Farha 8 bulan
Kali pertama tengok laut. Kali pertama perjalanan jauh balik kampung baba Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan kehadiran Farha kepada keluarga kami. Penghibur dan penduga hati kami sekeluarga. Setiap pagi meninggalkan Farha di taska untuk bekerja memerlukan hati yang kental. Hanya ibu yang melalui pengalaman ini sahaja yang mengetahui perasaan tersebut. Tiada apa yang saya minta, moga Allah melindungi semua anak-anak saya ketika mereka tiada di depan mata saya. Amin. Kongsi perkembangan Farha di usianya memasuki 8 bulan. - Masih menyusu susu ibu sepenuhnya. Sekarang bekalan susu ke taska sebanyak 4 botol sehari. Bekalan bubur dan buah saya akan sediakan setiap hari. - Waktu saya cuti dan habis waktu bekerja, Farha akan menyusu terus. Tak guna botol susu. - Makan 3 kali sehari, pagi, tengahari dan petang. - Sembelit bila makan bubur nasi. Saya selang seli dengan puri labu/keledek/jagung. Puri buah pula saya campur dengan oat. Farha tak suka minum air kosong. Itu yang ...