29 October 2015

Akit..akit..

Fittriah tak tidur lena 2 hari lepas. Sekejap bangun menangis, bf pun macam tak tenang. Saya sapu minyak angin kat perut dia sebab risau dia kembung perut. Dah pukul 5 pagi baru dia boleh tidur nyenyak. Keesokan harinya, balik daripada ambil dia kat taska saya perasan bila saya dukung dia, dia merengek tiba-tiba. Saya ingatkan sakit sebab tertindih kaki dia kat tali handbag. Bila dah sampai rumah, masa dia tengah main kereta mainan, dia terjatuh & menangis, lepastu baba dia ambil dia dan baru perasan jari kelingking kaki lebam dan biru. Saya sapu minyak gamat. Malamnya dia tak lena tidur lagi, pandai pula nangis sambil usik kaki dia cakap "akit..akit"..

Semalam saya EL, risau keadaan Fittriah yang kakinya bertambah bengkak. Hampir keseluruhan jari kelingking dia biru dan ada gelembung air. Petangnya kami bawa Fittriah ke Klinik di Kajang. Doktor cakap Fittriah kena jangkitan kuman dan jika dibiarkan mungkin akan berjangkit ke bahagian lain pula. Doktor beri suntikan antibiotik dan beri ubat makan antibiotik yang perlu dihabiskan selama 5 hari. Malam tadi, gelembung jarinya pecah sendiri masa dia tengah tidur. Keluar darah bercampur nanah. Alhamdulillah, malam tadi Fittriah dapat tidur dengan lena. Mungkin dah hilang rasa bisa lebam jarinya.

Doktor tak beri balut atau sapu apa-apa ubat. Biarkan luka jari Fittriah kering dengan sendiri. Cuma kalau boleh elakkan daripada terkena air atau luka tu basah. Tadi Teacher nya beritahu kuku Fittriah dah tercabut. Saya rasa dalam seminggu juga sakit kakinya itu akan sembuh.

Budak-budak kan, bila kaki dah sakit gitu pun dia masih aktif bermain tak duduk diam. Bila jalan, dia pijak kaki dia sambil jari kelingking tu ternaik sebab dia nak elakkan sentuh lantai. Bila dah ada rasa sakit, dia akan usik jari dia sambil cakap "akit..akit..akit"

Mama doakan Fittriah cepat-cepat sembuh ya!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails