Posts

Showing posts from July, 2011

Sambutan Hari Jadi - Taska

Image
Hari ini diadakan sambutan Hari Jadi untuk pelajar-pelajar di Taska Nasyrah. Happy Birthday to kawan-kawan Fina. Layan je lah sesi bergambar Majlis pagi tadi.  Bergambar bersama teacher-teacher  Nyanyi lagu Happy Birthday:) Fina bergambar bersama Nano. Kawannya di Taska.  Peace..   

Yummy!

Image
Sedapnya Fina menikmati ChocoTop McD. Sebenarnya mama Fina yang tiba-tiba nak makan aiskrim McD. Nak cari Flavor Twist Green Apple , tapi tak ada. Jadi beli Sundae Green Apple.. Masam tapi sedap:)

Minggu 17

Minggu 17 Bayi Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Anda Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

Menu Semalam

Image
Menu makan malam untuk semalam Masak asam pedas ikan pari + bendi + tomato Sayur bayam goreng Disediakan oleh Chef mama fina Untuk santapan Baba dan Fina

Edit ~ Diari Mama

31 Julai 2011 tukar ke 5 Ogos 2011 Baba Fina ada program di ofis pada awal bulan Ogos. Jadi kami tunda tarikh balik ke Setiu ke 5 Ogos. Insyaallah, akan pulang selama 5 hari ke sana. *** tak boleh nak reply komen di blog sendiri mahupun blog lain ..masalah negara dari 3 minggu lepas..hu..hu..

Diari Mama

Menghitung hari untuk sambut Ramadhan yang tinggal lebih kurang 2 minggu. Kali ini saya berazam nak memasak juadah berbuka puasa sendiri jadi kena tukar waktu kerja ke WP1 - masuk 7.30 pagi, balik 4.30 petang. Diari mama bulan Julai dan Ogos ini: 29 Julai 2011 Lepas kerja nak balik ke Gemencheh, N9. 30 Julai 2011 Ayah dan umi buat kenduri tahlil dan sempena sambut Ramadhan 31 Julai 2011 Balik ke Setiu, Terengganu untuk sambut puasa di sana. Dah lama tak balik kampung abang. Kali terakhir balik masa Feb lepas. Seminggu berpuasa di sana. Ogos 2011 Menambahkan amalan ibadat di bulan Ramadhan dan memasak juadah bersahur dan berbuka puasa dengan sedaya upaya (macam ikrar la pulak) dan harap-harap terlaksana. Kononnya tak nak beli lah..Kalau kuih-kuih tu, beli lah, tak sempat nak buat. 

Zoo Negara

Image
Alhamdulillah, saya semakin segar dan semakin sihat dari virus batuk dan selsema yang menyerang selama 2 minggu. Cuma batuk ada sikit-sikit lagi. Itulah nikmat kesihatan, baru kita rasa bersyukur waktu sihat apabila Allah memberi dugaan untuk kita menempuh kesakitan. Bulan lepas kami ke Lembah Beringin. Mula-mula ayah dan umi ke Semenyih, dan kemudian kami ke rumah kakngah saya yang terletak di lembah. Hajatnya untuk menziarahi abang ipar yang mendapat sedikit kemalangan. Lagipun sudah lama kami tak ke sana. Tidur semalam, dan keesokkan paginya usai sarapan kami bergerak ke destinasi seterusnya. Atuk bersama adief & fina. Sempena Hari Bapa, saya berhajat nak bawa ayah ke ZOO NEGARA. Bukannya apa, sebenarnya saya yang tak pernah pergi sana. Pernah waktu zaman kecil ayah&arwah mak bawa saya dan kakngah ke Zoo Negara. Tapi tengok dari luar sahaja. Sebab tiket mahal, tak mahu membazir duit masuk ke sana. Kami pun tengoklah kepala zirafah dari tembok di luar zoo sahaj

Ulu Yam ~ picnic unit

Image
Layan dulu gambar-gambar makanan yang dibawa secara potluck oleh ahli-ahli picnic. Banyak sangat sampai tak termakan sebab kekenyangan tahap melampau:) Antara menu barbecue - ikan bakar, ayam bakar, lamb chop, sosej, burger dan yang dibawa - nasi kerabu, lemon rice, pasta, bihun goreng, sandwich, coleslow, jagung, tembikai, salad, rambutan, kek coklat, puding, keropok, air kotak. Mana tak hongeh perut duk makan, banyak sangat makanan. Tapi makan ramai-ramai memang seronok. Sabtu lepas, kami 1 Unit ke Ulu Yam untuk berpicnic. Di tepi air sungai, bermandi manda dan tentulah sambil makan-makan. Dari kiri - En Parma, En Shafiq, En Nawawi, Cik Ira, Pn Azura, Cik Shu En, Cik Najwa, Pn Imah, Pn Alwani, saya, Kak Elly, Cik Jazilah dan Pn Norizan (bersama 2 anaknya). Masa ni meraikan sambutan Birthday Cik Shu En dan Cik Najwa yang lahir pada bulan Julai. Inilah yang hadir pada hari tersebut, kami 1 unit 13 orang semuanya. Tak termasuk ahli keluarga lain yang turut serta. Sambil lepak-lepak

Minggu 16

Image
Minggu 16 Bayi Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Anda Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah. Tapi tidak pada saya. Virus selsema dan batuk berterusan hingga ke hari ini. Makan ubat macam tak ada kesan apa-apa pada tubuh. Alahai...letih dan lemah longlai rasanya. Masa mengandungkan Fina dahulu, tak lah kena selsema teruk. Paling lama pun 3 hari  dah pulih sepenuhnya. Kali ini, dah hampir 2 minggu tak kurang-kurang. Saya ke Klinik Kesihatan Beranang semalam. Untuk pemeriksaan doktor. Dapat call d

Dinner

Image
Ini menu makan malam semalam. Kari ikan tongkol dengan bendi dan sayur sawi goreng.Dimasak oleh baba Fina sebab mama Fina tak sihat. Dah agak lama abang tak turun ke dapur memasak sendiri. Selalunya, tugas memasak memang saya yang buat. Kalau rasa-rasa penyakit malas datang, makan kat kedai je lah. First time abang masak kari ikan tongkol. Rasanya ok lah, boleh tahan. Cuma kurang garam. Tak boleh komen lebih-lebih, kene bagi sokongan. Mana tau, lepas ni boleh sediakan masakan yang lebih mencabar..hi2..apapun, terima kasih abang sebab tolong masakkan dinner semalam. Fina, lauk-lauk yang baba masak tak layan..Makan nasi + kicap jugak yang sedap ditekaknya:)

Salindah

Image
Saya memasuki minggu ke 16 pregnancy. Kiranya sudah 4 bulan usia kandungan ini. Agak lama bertahan tanpa alahan, minggu ini saya dijangkiti virus selsema yang agak teruk. Bila dah selsema, automatik dapat batuk pula. Kali ini makan ubat pun, tak memberikan kesan apa-apa. Bertahanlah, cuma tak ambil mc lagi. Gagahkan diri untuk datang kerja. Kali ini saya mengambil Set Salindah dari usia kandungan 12 minggu dan insyaallah sehingga selepas bersalin. Persediaan perubatan secara homepati. Bukannya apa, bila kenang-kenang semula kisah bersalinkan Fina yang agak 'fobia', saya cuba Set Salindah. Tapi sebenarnya, tak semua pengalaman bersalin adalah sama, ada yang mudah, ada yang susah. Tak kiralah makan apa pun, cuma kita berikhtiar sahaja.   Pelbagai hasil testimoni yang saya baca di internet. Ada yang positif dan ada yang negatif. Bergantung pada keberkesanan dan cara pemakanan masing-masing. Bagi saya, masih terlalu awal untuk saya berkongsi kesan pengambilan Salindah ini. Baru

Pemeriksaan Antenatal

Image
Agak lama saya tidak meng-update blog. Banyak perkara yang berlaku dan berlalu, cuma perasaan kurang rajin untuk menaip n3 baru. Bila ada mood, taip, bila malas, n3 baru pun hanya tinggal di dalam draf posting sahaja. Lama-lama jadi cerita basi, yang rasanya sudah tidak begitu teruja untuk dikongsikan. Alhamdulillah, saya telah melalui trimester kedua bagi kehamilan kedua. Minggu 15 Bayi Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Ibu Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untu