Makan angin

Lepas Raya tempoh hari beberapa rancangan untuk membawa anak-anak berjalan makan angin dapat direalisasikan. Mula-mula kami bercuti ke Rumah Peranginan Port Dickson di Puteri Beach Resort. Apartment 3 bilik dan dilengkapi dengan kemudahan kolam renang serta hotel berhampiran dengan pantai. Saya ajak family along untuk turut serta. Suka anak-anak dapat berendam dalam air, puas mandi kolam pi mandi kat pantai pula - main pasir. Malamnya kami keluar makan seafood di kawasan nelayan pasir panjang.
Lepas check-out saya singgah pula beraya ke rumah kawan sekolah Suzi di Mambau, Seremban.

Kat swimming pool ;)
Ni masa nak balik, Fiqah dah nak demam sebab banyak tertelan air kolam:)

Percutian seterusnya : kami bawa anak-anak berjalan ke Paya Indah Wetland, Dengkil. Bayaran masuk ke sini adalah percuma. Sesuai untuk bawa anak-anak beriadah di waktu pagi. Tarikan utama kat kawasan ini ialah badak air dan buaya. Kalau nak pergi, kena datang masa jadual pekerja bagi makan badak dan buaya. Tak silap saya badak makan jam 10 pagi dan buaya jam 11 pagi. Kalau pergi time lain, kebarangkalian untuk tengok haiwan ini tipis sebab bukan time diorg keluar makan.

Depan area kawasan badak air
Ada badak 2 ekor, mak nya dengan anak nya. Masa kami datang, badak tengah makan daun. Senyap jer badak tu makan. Selepas itu kami ke kawasan buaya. Dalam tasik tu kami difahamkan ada lebih kurang 40 ekor lebih buaya tembaga. Nak tengok buaya-buaya beratur 1-2-3 lekuk, jantan betina kena ketuk, time pekerja bagi makan ayam jam 11 pagi. Besar-besar buaya kat situ. Sure anak-anak teruja dapat tengok live buaya kat situ. Kalau nak bawak tikar/makanan untuk picnic pun tak apa. Sebab boleh bersantai-santai bawah pokok sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang telah dijaga oleh Jabatan Perhilitan.

Next trip: kita berendam semula! Kami terjah pula ke Kolam Air Panas Jasin. Sebab kampung saya dekat Selandar, jadi boleh pergi bawa anak-anak main air kat kawasan ini. Lagipun kami belum pernah sampai ke sini. Untuk info bayaran sila rujuk MPJ. Ayah, umi, yana adik saya dan daya sepupu saya turut join 3F berendam. Kat sini ada 2  kawasan, satu untuk waterpark dan satu lagi untuk mandi air panas. 

Mama dan Fittriah..jom berendam!
Kalau rasa nak rendam kaki sahaja kat kolam air panas, boleh pergi area kolam yang disediakan. Rasanya Fiqah dah fobia mandi kolam. Bila lepas berendam, malamnya sure demam. Jadi lepas ini kena kurangkan timing dia main air tu. Kena beri dia main sikit-sikit jer. Fina dan Fiqah pula, memang suka sangat dapat main air. Berendam lama pun diorang akan steady sahaja.

Cukup untuk percutian ringkas makan angin untuk bawa Fina, Fiqah dan Fittriah kali ini. Cuti hujung tahun belum ada rancangan nak pergi mana. Mungkin kami akan bawa 3F ke pulau...ataupun ke bukit...Masih dalam perancangan lagi.
 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu