Fina Darjah 1

Diam tak diam dah hampir setahun Fina bersekolah Darjah 1. Alhamdulillah, Fina dah boleh membaca dan mengira dengan baik. Minggu ini sepatutnya ada peperiksaan hujung tahun, tapi disebabkan negeri Selangor cuti jerubu 4 hari, peperiksaan akan disambung minggu hadapan. Besar harapan saya agar Fina dapat memahami apa yang cikgunya ajar di dalam kelas dan dia seronok untuk ke sekolah tanpa ada perasaan jemu dalam menuntut ilmu. Perjalanannya masih panjang, baru darjah 1, pencapaian dalam akademik bagi saya bukan ukuran penting buat masa sekarang. Saya cuma inginkan dia belajar untuk faham. Bukan belajar untuk dapat nombor 1 dalam kelas. Saya tidak menafikan peperiksaaan salah satu ukuran prestasi untuk pelajar. Tapi untuk awal-awal tahun di sekolah rendah, biarlah dia belajar untuk memahami dahulu. 


 
 
Sepanjang pemerhatian saya hampir setahun Fina memasuki darjah 1, inilah kisah-kisah zaman permulaan sekolah rendahnya :

  • Kasut ada 3 pasang, sepasang dah tak muat, sepasang lagi dah berlubang kat bahagian depan kasut. Bab kotor memang menakjubkan. Baru hari pertama minggu sekolah, balik sekolah confirm kasut kotor. Fina tak pernah cuci kasut sendiri. Kalau nak kapur pun ikut masa dia suka.

    • Beg sekolah dah putus talinya. Masuk sekolah lepas raya berganti beg sekolah rendah dan sekolah KAFA.

    • Cikgu yang selalu dia cerita kat rumah ialah Cikgu Ang - cikgu yang ajar pendidikan jasmani. Bila Cikgu Ang tak datang, dia akan cakap kenapa Cikgu Ang tu selalu tak datang mama..Cikgu Ang tu dah tua. Lagi seorang Cikgu Handsome. Tak tahulah nama cikgu tu cikgu apa. Dia sangat ingat cikgu tu suruh panggil dia Cikgu Handsome.

      • Kawan rapat dia ialah Qaseh. Selalu cerita pasal Qaseh. Bila Qaseh tak pedulikan dia, dia akan mengadu dan menangis sambil cakap " fina sedih qaseh tak kawan Fina"..alala si Qaseh ni, memang adakala mengganggu sanubari Fina sangat-sangat.

        • Shopping, tetap menjadi agenda dalam kehidupan sekolah Fina. Dia rajin shopping di book shop sekolah dia.  

          • Botol air, selalulah hilang. Sudahnya saya bekalkan dia botol mineral sahaja.

Fina, selamat menjalani kehidupan yang seronok sebagai seorang kanak-kanak, pelajar dan anak. Jadikan semuanya sebagai kenangan manis yang terindah di alam persekolahanmu :)

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu