EBM-puasa-berbuka

Perjalanan BF setelah masuk hari ke-10 berpuasa. Biasa-biasa sahaja. Cuma ada sehari yang saya kesiangan tidak bersahur menyebabkan badan saya lemah tidak bermaya. Selainnya, semua ok. Saya masih mengepam 2x di pejabat, tengahari dan petang. Hasilnya - Alhamdulillah
- cukup untuk bekalan Fina seharian.

2 sesi 2.00 petang & 5.00 petang
9-10 oz

Cuma penyakit sampingan saya di bulan puasa ialah mudah- MENGANTUK -. Mata ni, kalau dapat baring, confirm tidur lena. Petang balik kerja sebelum jemput Fina saya tidur dalam kereta, pagi pun begitu. Dapat tidur kejap pun jadilah. Malam pula, jam 10 malam dah belayar. Tidur orang berpuasa adalah ibadat. Tapi kalau dah asyik mengantuk jer, macamanalah lah dikirakan sebagai ibadat.

Balik je semalam dari ofis, terus masak Gulai Sardin + kentang dan sawi goreng. Potong buah tembikai. Untuk Fina, saya gorengkan burger ayam. Habis sekeping Fina makan. Simple je menu. Mana yang sempatlah.

Esok kami akan berbuka puasa di Setapak. Akak ipar jemput ke rumah berbuka puasa. Insyaallah, hujung bulan kami akan pulang ke kampung saya. Nak berbuka puasa bersama keluarga di kampung pula. Tahun ini turn raya di Terengganu. Jadi sambut puasa patutnya di N9. Tapi saya tunggu hujung bulan untuk pulang ke kampung. Dapat cuti lama sikit.

Comments

  1. k.az makan pil shaklee lg? ade memanjang jer stok susu? an ni blom poso laei k.az.. n3 doa tu cuma doa dalam hati jer..

    ReplyDelete
  2. brutal solo: sekali sekala..
    hanim : an dah tak makan shaklee dah.try sebulan je..alhamdulillah, susu ado! jenuh la ko nak gnti poso nanti nim...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah berkat susu ibu mudahan fina jd anak yg taat dan sihat tubuh badan...memang jenuh la nak ganti sok ni...k.az tunggu la penampilan baru an yg kuruh kering macam cicak kobing nanti..jaga anak ngan berpuasa..tak ko badan tinggal tulang!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu