Kenduri & Raya Haji

Bersawang sudah blog Mama 3F ni..Bila dah banyak sawang, kenalah sapu bersih-bersih sawang yang sedia ada dengan entry cerita tertangguh. 31 Ogos lepas telah selesai Majlis Sambut Menantu bagi adik ipar lelaki bongsu saya di Terengganu. Majlis belah pengantin perempuan berlangsung 2 hari sebelumnya. Isterinya orang sana juga, kampung sebelah. Jadi dekatlah jarak kami nak menghantar rombongan pengantin. Majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan. 

Moga bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat buat Dik Yie dan Laila.






Selang beberapa minggu, kami pulang ke Terengganu untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pula. Orang paling sibuk ialah abang - dari pagi sampai tengahari uruskan daging korban di rumah jiran. Menu raya tahun ini di Terengganu - tapai, ketupat palas, rendang nogori, daging goreng dan sup tulang. Tak ramai adik beradik abang yang balik kali ini sebab baru sahaja balik bagi meraikan majlis kenduri kahwin Dik Yie tempoh hari. 

Dah lama tak menulis, rasa ayat macam skema jer..ha2..Macam bentuk laporan sekolah. 
Sekian sahaja entry untuk panaskan enjin.
  

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..