tak poieee..kang nyosa lak..kihkihkih
ReplyDelete