Warmer
Minggu ini saya mulakan jadual latihan memberi EBM menggunakan botol untuk Fiqah di samping membuat stok yang telah terhenti selama 2 minggu kerana bercuti di kampung tempoh hari. Tak boleh buat stok frozen EBM di kampung sebab peti ais umi saya dipenuhi dengan lauk pauk. Macam-macam ado. Penuh sangat, jadi saya pam dan beri 1 hari 1 sesi latihan untuk Fiqah minum EBM melalui botol susu. Mom's milk is the BEST ~ botol Jingle Jungle dan beg sandang Medela FS yang telah selamat dirasmikan. Alhamdulillah, susu masih mencukupi untuk Fiqah apabila dipam. Kadang-kadang penuh satu botol, kadang-kadang dapat 2oz, tidak mengapa. Mungkin itu rezeki Fiqah pada hari tersebut. Yang penting rajin dan disiplin untuk mencapai target. Apabila mula latihan memberi EBM, saya telah menggunakan Autumz Warmer ini. Mula-mula rasa pelik kenapa lampu sekejap hijau sekejap oren. Susu belum rasa panas. Rupanya, apabila baca cara penggunaan di kotak memang begitu kaedahnya. Lampu akan bertukar-tuka...