02 August 2010

Selamat Pengantin Baru




Jumaat lepas, saya menghadiri Majlis Pernikahan sahabat baik saya Nazrah di Jempol, Negeri Sembilan. Majlis bermula selepas Isyak. Nazrah ni dulu, kawan saya masa di Sekolah Men. Teknik Juasseh tahun 1998. Dah 10 tahun kami berkawan. Dulu kami satu kelas PKA dan satu meja prep kat asrama. Masa zaman sekolah, Nazrah ni memang ramai peminat. Mana taknya, Nazrah ni lawa orangnya. Tapi dalam geng-geng kami, dialah antara member yang lewat kawin. Bukan tak de pakwe, cuma tunggu masa yang sesuai agaknya.

Sempat juga saya berjumpa dengan kawan-kawan sekolah dulu. Suzi, Ain, Suzi (palong) dan Zamri.

Tema Nazrah, putih pink.

Bergambar sebelum Majlis Akad Nikah.


Gambar Nazrah dan suaminya. Orang Pahang.




Selamat Pengantin Baru untuk Nazrah dan suami. Moga bahagia berkekalan hidup berumah tangga.


3 comments:

  1. Selamat perantin baru utk Nazrah..Az mcm mano den blh tak tau Nazrah kawin ni...tetinggal bas den ni..hehe.. ;)

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru..Semoga berbahagia hendaknya sehingga keakhir usia..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails