Posts

Showing posts from August, 2010

Duit raya

Berita baik untuk kakitangan awam ! Tahun ini dapat DUIT RAYA. Muktahir dari BERITA HARIAN ONLINE 15:42:26 PM KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. [Alhamdulillah, duit raya sama macam tahun lepas. Cara bayaran, tak tau lagi. 2x kot. Tunggu pengumuman dalam berita malam ini.]

Shopping

Image
Hari ini masuk 15 Ramadhan. Rasa kejap je dah berada di pertengahan Ramadhan. Lagu raya pun dah kuar kat HotFM pagi tadi. Hari ni juga, orang Gomen gaji. Tahun ini gaji ikut jadual. Selalunya, kalau nak raya mesti gaji sebulan 2x. Masuk bulan kedua lepas Raya, belanja pun cukup-cukup nafas je. Dah guna banyak duit time raya. Sebab dah pertengahan Ramadhan, so bolehlah cerita persediaan Raya. Saya dah beli sikit-sikit baju raya Fina sebelum bulan puasa lagi. Dah ada anak ni, kalau pergi shopping mesti nak tengok baju anak. Kita punya, beli last minit pun tak pa. Asalkan berganti baju baru. Tema raya saya tahun ini, macam nak pakai warna pink. Tapi dah pakai pink masa pregnantkan Fina dulu. Rasa-rasa kena pilih warna baju saya dulu, baru beli baju abang&Fina untuk dipadankan warnanya. Saya sekarang memang malas nak tempah baju, beli yang dah siap je. Abang pun sama. Lagipun harga tempah dengan beli yang siap lebih kurang sama. Silap haribulan, baju yang ditempah lagi mahal. Sebab d

Makan lagi

Image
Tak habis cerita makan di bulan puasa. Patutnya bulan puasa ~ rehatkan perut, tapi bulan puasalah teringin nak makan pelbagai juadah. Sabtu lepas seperti yang dirancang, kami ke Setapak. Berbuka puasa di rumah akak ipar saya. Antara menu utama berbuka puasa ialah sup tulang, ikan percik dan ayam percik. Sedap! Terima kasih atas jemputan. Suka Fina dapat main-main dengan abang Haziq. Dah hari Sabtu cuti masak, Ahad pula dapur berasap semulalah. Menu semalam: Rendang ayam+ketupat mini, peria+sotong, sagu gula Melaka. Pisang dan tembikai kuning sebagai pencuci mulut.

Kek

Image
Cuti minggu lalu saya buat Kek Coklat Resepi dari KAKNGAH Lepas bancuh semua adunan. Kukus hingga masak. Dah siap. ^ ^ ^ Fina nak tolong buat kek juga mama..

EBM-puasa-berbuka

Image
Perjalanan BF setelah masuk hari ke-10 berpuasa. Biasa-biasa sahaja. Cuma ada sehari yang saya kesiangan tidak bersahur menyebabkan badan saya lemah tidak bermaya. Selainnya, semua ok. Saya masih mengepam 2x di pejabat, tengahari dan petang. Hasilnya - Alhamdulillah - cukup untuk bekalan Fina seharian. 2 sesi 2.00 petang & 5.00 petang 9-10 oz Cuma penyakit sampingan saya di bulan puasa ialah mudah- MENGANTUK -. Mata ni, kalau dapat baring, confirm tidur lena. Petang balik kerja sebelum jemput Fina saya tidur dalam kereta, pagi pun begitu. Dapat tidur kejap pun jadilah. Malam pula, jam 10 malam dah belayar. Tidur orang berpuasa adalah ibadat. Tapi kalau dah asyik mengantuk jer, macamanalah lah dikirakan sebagai ibadat. Balik je semalam dari ofis, terus masak Gulai Sardin + kentang dan sawi goreng. Potong buah tembikai. Untuk Fina, saya gorengkan burger ayam. Habis sekeping Fina makan. Simple je menu. Mana yang sempatlah. Esok kami akan berbuka puasa di Setapak. Akak ipar jemput ke

Masak memasak

Image
Hari memasak di bulan puasa bagaikan memasuki pertandingan memasak rasanya. Masak ikut time. 20-25 minit kena siap juadahnya. Semalam saya masak Bihun Singapore. Bihun dah saya rendam sebelum pergi kerja. Cuma bahan-bahan lain kena sediakan seperti biasa. Fuh, berpeluh acik bertungkus lumus memasak ontime. Hi2.. Bihun Singapore - saya nak tukarkan namanya ke Bihun Pelangi Semenyih :) Bahan-bahan: Bihun-bawang putih-serbuk lada hitam-sedikit sos tiram-garam-udang-fish ball-carrot-sawi-cendawan butang Cara-cara: Tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk-masukkan udang- sedikit sos tiram-fish ball-garam-selepas 2 minit masukkan pula sayur (carrot, sawi&cendawan)-masukkan bihun dan gaul hingga bihun masak-siap- Berbuka juga dengan Kuih buah Melaka dari kaklong. (terima kasih daun keladi, lain kali boleh bagi lagi !) Selepas berbuka puasa, saya masak nasi dan lauk untuk makan malam dan sahur. Simple jer, kacang goreng + hati ayam, ikan goreng dan ikan masin. Lepas tu baru boleh berehat

Rutin di bulan puasa

Image
Perjalanan balik ke rumah setiap petang waktu bekerja -tersangkut dalam jam-. Bermula dari exit Putrajaya ke Hospital Serdang hinggalah ke Bangi, lepas tu sebelum Tol Sungai Ramal. Banyak kereta kerana ada bazar Ramadhan di sebelah kiri jalan. Lepas je dari laluan-laluan 'panas' ini, baru laluan kami lancar. Sehinggalah ke rumah kaklong di Kajang Utama. Selepas Putrajaya-Bangi-Kajang, kami teruskan pula perjalanan ke Semenyih. Area yang jam kat jalan sebelum Taman Sunway Semenyih. Selepas tu, baru ok. Begitulah rutin harian time balik dari pejabat. Kadang-kadang timbul idea kitaorang nak naik motor pi kerja. Dari rumah kaklonglah. Lepas hantar Fina, naik motor ke Putrajaya. Tapi bila fikir balik, buatnya hujan lebat, langsung tak dapat berbuka puasa di rumah. Lagi letih! Apa yang saya perasan, time bulan puasa semua orang nak balik awal. Kereta punya luar biasa banyaknya jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain. Tahun depan bulan puasa acik nak masuk WP1, pukul 7.30 pagi dah
Image
Sejak dua menjak ni, saya ada hobi baru ~ suka cari resepi-resepi, dan bila ke kedai buku, beli majalah/buku resepi. Bila masuk bulan Ramadhan ni, lagi bersemangat nak cuba resepi-resepi baru. Kalau masa zaman saya kecil-kecil dulu kami sekeluarga akan makan kuih muih atau masakan berasaskan mee/bihun/kuetiaw dan malamnya selepas Tarawih baru makan nasi. Makan untuk alas perut dulu, baru makan yang berat. Abang pula, jenis yang tak kisah. Semua masakan saya abang makan, cuma bila beri komen tu kenalah komen yang membina (mood nak selamat, abang jawab no komen). Maklumlah, saya ni tak dapat terima kritikan ikhlas. Kalau cakap tak sedap, confirm saya tak nak masak lagi. Tak patut kan saya. 3 buku baru resepi yang menjadi koleksi saya setakat hari ini. Saya sedang berusaha gigih untuk mencuba resepi-resepi terbaru. Sebenarnya, bila kita masak ikut resepi ni, memang gerenti jadinya dan PASTI SEDAP. Cuma kejap-kejap nak belek dan baca buku resepi, kejap-kejap nak refer resepi tu. Baca bany

Juadah Mama&Baba

Image
Ini juadah berbuka puasa hasil air tangan Baba Fina masa saya tidak larat berpuasa Sabtu lalu. Ayam bakar (sepatutnya, menu ayam percik Kelantan, tapi saya tak sempat buat kuah), sawi goreng + udang, ikan bakar (kepala dah bagi kat Cinda ~ kucing baba kat luar rumah) Seterusnya, Menu juadah berbuka puasa semalam. Seperti yang dirancangkan. Saya telah berjaya menyediakan kesemua juadah (banggo acik), cuma menu sayur campur tukar ke bendi goreng. Macam teringin nak makan bendi lak. Makorani goreng, Ikan bawal masam manis, bendi goreng, popiah goreng dan bubur tepung pulut (campur biji sagu sikit) DAN ini pula budak yang puasa nyang nyuk..pagi-pagi buka periuk.. Menu untuk Fina makan tengahari ~ Mee bayam masak sup (ciptaan mama) Fina sahur dulu ye mama...

Juadah 4 Ramadhan

Hari ini saya bersemangat nak memasak. Bangun je tidur, siap-siap kemas rumah, mandikan Fina, lepas tu buatkan Fina nasi goreng untuk sarapan. Sementara Fina makan, saya bersiap untuk ke tempat bershopping tiap minggu. Mana lagi kalau tidak ke Tesco Semenyih. Saya berdua je dengan Fina, abang pi hantar kereta saya servis. Lepas tu baru jemput kami. Menu hari ini yang dalam perancangan : Nasi putih Ikan bawal masam manis Sayur campur Macorani goreng Popiah goreng Bubur tepung pulut warna warni (tapi ada pewarna merah je kat rumah) Air soya Teh o untuk abang Sebab beria nak masak petang ni ( semalam harapan hancus ), sampai saya tak merasa ngantuk pun. Kejap lagi nak buat inti popiah. Pastu masak juadah yang lain. Kabel kamera tak bawa balik. Esok nak masuk gambar dalam n3. Abang pun pelik, larat ke saya nak masak tuh..Hari ini saya nak semua juadah adalah homemade. Tak bagi abang beli satu pun. Bila lagi nak masak sedap-sedap. Time cuti hujung minggu ni jelah peluang saya ada. Selamat m

Sahur

Semalam saya tidak bersahur. Bukannya sengaja tak bangun, cuma kunci jam, tidur semula, tengok-tengok dah jam 6 pagi. Alahai..Dah la malam tadi saya terjaga tak minum air kosong. Ini kali pertama saya puasa dan tidak bersahur (sejak mula mengandung dan BF Fina). Mula-mula waktu pagi saya maintain lagi. Sapu dan kemas rumah. Buat apa yang patut. Siap dah perap ayam untuk buat ayam percik Kelantan. Lepas je pukul 3 petang, kepala jadi pening, badan berpeluh-peluh, sekejap ok, sekejap tak ok. Dalam hati saya baca surah Al-Khautsar banyak kali doa agar saya bertahan puasa hari ini. Saya tidur dan baring je. Tak larat nak bangun. Sampai solat Asar pun saya solat sambil duduk. Nak berbuka puasa, sayang pula dah separuh hari. Bertahanlah dan tak boleh buat apa-apa kerja lain. Fina pula macam biasalah, time dia teragak nan BF, dia minta je. Saya minta abang berikan air dan makan banyak-banyak sikit agar dia tak terasa lapar. Separuh hari tu, abang yang uruskan Fina dan sediakan makanan. Abang

Teringin

Image
Menu (teringin nak makan) untuk berbuka puasa Sabtu dan Ahad ini. Rendang ayam pencen + nasi impit Ayam/ikan percik Popiah goreng Sagu gula Melaka Lompat tikam Tepung pelita (ini tak reti buat, beli aje lah) Time cutilah nak masak sedap-sedap sikit, kalau hari kerja, tak sempat nak masak. Lagipun sebenarnya masak di rumah dengan 'air tangan' sendiri, lagi sedap dari membeli masakan di luar yang kita tak tau cara masakannya. Kalaulah boleh, saya ingin menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa pada bulan puasa sahaja. Bulan lain kerjalah, nanti tak dapat gaji pula. Patutlah kita suka dan rindu masakan mak-mak kita kan. Rasa sedap semacam jer dan berselera bila makan. Mungkin itulah yang dimaksudkan dengan 'air tangan ibu'. Sebelum terlupa, cerita pasal masakan ibunda, umi saya memang rajin memasak time kami pulang ke kampung. Siap menu khas (lauk tak pedas) untuk cucu-cucunya. Disebabkan air tangan umi jugalah, perut ayah saya makin bertambah saiznya dari bulan ke

EBM hari puasa

Hari pertama puasa 2 kali pam di pejabat - jam 2.00 petang ~ 6 oz - jam 5.00 petang ~ 4 oz Jumlah ~ 10 oz Balik Fina direct BF petang, malam dan pagi sebelum pergi kerja. Hari kedua puasa 1 kali pam di pejabat - jam 2.00 petang ~ 6 oz petang ngelat pam sebab ada kerja urgent kena buat. Saya memang tidak pam di waktu malam. Sangat malas nak bangun malam-malam mengepam. Lagipun Fina akan BF 2-3x malam. Pernah dulu saya pam waktu malam, sikit jer hasilnya. Lepas tu, saya tak buat lagi dah. Setakat hari ini, berpuasa tidak menjejaskan pengeluaran susu saya. Jika diizinkan, bulan ini saya dapat puasa penuh 30 Ramadhan. hi2..apakah?

Sabar berpuasa

Hari ini masuk hari ketiga kita berpuasa. Sejak hari pertama, saya hanya sempat sampai ke rumah jam 7.15 malam. Jalan punya sesak dari susur keluar Putrajaya depan Hospital Serdang hinggalah ke Bangi. Sangkut lagi jam di Semenyih. Memang menguji tahap kesabaran. Petang-petang orang nak balik rumah cepat-cepat. Kami masih lagi dalam kereta. Singgah pula ke rumah kaklong ambil Fina. Jawabnya, memang tak sempat masak kat rumah. Pilihan lain, beli di bazar Ramadhan area rumah kaklong tuh. Abang yang beli, saya rasa letih nak berjalan. Tunggu dalam kereta dengan Fina. Balik rumah, selepas berbuka dengan kurma dan kuih, saya masak nasi dan lauk untuk dibuat sahur keesokkan harinya. Kena masak juga kan. Memang agak letih sejak hari pertama berpuasa hingga kadang-kadang rasa tergugat tahap kesabaran. Puasa bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, juga mengajar kita erti kesabaran. Jadi, cubalah belajar bersabar. Pesanan untuk diri sendiri.

Ceramah Ustaz

Sedikit ilmu yang saya perolehi dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Fauzi (Perunding Motivasi Bebas/duta produk Jus Tok Guru) pada Isnin lalu bertempat di pejabat saya. Allah membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka di bulan yang mulia ini. Kebaikan yang dibuat akan digandakan pada bulan Ramadhan. Allah Maha Pengasih, jika hamba-Nya membuat kebaikan, ganjarannya akan digandakan, manakala jika membuat dosa, Allah tidak gandakan dosanya itu. Dugaan dan rintangan berpuasa bagi umat zaman sekarang adalah tidak sehebat zaman Rasulullah dahulu. Sewaktu Peperangan Badar (17 Ramadhan), para pejuang berperang untuk meninggikan syariat Islam dan menentang golongan kuffar. Cabarannya tidak sehebat kita yang berkerja tanpa mengeluarkan peluh, duduk dalam pejabat yang berhawa dingin dan menjalankan kerja-kerja yang tidak terlalu berat. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk kita menjadi seorang yang malas bekerja. Kerja merupakan satu ibadah dan tanggungjawab. Pastikan mendapat

Pemakanan

Sumber Majalah Pa&Ma keluaran Ogos 2010. Para ibu yang sedang menyusukan sangat digalakkan menjaga pemakanan semasa bulan puasa. Walau bagaimanapun, ibu tetap perlu KERAP menyusukan bayi agar penghasilan susu lancar (konsep demand & supply). Saranan makanan tersebut mungkin dapat membantu menambah susu ibu: Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang/dal Kurma Jambu batu dan betik Lobak putih dan peria Sawi, kacang panjang, kacang buncis dan jagung muda Oat Madu Air longan Halba Pucuk manis Pucuk pegaga Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe Susu dan produk tenusu Teh hijau Jepun Barli Habbatus sauda atau jintan hitam Chorella Klorofil Ruangan S&J Sihat Segar Pada pendapat saya, makanan yang diambil di atas adalah bergantung pada kesesuaian dan keserasian diri sendiri. Kena cuba dahulu baru tau yang mana sesuai dan boleh mengekalkan pengeluaran susu kita . Kalau dulu, saya bukanlah seorang penggemar kurma. Tapi sejak bersalin, saya jadikan pengambilan ku

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan, Syukur atas nikmat dan peluang yang diberi oleh-Nya kerana saya masih berkesempatan untuk berjumpa Ramadhan kali ini. Ramadhan adalah bulan mulia. Semua umat Islam mengambil peluang untuk menggandakan ibadah seharian. Bukan sahaja ibadah yang dikejar, malahan ganjaran yang diberi juga berganda-ganda. Saya teringat dalam satu rancangan Tanyalah Ustaz minggu lepas. Kata ustaz tersebut, jika dihitung usia kita, dah setelah beberapa Ramadhan yang kita lalui, adakah sudah cukup segala amalan yang kita lakukan ketika diberi peluang itu?Manakah antara semua Ramadhan yang kita lalui itu merupakan Ramadhan yang terbaik bagi diri kita. Peringatan untuk diri saya sendiri. Moga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang penuh pengertian dan keberkatan buat saya sekeluarga. Ahlan Wa Sahlan Ya-Ramadhan.

EBM Stok

Image
Ini stok-stok EBM saya yang tinggal sebagai bekalan untuk menghadapi puasa akan datang. Setakat ini, tinggal 22pcs stok EBM dari bulan Jun hingga Ogos 2010. Ahad lepas saya susun semula stok EBM yang sedia ada. Asingkan ikut bulan seperti biasa. Yang dalam plastik tu stok untuk bulan 7, bahagian tepi pula EBM bulan 8. Bulan 6 punya, tinggal 2 pcs jer. Jadinya bawa ke rumah kaklong untuk bekal Fina. Manalah tau kalau-kalau susu 'berkurangan' masa bulan puasa nanti, harap-harap stok-stok EBM ini dapat membantu saya. Moga saya dapat melaksanakan ibadah puasa tahun ini dengan sempurna disamping meneruskan niat saya bagi menyempurnakan penyusuan selama 2 tahun untuk Fina. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Click2..

Image
Gambar-gambar time balik kampung minggu lepas (Nazrah wedding). Mama & Fina Ni pula Maksu & Fina. Asyik ler possing buat peace. Tapi Fina punye peace guna 1 jari jer. 1 M'sia.

Info

Sedikit info yang saya google (tak ingat dari blog mana) dan simpan pada tahun lepas sebagai persediaan BF ketika berpuasa : Antara makanan yang patut kita elakkan ketika berpuasa adalah: Caffeine, Chocolate Citrus fruits (limau, anggur), Carbonate drinks Makanan pedas Kurangkan makan daging sebab daging mempunyai banyak lemak. Elakkan kobis and telur sebab makanan ni menghasilkan gas. Semasa puasa and time sahur banyakkan makanan2 yang memberi khasiat. Antaranya: Banyakkan minum susu. Amik alternatif lain, banyakkan makanan2 yang berkalsium seperti kacang, brokoli, sayur2 hijau, Yogurt, ikan, soya, tofuu, cheese dan lain2. Makan makanan yang boleh tambah darah macam bayam. Kurma. Jus Buah-buahan Nasi/mee/kuey teow Air yang mencukupi. Sebelum tidur malam tu, kita boleh makan makanan berfiber. Untuk membekalkan tenaga.. :) Selain tu, kita teruskan makan-makanan yang membantu menggalakkan susu. Senang citer makan makanan yang berkhasiat setiap hari dan JANGAN TINGGALKAN SAHUR. Amalka

Penyusuan Ketika Berpuasa

Ramadhan kali ini merupakan tahun kedua saya BF dan berpuasa. Tiada persediaan khusus. Semuanya biasa-biasa sahaja. Amalan seharian yang saya akan teruskan :- Setkan minda dan niat yang positif. Jangan tinggalkan sahur. Minum air yang mencukupi waktu sahur & malam. Makan kurma. Makan makanan seimbang. Minum milo/horlicks/oat/nestum. Mengikut jadual pam 2x ketika di ofis time kerja.

Fina 1 tahun 7 bulan

Image
Diam tak diam, buah hati saya ni dah pun genap 1 tahun 7 bulan. Last checkup di Klinik Kajang bulan 7, berat Fina 10.4 kg. Dah tak naik berat Fina. Tak nangis pun masa nurse cucuk. Nasib baik Fina tak demam lepas kena cucuk tuh. Vaksin kali ini nurse cakap untuk elakkan lumpuh, kancing gigi dan ada beberapa penyakit. Saya tak ingat. Gigi Fina baru tumbuh sebatang (tumbuh senget) di gusi bawah. Dah pandai cakap sikit-sikit (style Fina) - mama, baba, atuk, enek(nenek), atuh(jatuh), bobom(baring), mamam(makan), ashi(nasi), andi(mandi), nana (taknak), abash(bas), otor(motor), aba(abang), aya(kak ya), anya(dania), lah(sekolah). Boleh harap dah, suka tolong saya kemas rumah. Sekarang kalau saya solat, saya bentangkan sejadah kat sebelah biar Fina solat sama. Kejap je dia ikut apa saya buat. Pastu duk main ler. Time rukuk tu, kepala sampai ke bawah. Lepastu mulut terkumit-kumit macam baca doa. Kalau suruh sayang, muncung-muncung mulut tu nak cium. Manja sangat. Ini dari dulu perangai gini.

Selamat Pengantin Baru

Image
Jumaat lepas, saya menghadiri Majlis Pernikahan sahabat baik saya Nazrah di Jempol, Negeri Sembilan. Majlis bermula selepas Isyak. Nazrah ni dulu, kawan saya masa di Sekolah Men. Teknik Juasseh tahun 1998. Dah 10 tahun kami berkawan. Dulu kami satu kelas PKA dan satu meja prep kat asrama. Masa zaman sekolah, Nazrah ni memang ramai peminat. Mana taknya, Nazrah ni lawa orangnya. Tapi dalam geng-geng kami, dialah antara member yang lewat kawin. Bukan tak de pakwe, cuma tunggu masa yang sesuai agaknya. Sempat juga saya berjumpa dengan kawan-kawan sekolah dulu. Suzi, Ain, Suzi (palong) dan Zamri. Tema Nazrah, putih pink. Bergambar sebelum Majlis Akad Nikah. Gambar Nazrah dan suaminya. Orang Pahang. Selamat Pengantin Baru untuk Nazrah dan suami. Moga bahagia berkekalan hidup berumah tangga.