Posts

Showing posts from March, 2016

Mac 2016

Image
Mac antara bulan istimewa dalam keluarga kami iaitu bulan meraikan ulangtahun pernikahan saya dan abang serta sambutan ulangtahun kelahiran Fittriah. 10 Mac 2016 ~ usia pernikahan kami telah memasuki 9 tahun. Mudahan Allah memberkati dan memberikan kebahagiaan terhadap hubungan ini. Mudahan juga kami menjadi pasangan dan ibu bapa yang terbaik untuk 3 puteri kami. Amin:) Fittriah pula telah genap usianya 2 tahun pada 27 Mac 2016. Alhamdulillah. Fittriah membesar dengan sihat seiring dengan usianya. Memandangkan mama dah sambut besday Fittriah combine dengan akak Fina dan Fiqah Disember lalu, jadi kali ini mama buat makan-makan simple sahaja. Menu kali ini ialah mix flavour cheese tart dan satey. Parti besday di gerai mama dua sahaja Jumaat lepas. Untuk kawan-kawan di taska, mama dah sediakan goodies beg untuk beri kawan-kawan Fittriah. Doa mama : Moga Fittriah dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik, anak yang solehah, anak yang berjaya pada masa depan. Mama, baba, akak Fi

3F

Image
Nama saya Nur Irdhina Syafiqah..Saya telah bersekolah di Tadika Islam Al-Qausar. Saya seorang yang lemah lembut. Sebab itulah selalu adik saya Fittriah akan tarik rambut atau cubit saya di rumah . Saya suka mewarna buku dan menonton cerita Sofia The First. Kalau di sekolah saya malu nak bercakap. Saya seorang pendiam. Cikgu selalu cakap kat mama, saya senyap sahaja di sekolah. Kalau dah siap kerja sekolah, saya tarik-tarik tangan cikgu tunjuk buku. Tak dengar suara pun. Alahai, sampai mama ckp Fiqah kan bukan OKU. Kenalah bercakap di sekolah. Bila nak tidur di rumah, saya suka mama tepuk badan saya hingga saya tertidur. Saya dah lama tak pakai pampers dan saya tak pernah lagi kencing malam kat tilam tau. Setiap pagi mama, akak Fina dan Fittriah akan hantar saya ke sekolah.  ************************************************************* Nama saya Nur Anisah Fittriah. 27 Mac ini saya dah genap 2 tahun. Hobi saya makan :) Tiap hari saya suka makan sampai perut saya nampak buncit