Posts

Showing posts from 2015

Tamat Darjah 1

Image
Hari ini saya ke sekolah Fina untuk berjumpa guru kelas dan mengambil keputusan peperiksaan Fina untuk akhir tahun. Rasanya baru sahaja saya datang hantar Fina untuk daftar darjah 1, dah hampir setahun berlalu dan sesi persekolahan untuk tahun 2015 telah sampai ke penghujungnya. Cepatnya anak membesar! Alhamdulillah, keputusan peperiksaan Fina telah meningkat peratusnya. Fina dapat nombor 13 dalam kelas. Semua abjad ada dalam keputusan dia - ABCDE. Ada yang lulus, ada yang tidak. Saya difahamkan oleh Cikgu kelas Fina, sekiranya 1 subjek gagal pelajar akan gagal keseluruhan peperiksaan. Bukan untuk 4 subjek teras sahaja. Maknanya, semua subjek pelajar harus lulus. Untuk darjah 2 tahun hadapan, Fina akan berpindah kelas yang lebih baik.  Fina telah pandai membaca dengan lancar. Itu perkembangan yang paling ketara setelah dia tamat darjah 1. Mengaji saya ajar Fina di rumah selepas waktu Maghrib, dah nak masuk Iqra' 3. Masih belum fasih mengaji, perlu diulang-ulang baru dia

Taman Wetland Putrajaya

Image
Cuti hujung minggu diisi dengan aktiviti membawa anak berjalan-jalan melihat keindahan ciptaan Tuhan. Sebenarnya walaupun saya telah 11 tahun bekerja di Putrajaya, tapi belum berkesempatan lagi nak melawat beberapa tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak beriadah di sekitar Putrajaya. Setakat pergi dan balik kerja sahaja. Tau-tau pagi dah sampai ofis, petang balik dah sampai rumah . Tujuan utama datang ke sini saya nak bawa 3F ke Taman Wetland untuk ke Galeri Penghayatan Alam Sekitar. Tapi saya tak tahu pula rupanya Taman Wetland ada dua tempat. Satu Taman Wetland untuk aktiviti rekreasi air - memancing, berkayak, naik perahu, bot, basikal, dan lagi satu baru Taman Wetland yang ada galeri yang saya nak pergi tu. Sebab dah masuk taman rekreasi air, abang pun ajak pusing-pusing tasik naik perahu dondang sayang. Perlahan sahaja kelajuan perahu ini, sambil-sambil cuti mata tengok persekitaran tepi tasik Putrajaya . Naik perahu dondang sayang. Seterusnya kami menuju ke Taman Wetl

Pes Yemeni Mendhi

Image
Untuk kesekian kalinya, baba beli set beras dan pes untuk masak nasi arab dari kawannya di ofis.  Senang sangat guna pes ini. Hanya ikut arahan yang disediakan. Cuma kalau ikut cara saya, saya akan rebus dahulu ayam bersama dengan pes tersebut. Bila ayam dah empuk, keluarkan ayam dan masak beras pula. Setelah nasi hampir masak, masukkan ayam tadi dalam nasi. Alhamdulillah, 3F suka sangat makan nasi arab ini. Kalau guna pes ini, selalunya saya masak 2 kali. Pes yang tak habis, saya akan simpan dalam peti ais untuk digunakan bila nak masak nasi arab masa lain pula. Beras basmathi 1kg disertakan sekali dengan pes nasi arab dan juga 1 paket kecil pewarna kuning. Sumber : http://nasiarabexpress.com/ Nasi arab ini saya masak 3 cawan beras. Dapat satu periuk besar. Cukup untuk kami berlima, itupun ada lebih lagi dalam sepinggan penuh. Rasmikan kuali tefal gajet terbaru saya di dapur. Senang guna kuali ini, tak melekat dan boleh tutup guna penutup kaca. Nasi be

Fittriah

Image
Jari kaki Fittriah masih dalam proses pemulihan. Lukanya dah semakin kering, cuma mungkin ambil masa juga untuk kulit dan kuku baru tumbuh. Saya sapu ubat yang dibeli di farmasi ke jari kaki Fittriah setiap hari dan bila di taska minta Teacher nya sapu. Fittriah dah tak mengadu sakit kaki. Tapi bila dia terlihat jari kaki, baru dia ingat dan tunjuk kakinya yang sakit. luka masih keluar air. luka semakin kering dan tidak berair. Ubat kuning untuk sapu luka. Minggu ini start jam 8.45 malam, Fittriah akan merengek, nangis-nangis nak ajak mama tidurkan dia. Jam 9 malam dia dah tidur.  Kuat merajuk sekarang, tak boleh tegur sikit. Bila tak bagi apa dia nak, dia akan baring sambil buat-buat menangis. Pagi keesokkan harinya,  jam 6.15 pagi dia dah bangun main-main dulu sebelum pergi taska. Moga cepat sembuh Fittriah!  

Akit..akit..

Image
Fittriah tak tidur lena 2 hari lepas. Sekejap bangun menangis, bf pun macam tak tenang. Saya sapu minyak angin kat perut dia sebab risau dia kembung perut. Dah pukul 5 pagi baru dia boleh tidur nyenyak. Keesokan harinya, balik daripada ambil dia kat taska saya perasan bila saya dukung dia, dia merengek tiba-tiba. Saya ingatkan sakit sebab tertindih kaki dia kat tali handbag. Bila dah sampai rumah, masa dia tengah main kereta mainan, dia terjatuh & menangis, lepastu baba dia ambil dia dan baru perasan jari kelingking kaki lebam dan biru. Saya sapu minyak gamat. Malamnya dia tak lena tidur lagi, pandai pula nangis sambil usik kaki dia cakap "akit..akit".. Semalam saya EL, risau keadaan Fittriah yang kakinya bertambah bengkak. Hampir keseluruhan jari kelingking dia biru dan ada gelembung air. Petangnya kami bawa Fittriah ke Klinik di Kajang. Doktor cakap Fittriah kena jangkitan kuman dan jika dibiarkan mungkin akan berjangkit ke bahagian lain pula. Doktor beri suntikan

Fiqah & Fittriah

Image
Si putih selepok saya ini lagi 2 bulan nak masuk 4 tahun. Insyaallah, hujung tahun ini saya rancang nak buat Majlis Kesyukuran untuk sambutan birthday Fiqah dan Fina. Combine teruslah si bongsu Fittriah yang lahir bulan Mac sebab besday Fittriah yang setahun dulu telah cancel majlisnya. Fiqah tahun depan tak confirm lagi nak masukkan dia sekolah untuk 5 tahun ke tak. Bulan Ogos lepas saya ada mohon untuk dia masuk ke Taska PASTI, tetapi tak pasti tau lagi dapat ke tidak. Taska dekat dengan area rumah, belum survey. Kalau ikutkan babanya, dia nak hantar anak ke taska umur 6 tahun nanti. Alkisah bila Fiqah dah masuk usia 3 tahun ke atas, pagi-pagi akan badmood bila bangun tidur terutamanya bila hari bekerja lah. Nak saya layan dia dahulu, lap muka dia dengan tisu basah, cakap elok-elok barulah dia akan ok. Tak nak turun dari rumah dengan babanya, nak saya hantar ke kereta. Ada sekali tu, bila dah sampai depan taska, menangis tak nak pergi taska. Fiqah dah free diapers, cuma kadan

Fina Darjah 1

Image
Diam tak diam dah hampir setahun Fina bersekolah Darjah 1. Alhamdulillah, Fina dah boleh membaca dan mengira dengan baik. Minggu ini sepatutnya ada peperiksaan hujung tahun, tapi disebabkan negeri Selangor cuti jerubu 4 hari, peperiksaan akan disambung minggu hadapan. Besar harapan saya agar Fina dapat memahami apa yang cikgunya ajar di dalam kelas dan dia seronok untuk ke sekolah tanpa ada perasaan jemu dalam menuntut ilmu. Perjalanannya masih panjang, baru darjah 1, pencapaian dalam akademik bagi saya bukan ukuran penting buat masa sekarang. Saya cuma inginkan dia belajar untuk faham. Bukan belajar untuk dapat nombor 1 dalam kelas. Saya tidak menafikan peperiksaaan salah satu ukuran prestasi untuk pelajar. Tapi untuk awal-awal tahun di sekolah rendah, biarlah dia belajar untuk memahami dahulu.      Sepanjang pemerhatian saya hampir setahun Fina memasuki darjah 1, inilah kisah-kisah zaman permulaan sekolah rendahnya : Kasut ada 3 pasang, sepasang dah tak muat, sepasan

Makan angin

Image
Lepas Raya tempoh hari beberapa rancangan untuk membawa anak-anak berjalan makan angin dapat direalisasikan. Mula-mula kami bercuti ke Rumah Peranginan Port Dickson di Puteri Beach Resort. Apartment 3 bilik dan dilengkapi dengan kemudahan kolam renang serta hotel berhampiran dengan pantai. Saya ajak family along untuk turut serta. Suka anak-anak dapat berendam dalam air, puas mandi kolam pi mandi kat pantai pula - main pasir. Malamnya kami keluar makan seafood di kawasan nelayan pasir panjang. Lepas check-out saya singgah pula beraya ke rumah kawan sekolah Suzi di Mambau, Seremban. Kat swimming pool ;) Ni masa nak balik, Fiqah dah nak demam sebab banyak tertelan air kolam:) P ercutian seterusnya : kami bawa anak-anak berjalan ke Paya Indah Wetland, Dengkil. Bayaran masuk ke sini adalah percuma. Sesuai untuk bawa anak-anak beriadah di waktu pagi. Tarikan utama kat kawasan ini ialah badak air dan buaya. Kalau nak pergi, kena datang masa jadual pekerja bagi makan bada

Kenduri & Raya Haji

Image
Bersawang sudah blog Mama 3F ni..Bila dah banyak sawang, kenalah sapu bersih-bersih sawang yang sedia ada dengan entry cerita tertangguh. 31 Ogos lepas telah selesai Majlis Sambut Menantu bagi adik ipar lelaki bongsu saya di Terengganu. Majlis belah pengantin perempuan berlangsung 2 hari sebelumnya. Isterinya orang sana juga, kampung sebelah. Jadi dekatlah jarak kami nak menghantar rombongan pengantin. Majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan.  Moga bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat buat Dik Yie dan Laila. Selang beberapa minggu, kami pulang ke Terengganu untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pula. Orang paling sibuk ialah abang - dari pagi sampai tengahari uruskan daging korban di rumah jiran. Menu raya tahun ini di Terengganu - tapai, ketupat palas, rendang nogori, daging goreng dan sup tulang. Tak ramai adik beradik abang yang balik kali ini sebab baru sahaja balik bagi meraikan majlis kenduri kahwin Dik Yie tempoh hari.  Dah lama tak menulis, rasa

Sabar

Image
3 puteri saya semakin membesar. Setiap hari ada sahaja kerenah dan telatah mereka yang menghiburkan hati serta yang menguji kesabaran saya sebagai seorang ibu. Tidak dinafikan, menjaga anak-anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. Adakala rasa terguris hati dan menyesal bila marahkan anak-anak. Saya selalu berkata dalam diri, masa kecil dahulu saya juga begitu. Selalu juga saya katakan dalam diri, berapa jam sahaja masa yang perlu saya peruntukkan setiap hari pada waktu bekerja untuk anak-anak saya. Balik kerja jumpa mereka jam 6 petang. Lebih kurang jam 10 malam semuanya dah tidur. 4 jam sehari waktu yang berkualiti dengan mereka pada Isnin hingga Jumaat. Hakikatnya, 4 jam yang ada tersebut dilalui dengan pelbagai ragam mereka. Ada masa mereka bergaduh, ada yang tumpahkan air, makan bersepah, buang air besar, terkucil, menangis,gelak  ketawa, main kejar-kejar, sepahkan mainan dan macam-macam lagi. Seharian Fina bersekolah manakala Fiqah dan Fittriah di taska, tentula

Nasi Arab

Image
Lama tak buat resepi baru. Walaupun hari-hari masak menu harian bila balik kerja, tapi masak menu biasa sahaja. Jadi Sabtu lepas saya cuba buat nasi arab menggunakan pek Al-Bayt berharga RM15 yang dalamnya ada beras basmathi, rempah tumis dan rempah perasa yang kita pilih. Kali ini saya cuba Nasi Arab -  Kabsah Ayam. Al-Bayt Nasi Arab Cara-cara untuk menyediakan nasi arab ada tertera di belakang kotak. Cuma ikut dan sediakan bahan tambahan yang perlu seperti tomato puri, lada hijau,bawang putih, bawang besar, daun ketumbar, tomato, timun, lemon dan ayam. Nasi Kabsah ini ayamnya dipanggang. Salad dan sosnya juga ada resepi dibelakang kotak. Hanya ikut dan confirm jadilah ;) Ayam kabsah yang dipanggang/salad/sos. Nasi arab Kabsah ini warnanya agak kemerahan. Saya lebih suka makan nasi arab yang berwarna kuning dan putih. Mungkin lepas ini saya nak cuba pek Nasi Arab - Mandy pula. Nasi arab yang dah siap Pandangan saya - pek nasi arab ini memenuhi citarasa bagi peng

Fiqah ke Hospital Serdang

Image
Khamis lepas Teacher Fiqah beritahu Fiqah diserang demam panas semula. Petangnya saya minta time-off dan bawa Fiqah ke Hospital Serdang memandangkan Fiqah dah demam lebih seminggu. Saya risau jika Fiqah kena jangkitan kuman ataupun suspek denggi sebab kali ini demamnya lambat baik. Bahagian kecemasan di Hospital Serdang sedang dalam renovation. Tempat menunggu pesakit di dalam khemah berhadapan bilik rawatan. Kali terakhir ke sini semasa saya mengandungkan Fiqah sebab doktor di Klinik Kesihatan Beranang minta refer Hospital Serdang - saiz baby kecil daripada usia kandungan. Bertahun berlalu, kali ini saya bawa Fiqah yang dah besar untuk mendapatkan rawatan di sini.  Mula-mula di bahagian saringan, daftar nama dan nurse check suhu badan Fiqah, tekanan darah dan ambil darah untuk ujian darah. Selepas itu daftar di kaunter untuk tunggu panggilan daripada doktor pula. Fiqah tak menangis masa ambil darah. Cuma badannya agak lemah dan letih menunggu lama sementara dipanggil

Fiqah Demam

Image
Si jepun saya ini baru kebah dari demam. Alkisahnya 2 minggu lepas bercuti di Port Dickson. Teruja sangat dapat mandi kolam renang dan mandi laut, terus jatuh sakit. Masa dalam kolam renang, adalah 3 kali dia tenggelam dalam air. Demam terkejut semangat agaknya. Dekat seminggu lebih Fiqah demam. Tak nak makan dan minum sampai bibir dia jadi kering. Saya dan abang bergilir-gilir jaga Fiqah. Sejak baik dari demam, dia tak nak babanya layan dia. Asyik nak berkepit dengan mama. Walhal saya selalu gelarkan dia anak kesayangan baba, sebab dia rapat dengan babanya. Mungkin dia tak suka bila babanya kerap suruh makan ubat. Buat protes pula Fiqah. Kalau masa raya tempoh hari Allah beri kesihatan terhadap anak-anak kami, selepas raya Allah uji dengan nikmat kesakitan terhadap anak-anak kami. Lepas Fiqah demam, Fina pula, selepas itu Fittriah. Berjangkit seorang-seorang. Alhamdulillah, anak-anak saya telah sembuh dan makin sihat minggu ini. Cuma Fiqah tak cergas sangat. Badan baru pulih,

Raya 2015

Image
Raya Pertama Berhari raya di rumah mak Norma- mak angkat di pagi raya. Tunggu abang balik dari Kajang dan sebelah petangnya beraya di kampung Melaka. Rumah Nenek Sarah, rumah Maklang Ina, rumah Paklong Tanduk, rumah Pak Andak, rumah nenek Birat dan last sekali singgah rumah mak tua. Kat kampung Pondok Kempas, Selandar ini semua keluarga belah ayah dan arwah mak kebanyakannya tinggal di sini. Raya Kedua  Duduk rumah sahaja sebab keluarga belah ayah nak datang beraya. Raya Ketiga Bawa ayah dan umi berhari raya. Mula daripada rumah maklang di Jelai 4, terus ke Petaseh, Jelebu rumah bapa saudara Umi, terus ke Seremban rumah arwah nenek Seremban di Temiang, ke rumah makcik (akak umi) di Senawang dan rumah nenek uda (mak saudara umi) di Taman Marida, Senawang. Balik pula singgah di Rembau rumah makteh (akak umi). Raya Keempat Abang ajak balik ke Semenyih belah malam. Sebelum itu sambung raya di kampung Melaka. Raya rumah Makngah Senah, Makcik Noi dan rumah Mektam. Sebelu

Persiapan Raya

Melewati 10 hari terakhir Ramadhan 1436 Hijrah.  Idea menulis kering kontang ;( Tahun ini persiapan Hari Raya diadakan secara sederhana. Tidak tahu kenapa, bila dah makin meningkat usia, keghairahan untuk menukar baju, kasut dan kelengkapan diri yang lain makin berkurangan. Persiapan lebih banyak tertumpu kepada anak-anak. Baju Fina, Fiqah dan Fittriah dah beli, kasut dah beli, cuma beg dan tudung raya belum lagi. Insyaallah, minggu ini saya akan cari di kedai area pekan Semenyih sahaja. Lama tak buat biskut raya, tahun ini saya dah buat dua jenis biskut pada minggu lepas. Mulanya harap Fina dan Fiqah tolong, lepas tu mamanya seorang yang duk menyiapkan biskut raya seorang. Anak- anak dara belum boleh diharap. Nanti dah besar boleh tolong mama ya. Dua biskut yang saya cuba - biskut conflakes & biskut german. Fina tolong letak manik gula bila buat biskut german. Satu tangan letak manik atas biskut, satu tangan suap manik dalam mulut. Minggu ini nak buat popiah nestum pula

Ramadhan

Alhamdulillah, dipertemukan Allah dengan Ramadhan kali ini. Rutin harian tidak banyak yang berubah. Pagi saya hantar Fina ke sekolah manakala Fiqah dan Fittriah, babanya tolong hantar. Balik kerja pula, saya yang akan ambil Fiqah dan Fittriah dari taska dan babanya ambil Fina di KAFA. Tugasan yang telah dibahagikan sejak awal. Cuma waktu pulang kerja di bulan Ramadhan saya akan menghadapi kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Semua mahu pulang ke rumah awal untuk berbuka puasa bersama keluarga. Hakikatnya, bila dah lalui hari-hari jalan yang jem, sampai satu tahap saya rasa dah lali dan memandu macam tak ada perasaan. Bila masuk kereta, bawa kereta dan tanpa sedar dah sampai ke rumah. Lol..macam robot dah. Yang penting sampai di rumah dengan selamat dan berjumpa anak-anak yang sedang menunggu kehadiran mama nya. Ramadhan kali ini, saya tidak mengepam susu lagi. Fittriah telah campur susu formula sejak bulan lepas. Waktu lepas kerja dan waktu cuti Fittriah masih bf seperti bia

Hari Ibu

Image
Selamat Hari Ibu. Sebenarnya setiap hari adalah hari ibu. Hidup akan sepi tanpa kehadiran seorang ibu. Betapa banyak jasa dan pengorbanan ibu dari kita kecil hingga dewasa. Beruntunglah kawan-kawan yang masih mempunyai ibu kerana berpeluang mencurahkan kasih sayang di dunia ini. Dalam satu perkongsian ilmu yang saya pernah dengar, Allah memberi sifat lupa terhadap manusia. Contohnya ketika kita kehilangan orang yang dikasihi, rasa kesedihan di hari kejadian adalah tidak sama dengan rasa sedih yang dihadapi pada sebulan selepasnya. Hari berganti bulan, berganti tahun dan akhirnya rasa sedih itu akan hilang sedikit demi sedikit. Begitulah insan, Allah beri kekuatan untuk 'melupakan' sesuatu dengan cara-Nya yang tersendiri. Arwah mak pergi meninggalkan saya ketika saya berusia 12 tahun. Masa itu adik saya berusia 8 bulan. Mak baru berusia 38 tahun ketika meninggalkan kami semua. Telah hampir 22 tahun berlalu, dan dengan wujudnya rasa lupa itu menjadikan saya tabah menerusk

Petrosains KLCC

Image
Petrosains adalah salah satu cadangan tempat yang sangat bagus untuk  berhujung minggu dengan anak-anak sambil menjelajahi dunia sains dan teknologi. Kali pertama ke Petrosains rasa amat seronok dan menjadi pengalaman yang menakjubkan. Tak rasa bosan langsung dan yang amat penting setiap masa dipenuhi dengan aktiviti yang boleh menambahkan pengetahuan. Fina pun bila balik dia minta kami bawa dia lagi ke Petrosains. Seronok sangat dia dapat pergi ke sana. Harga tiket adalah berpatutan. Kami beli tiket untuk pakej keluarga- dua dewasa dan dua kanak-kanak berharga RM31.80. Maklumat lanjut boleh tengok di website Petrosains. Memang tak rugi beriadah di sana. Walaupun agak keletihan sebab perjalanan dalam kawasan Petrosains akan memakan masa lebih kurang 3-4 jam, tapi percayalah semuanya amat berbaloi. Kawasan penerokaan yang luas dan semua tempat diisi dengan sesi pembelajaran dan pameran dunia sains yang memberi manafaat. Kami berkesempatan melawat ke Petrosains Sabtu lepas. Lagi